Minggu, 29 Desember 2013

Pencarian Bloglist Relaks Minda 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pencarian Bloglist - Mulai 1 Jan 2014... Blog Relaks Minda akan membuat kemas kini senarai link blogger di Bloglist Sahabat. Hanya 25 Blog yang akan berada di widget sidebar ini. 

10 daripadanya dipilih daripada senarai 10 teratas Sahabat Paling Mesra (top komentor) sepanjang bulan Disember 2013 (Ingat...senarai ini akan ada turun naik dan hanya 10 teratas pada 30 Dis 2013 tepat jam 12.00 malam sahaja yang terpilih...masih ada masa untuk anda berada didalam senarai ini). 5 blog pula adalah pilihan saya (blog mentor/pilihan)

Pencarian Bloglist Relaks Minda 2014

Dan masih ada lagi 10 senarai blog yang masih terbuka untuk diletakkan di Bloglist Sahabat sekiranya anda tidak tersenarai dalam 10 top komentor bulan Disember 2013. Jika anda blogger aktif dan berminat untuk url blog anda berada di senarai ini, caranya mudah sahaja...

Anda hanya perlu komen di entri ini dan berikan pendapat anda : 
"Apakah kisah, topik, kategori, pembaharuan atau penambahbaikan yang anda ingin dan rasakan perlu untuk Blog Relaks Minda di tahun 2014?" 
Satu pendapat sudah mencukupi tapi kalau ada lebih lagi bagus. Idea yang bernas dan menarik akan terpilih untuk disenarai di Bloglist Sahabat. Jangan lupa letakkan url blog untuk memudahkan saya menjejaki anda semula. Penyertaan ditutup pada 30 Dis 2013 jam 12.00 malam.

Pencarian Bloglist Relaks Minda 2014Blog yang terpilih nanti akan berada di Bloglist Sahabat minimum selama 2 bulan atau sehingga pencarian bloglist terbaru dilakukan.

Syarat penyertaan : 
  • Terbuka kepada semua Blogger Malaysia sahaja. 
  • Blog 18 SG/SX dan berkaitan dilarang sama sekali. 
  • Blog politik tidak dibenarkan.
  • Blog promosi sama ada barangan, perkhidmatan dan yang segala yang berkaitan dengannya juga tidak dibenarkan. 




Author by Bin Muhammad

Tidak ada komentar:

Posting Komentar