
"Macam mana bang.. Ok ke kucing2 tu?" Isteri aku menyapa. "Oklah kot...tapi si Minah tu macam merajuk aje" Perbualan pasal kucing terhenti di situ sahaja. Aku layan blog sambil mengadap tv...Apa lagi, blogwalking lah ke blog-blog korang le sambil suara Kiah Propa yang terpekik-pekik menerjah ke telingaku.
Bagi yang tertanya-tanya tiba-tiba masuk intro aje ni boleh lah ke Entri INI. Baca kat situ dulu ye...Dah khatam baru mai balik sini.
Dalam asyik melayan blog apatah lagi singgah pula ke Blog OKje...memang bikin ceria. Tiba-tiba terdengar bunyi kucing menjerit berkelahi! Apalagi...terus aku bingkas bangun terus keluar rumah. "Bang! Fifi dengan Minah bergaduh ke?" tanya isteriku. Aku dengar suara kucing sedang rancak berkelahi di rumah jiran sebelah.
.jpg)
Pagar batu jiran sebelah rumah aku ni tinggi, memang tak nampak dari rumah aku. Kena keluar ke pagar depan baru boleh nampak. "Abang pergilah tengok...mesti Fifi tu.. mesti dia kena pukul..." Suara sedih isteri ku memujukku. Dalam pada itu aku pun dengar suara jiran aku sedang terjerit-jerit menghalau kucing yang sedang berkelahi.
.jpg)
Rupanya si Fifi!! Seekor lagi kucing warna kuning sedang mengejarnya. Belum sempat aku tangkap Fifi dia terus berlari laju menghala ke arah padang dihadapan rumah. Kucing kuning tu terus mengejarnya. "Ayoyo! Ini kucing banyak bising. Gadoh-gadoh! Sapa kucing punya..banyak kacau!" Seorang lelaki India berperut buncit datang dan mengadu pada aku. "Tak tahulah Ane... Kucing liar kot." Tapi dalam hati aku, takkan nak cakap kucing aku punya...mampus aku kalau dia tahu. Kucing punya pasal...tak pasal-pasal aku pulak yang kena pelangkung, huhu...
Aku pun segera ke padang. Dalam gelap aku cuba juga lihat keliling...tidak nampak atau kedengaran lagi bunyi kucing berkelahi. Aku pusing-pusing sekitar padang namun tetap tidak kelihatan kelibat Fifi. Sahlah... Fifi sudah lari hilang entah kemana... Dengan langkah perlahan, aku pun pulang ke rumah sambil berfikir, "Apalah aku nak cakap kat bini aku ni...mesti dia sedih."
Kelihatan si Minah menanti di depan pagar...nampak saja aku dia terus bergesel manja di kaki ku. "Fifi dah hilang.. Minah, sukalah ko" Aku terus berjalan masuk ke dalam rumah. "Fifi ke bang yang berkelahi? Mana dia?...Bang! Fifi mana?" Tanya isteriku berulang kali. "Ya...Tapi Fifi dah lari kena kejar kucing kuning...kemana ntah, tak jumpa." "Kucing kuning jantan tu lah agaknya...Pakwe si Minah, si Gojes! Mesti Minah mengadu ni... Alaaa, sayang kucing tu, comel. Kejap je dapat pegang....dah hilang." Rintih isteriku.
Aku baru teringat kucing kuning jantan tu. Ya!...ia selalu datang bertandang mengorat si Minah. Bini aku gelar dia si Gojes. Mungkin benar agaknya si Minah ni mengadu pada si Gojes pasal Fifi... Patutlah aku lihat si Minah semacam aje, kucing berkelahi pun dia relaks aje. Eh...kucing pun boleh buat macam tu ke??
"Mungkin Fifi hanya pinjaman seketika untuk kita. Kalau sayang tak bawa balik, mungkin dia mati kebuluran. Kalau ada rezeki dia bersama kita...esok2 pulanglah Fifi tu, jika tak ada...redha saja ye. Dah besar pahala sayang bawa dia pulang dan beri makan tu..." Aku memujuk isteriku...
Seminggu sudah berlalu, Fifi masih jua tidak kelihatan...
p/s: aku menanti sehingga ke hari ini sambil mengharap agar Fifi pulang untuk aku terus menyambung kisah ini tapi nampaknya ianya hanya berakhir disini sajalah... Gambar Fifi pun aku tak ada...
(Jangan lupa esok, 15/9 jam 9.00pm...Segmen Khas Relaks Minda akan bermula....)
Admin...(Jangan lupa esok, 15/9 jam 9.00pm...Segmen Khas Relaks Minda akan bermula....)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar