Assalamualaikum... Anda perhatikan dan fahami maksud gambar dan apa yang tertulis.
Batu ramalan cuaca John.
Batu basah - hujan
Batu kering - tidak hujan
Bayang-bayang batu kelihatan di tanah - panas
Diatas batu kelihatan putih - bersalji
Batu tidak kelihatan - Berkabus
Batu berayun - Berangin
Batu terlompat keatas dan kebawah - gempa bumi
Batu hilang - ribut taufan
Pasti ada yang ketawa dan senyum sinis. Ada juga yang kata ianya mengarut, lawak bodoh dan entah apa-apa entah. Dan pasti ada juga yang akan berkata, "Kalau macam ni sesiapa pun boleh buat..." Itu adalah pandangan bagi sesetengah orang. Apa pula pandangan pertama anda?
Berfikir Di Luar Kotak
Tetapi cuba kita fikirkan secara positif. Ianya suatu idea yang amat mudah dan kreatif. Dengan hanya menggunakan sebiji batu yang di gantung. Ya...sebiji batu! Cuba anda pegang sebiji batu, apa yang anda boleh buat dengannya? Pasti ada yang kata, "Buat baling anjing bolehlah." Terfikirkah kita bahawa sebiji batu boleh memberi petunjuk kepada keadaan cuaca?
Ini adalah cara untuk kita membuka minda...untuk berfikir di luar kotak! Kita seringkali memandang rendah kepada sesuatu pemikiran dan idea yang kita lihat mudah dan lucu, tetapi hakikatnya... kita sendiri tidak termampu untuk memikirkannya, apatah lagi untuk melakukannya.
Minda kita seringkali terkongkong dengan keadaan dan suasana sekeliling untuk kita mendapatkan idea. Kita lihat sesuatu secara terus dan zahir. Kita tidak melihat sesuatu kejadian atau benda itu dari pelbagai sudut yang boleh kita manipulasikan menjadi satu bahan cerita dan idea yang kreatif dan menarik.
Mendapat Idea Menulis Entri
Ini mungkin dapat memberi jawapan kepada permintaan Blogger Lelaki, Yang Baik Ishak, Tetamu Istimewa dan Kak Izan yang mahukan tips dan cara mendapatkan idea untuk menulis entri. Oleh itu, jangan terlalu melihat sesuatu itu dari suatu sudut pandangan kebiasaan dan dari situlah anda boleh mendapat idea dan membuat entri yang baik, menarik dan berkualiti.
Satu contoh dari apa yang saya lakukan. Segmen yang saya anjurkan ini sebenarnya mempunyai matlamat lain selain daripada mendapatkan senarai baru bloglist. Bak kata orang serampang dua mata. Dari segmen ini, saya dapat mengutip idea dan bahan untuk entri-entri saya seterusnya. Itulah yang saya maksudkan...Melihat sesuatu yang mudah dan biasa tetapi manipulasikan ia untuk sesuatu yang lebih bermakna dan memberi hasil untuk diri dan semua orang.
Selain dari kisah-kisah yang di kutip dari keadaan dan kejadian disekeliling kita, saya suka melayari internet dan membaca. Gambar-gambar keindahan, unik dan kreatif menjadi sasaran dan bahan utama carian saya. Ingat!...bukan 'copy paste'...tetapi manipulasikan ia dengan cara anda agar ianya kelihatan seperti idea sendiri dan menjadi lebih menarik.
Terus terang saya katakan...idea dan kisah menarik serta terkini yang paling banyak anda boleh dapat adalah melalui facebook! Dari situ barulah bermula kepada pencarian yang lebih terperinci.
Idea datangnya tidak menentu, jika terlintas...tuliskannya dan jadikan ia sebagai draft. Jangan terlalu memaksa diri untuk menulis sesebuah artikel. Lakukan dengan jujur dan ikhlas serta penuh minat, tenang dan ceria barulah anda boleh menulis serta idea pun mudah dapat. Berpada-padalah dalam menerbitkan entri...Kalau sehari terlalu banyak entri, pembaca bosan juga. Esok lusa dah tak tau nak tulis apa...
JIN - "Amacam? Sudah dapat idea ka? Kalau tak da juga...ikat diri jadi macam itu batu!"
BM - Apalah jin! Maaf ya... Gurauan jin ini kasar sikit. Kalau bertekak dengan jin ni...asyik nak sumpah saya jadi batu jer... Itu yang dapat idea pasal batu ni. (perkara buruk bila difikir positif...maka akan eloklah ia)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar