Senin, 30 Desember 2013

Top 10 Paling Popular 2013


Relaks Minda Top 10 Popular 2013 - Tahun 2014 akan menjelang tiba. Sudah setahun tiga bulan lebih blog ini telah menjadi sebahagian dari komuniti blog di Malaysia. Blog Relaks Minda menyajikan anda dengan artikel-artikel hasil nukilan dari seorang insan yang tidak pernah terfikir bahawa suatu hari dia akan menjadi seorang blogger, terlalu jauh menyimpang dari bidangnya sebelum ini. 

Top 10 Paling Popular 2013
Top 10 Paling Popular 2013 di Relaks Minda
Sehingga ke hari ini, sejumlah 547 artikel telah diterbitkan. Matlamat utama sebenarnya hanyalah untuk menjadi sebuah blog persinggahan sementara blogger untuk menenangkan dan merehatkan hati dan minda dengan enti santai bersama gambar-gambar indah buat santapan mata.

Perancangan Allah sungguh indah. Sedikit demi sedikit mula meneroka ke ruang yang lebih luas. Kini pelbagai kategori telah terhasil. Namun semuanya masih berpaksikan perkongsian berkaitan alam dan ketenangan buat santapan hati dan minda. Niche ini akan terus dikekalkan kerana ianya adalah 'trademark' Relaks Minda yang membuatkan blog ini berbeza dan tersendiri.

Kalau dapat menulis...selalu sahaja terlajak. Jika sebelum ini telah disenaraikan entri popular dan pilihan terbaik 2013 setiap kategori di Relaks Minda...


Sebagai penutup 2013, berikut disenaraikan pula Top 10 artikel paling popular di Relaks Minda. Ianya dinilai dari jumlah view artikel tersebut sehingga tarikh entri ini diterbitkan.

RELAKS MINDA TOP 10 PALING POPULAR 2013

Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Keadaan banjir di Kuantan
  • Satu-satunya entri yang tiada keyword kreativiti yang tersenarai. Ianya bukanlah untuk mengambil kesempatan daripada carian tinggi dari isu banjir baru-baru ini. Ianya berlaku secara tidak sengaja kerana entri ini adalah entri dari kategori Komen Entri dimana saya menerbitkan entri sebagai komen saya dari entri sahabat blogger lain dan terpilih masa itu Blog Cerita Shark dan Blog Jie Susanos yang menceritakan tentang kejadian banjir ditempat mereka. 
  • Namun ianya mengejutkan saya kerana tempias isu tersebut terus meletakkan entri ini dalam senarai Top 10. Entri pada 3 Dis 2013 ini telah menarik trafik melebihi 6,000 view dalam masa satu hari sahaja! Ini yang dinamakan rezeki! Tetapi entri sebegini hanya menarik trafik untuk jangkamasa yang terhad sahaja.

Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Idea kreatif dari pallet terbuang
  • Kategori Kitar Semula memang menguasai carta. Walaupun ramai yang menyatakan kitar semula bagaikan semakin suram tetapi maklumat mengenainya masih tetap menjadi carian yang tinggi. 
  • Entri yang diterbitkan pada 13 Mei 2013 (baru perasan tarikh ni...) ini tetap menarik perhatian. Artikel dibawah kategori kitar semula tidak memberikan trafik yang mendadak tetapi ianya sentiasa berterusan dan terus membawa trafik yang tinggi ke blog ini.  

Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Lampu gantung
dari pelbagai barang terbuang
  • Informasi dan kepentingan kitar semula terus diselitkan didalam artikel kreativiti kitar semula. Entri ini diterbitkan pada 17 Feb. 2013 dan ianya terus mendapat reaksi yang sangat positif. Kewujudan kategori kitar semula memberi satu impak dan 'trademark' buat blog ini sehinggakan menjadi cukup sinonim dengan topik kitar semula. 
  • Syukur Alhamdulillah... rezeki disitu nampaknya. Carian tajuk serta gambar idea kreatif kitar semula semakin tertumpu ke blog ini. Ianya menjadi sumber trafik yang kukuh buat blog Relaks Minda

7. Kreativiti Kitar Semula...2 (17,825 view)
Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Lampu hiasan
dari botol plastik terbuang
  • Enti ke 2 dalam kategori kitar semula ini tidak banyak bezanya dari entri pertama. Ianya menjadi kesinambungan setelah kejayaan entri pertama. 
  • Walaupun jarak masa antaranya jauh iaitu diterbitkan pada 19 Dec 2012 tetapi sambutannya tetap menggalakkan. Komen-komen mulai masuk dan jumlah trafik yang mula menunjukkan peningkatan pula bagaikan menyuntik lebih semangat untuk terus menrbitkan artikel di blog Relaks Minda ini.

Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Dekorasi bilik untuk remaja
  • Ini merupakan enti permintaan. Ianya dari seorang blogger istimewa iaitu UmmiKami  (Blog Jom Kita Berpantun). Jika suka berpantun silalah ke blog beliau kerana anda pasti teruja dengan pantun-pantun indah dari beliau... memang best! 
  • Entri dibawah kategori Creative ini diterbitkan pada 12 Mac 2013. Ianya memperlihatkan pelbagai rekaan dan dekorasi yang menarik untuk bilik anak remaja anda. Ya!...Keyword "dekorasi" memang menjadi... itu pun berlaku secara tidak sengaja. 

Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Lampu hiasan dari cawan
plastik/kertas terbuang
  • Diterbitkan pada 9 April 2013, entri kreativiti di kategori kitar semula semakin matang. Tidak sekadar memberikan idea hasil kreatif dari bahan terbuang tetapi memberi juga serba sedikit pengetahuan serta kepentingan amalan kitar semula. 
  • Saya cuba menarik minat dan perhatian pembaca melalui gambar-gambar menarik hasil idea kreatif kitar semula yang pasti memikat hati lalu membuka minda bahawa kitar semula itu bukan sekadar kumpul dan jual.

4. Kreativiti Kitar Semula... (25,514 view)
Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Hiasan dari gelung kertas terbuang
  • Enti ini cukup istimewa. Ia merupakan artikel pertama diterbitkan bawah kategori Kitar Semula. Entri yang ringkas dan ala kadar. Maklumlah masa artikel ini diterbitkan, 13 Okt 2012 dimana waktu itu tak sampai sebulan lagi mengenali dunia blogging. 
  • Ianya menjadi pencetus semangat pertama apabila jumlah pageview yang meningkat hasil dari entri ini. Pertama kali melihat pageview melebihi 100 pv sehari. Maka bermulalah kewujudan kategori kitar semula yang menjadi tunjang trafik utama setiap hari di Relak Minda

Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Kayu terbuang menjadi berguna
  • Entri yang diterbitkan pada 14 Mac 2013 ini merupakan entri ke lapan dibawah kategori kitar semula. Ianya menunjukkan peningkatan mendadak selepas 4 bulan diterbitkan. Hampir kesemua artikel mempunyai trend yang sama...mengambil masa berbulan lamanya untuk menunjukkan peningkatan jumlah view
  • Sambutan pembaca terhadap entri kitar semula memberi semangat buat saya untuk terus memberikan yang terdaya dan terbaik... Insyaallah.

2. Kreativiti Kitar Semula....4. (36,861 view)
Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Cawan kertas terpakai
  • Ini adalah entri ke empat dibawah kategori Kitar Semula yang diterbitkan pada 14 Jan 2013.  Entri yang mengetengahkan daya kreativiti yang kreatif sebagai pilihan untuk menarik pembaca mendekati dan mempromosi tentang kitar semula
  • Alhamdulillah... kategori kitar semula kini menjadi antara tunjang utama trafik dan "trademark" blog ini. Ramai sebenarnya yang berminat mengetahui dan ambil tahu tentang kitar semula dan saya akan terus cuba memberi maklumat dan pengetahuan mengenai kitar semula ini.

1. Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu. (61,390 view)
    Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
  • Entri yang di terbitkan pada 26 April 2013 ini terus menjadi carian tertinggi dan paling popular. Sekarang ini secara puratanya masih mencatat 1,000~1,500 view seminggu. Pengunjung artikel dibawah kategori Creative ini sentiasa stabil dan berterusan. Bersama kita nantikan... 100K view entri ini.
  • Ianya adalah tuah buat Relaks Minda hasil dari satu permintaan sahabat blogger Mieza Jhaa K (Blog Cinta 25hb) yang meminta idea dan panduan dekorasi yang sesuai untuk ruang tamu rumah baru beliau. Terima kasih Mieza...

Trafik Tinggi Bukan Bererti Popular

Artikel ini bukanlah untuk membangga diri, ianya sekadar berkongsi maklumat buat blogger-blogger yang masih dahagakan trafik. Jangan berputus asa kerana tuah dan rezeki akan tiba tanpa diduga. Teruskan menulis sesuatu yang anda minati dan gemari kerana jika anda menyukainya pasti akan ada orang lain yang mempunyai minat yang sama.

Top 10 Paling Popular 2013
Popular post Relaks Minda 2013
Jika anda lihat ada entri yang mula mendapat perhatian dan peningkatan pengunjung, teruskan dengan entri kesinambungannya. Lakukan berterusan kerana ia akan membawa blog anda ke senarai atas di enjin carian berkaitan topik/keyword berkenaan.

Permulaan sebuah blog semuanya sama. Tiada yang akan terus menjana trafik yang tinggi. Carilah topik-topik yang menjadi kemahiran anda dan kembangkan ia. Kongsikan ilmu, minat dan pengetahuan anda lalu olahkan entri dalam pelbagai sudut dan variasi. 

Ikhlas dalam menyampaikan dan ubah sikap serta matlamat blogging dari sekadar suka-suka kepada berkongsi maklumat dan ilmu. Cara dan teknik terpulang kepada anda... Santai atau serius, kedua-duanya ada pro dan kontra, oleh itu jangan kecewa... tanpa usaha dan mencuba anda tidak akan berjaya. 

Popular hanyalah istilah... tidak popular pun sebenarnya. Terima kasih kepada anda semua...sahabat dan pengunjung Relaks Minda. Top 10 entri paling popular di Relaks Minda ini adalah hadiah istimewa anda buat saya.  Teramat-amat saya hargai. Terima kasih sekali lagi dan teruskan bersama Relaks Minda  :))


Author by Bin Muhammad

Tidak ada komentar:

Posting Komentar