Senin, 23 Desember 2013

Salam Media - Pengiklanan Terkini Untuk Blog


Assalamualaikum... Jika sebelum ini anda didedahkan dengan Program Affiliate untuk menjana pendapatan sampingan disamping anda berblogging. Kini ada satu lagi cabang untuk anda mendapat pendapatan melalui sebuah agensi pengiklanan terkini yang amat istimewa dan unik iaitu Salam Media.

Salam Media - Salam Pengiklanan Terkini Blogger
Agensi Pengiklanan - Salam Media



Kenali Salam Media

Salam Media sebuah agensi terkini yang mempunyai masa depan yang amat cerah kerana ianya satu-satunya agensi yang boleh dipercayai oleh umat Islam dalam bidang pengiklanan kerana berkonsep Islamik dimana ianya mematuhi syariah Islam. Salam Media akan memastikan setiap produk atau perkhidmatan yang dipilih untuk diiklankan mestilah sahih, halal dan cara pengiklanan dilakukan mengikut kehendak syarak.

Kaedah yang diguna pakai bukan seperti pengiklanan biasa yang terus menyediakan iklan untuk dipromosi. Seperti biasa, anda perlu mendaftar dahulu sebagai ahli Salam Media. Anda tidak akan terus diberi iklan untuk dipaparkan sebaliknya anda akan dipilih oleh pihak Salam Media untuk mempromosi iklan yang bersesuaian dengan anda. Oleh itu iklan yang diberi pastinya bertepatan dengan niche blog dan mudah untuk anda membuat review produk tersebut. Ini bermakna produk atau perkhidmatan yang dipromosikan akan terus tepat kepada pengguna yang disasarkan. 

Salam Media - Salam Pengiklanan Terkini Blogger
Anda juga mungkin akan diberi peluang untuk mencuba produk atau perkhidmatan tersebut sebelum review dilakukan. Melalui kaedah ini, promosi dan review anda juga lebih mudah dan jelas serta pastinya lebih berkesan disamping akan terus kepada pengguna sasaran. Persoalan juga akan mudah dijawab.

Salam Media Untuk Umat Islam

Dengan wujudnya Salam Media ini maka terbukanya peluang kepada pengusaha dan peniaga Islam untuk mempromosi produk, perniagan dan perkhidmatan anda melalui platform pengiklanan. Kerjasama anda dengan Salam Media amat bertepatan ketika dan waktunya di mana media sosial kini menjadi sebahagian dari sumber maklumat dan hiburan yang amat berpengaruh.

Salam Media - Salam Pengiklanan Terkini Blogger
Antara Blogger terkenal bersama Salam Media

Sebagai umat Islam, inilah pilihan terbaik untuk anda mempromosi produk, perniagaan dan perkhidmatan melalui pengiklanan. Ini juga peluang terbaik buat blogger untuk menambahkan pendapatan. Salam Media memberi kita alternatif yang diyakini untuk bersama-sama meningkatkan ekonomi umat Islam.

Salam Media Pengiklanan Tanpa Was-was

Peluang kini terbuka untuk anda meningkatkan pendapatan dan meluaskan pasaran. Salam Media menawarkan setiap syarikat mahupun individu untuk mengiklankan produk, perniagaan dan perkhidmatan dengan berkesan dan tanpa was-was, sila ke laman ini untuk maklumat lebih lanjut : Salam Media Marketer.

Kepada Blogger yang berminat untuk menjadi pengiklan bersama Salam Media, anda perlulah mendaftar di sini : Salam Media Daftar. Terkini! Sebagai promosi awal, Salam Media menawarkan sebuah iPad Mini2 kepada blogger bertuah yang mendaftar sebelum 31 Disember 2013.


p/s: Salam Relaks Minda bersama Salam Media...
Author by Bin Muhammad

Tidak ada komentar:

Posting Komentar