The Inspirational Story of "Bai Fang Li"
Pada tahun 1987, seorang pengayuh beca berusia 74 tahun yang bernama Bai Fang Li @ Bai Fangli telah pulang ke kampung halamannya kerana berniat untuk bersara dari kerja yang sungguh memenatkan ini.
Sampainya dia di kampungnya, dia melihat beberapa kanak-kanak sedang bekerja di ladang. Kanak-kanak tersebut tidak bersekolah kerana terlalu miskin, tidak mampu untuk membayar yuran dan menyediakan keperluan sekolah.
Melihat keadaan tersebut, Bai Fangli segera kembali kebandar Tianjin dan kembali meneruskan kerjanya sebagai pengayuh beca. Dia akan sentiasa berada di sebelah stesen keretapi Tianjin untuk menanti penumpang keretapi yang memerlukan perkhidmatannya.
Dia bekerja 24 jam sehari dan hanya berhenti rehat seketika untuk makan sekadar mengenyangkan perutnya. Makanannya pula dikutip dari sisa makanan yang tidak habis di makan. "Makanan ini datangnya dari hasil kepayahan dan titik peluh petani diladang, ia tidak habis dimakan, salahkah aku menghabiskannya daripada membazir dan di buang begitu sahaja?"...itulah Bai Fangli. Dia juga hanya menukar pakaiannya apabila terjumpa pakaian elok yang di buang.
Semua hasil pendapatannya disimpan dan didermakan kepada sekolah di kampungnya untuk membiayai persekolahan kanak-kanak miskin yang tidak berkemampuan untuk bersekolah.
Semua hasil pendapatannya disimpan dan didermakan kepada sekolah di kampungnya untuk membiayai persekolahan kanak-kanak miskin yang tidak berkemampuan untuk bersekolah.
Penyuntik Semangat dan Inspirasi
Setelah 14 tahun, pada tahun 2001 Bai Fangli pulang ke kampungnya bersama becanya dan terus ke Tianjin YaoHua Middle School untuk menghantar kiriman wangnya yang terakhir.
Ketika itu usianya telah hampir mencecah 90 tahun dan beliau memberitahu yang beliau kini tidak mampu lagi untuk bekerja dan menghulurkan bantuan. "Saya hanya mahukan kamu belajar, mendapat kerja yang bagus, menjadi insan yang baik dan berjasa untuk negara" Itulah harapannya. Kesemua pelajar dan guru disekolah tersebut sungguh tersentuh hati dan terharu dengan pengorbanannya hingga menitiskan air mata...
Keseluruhannya, Bai Fangli telah menderma lebih dari 350,000 yuan dan berjaya membantu lebih dari 300 kanak-kanak dikampungnya menyambung pelajaran di sekolah. Pada tahun 2005, Bai Fangli telah meninggal dunia. Beliau pergi dengan meninggalkan satu semangat dan inspirasi buat semua warga China dan kini kisahnya tersebar keseluruh dunia. Sumber dari SINI
Renungan Bersama
Jika seorang pengayuh beca tua yang hanya memakai pakaian terbuang dan tidak berpelajaran mampu membiayai lebih dari 300 kanak-kanak bersekolah, bayangkan apa yang kita boleh lakukan dengan keadaan kita yang cukup dari segala segi sama ada fizikal, kesihatan dan pendapatan. Apatah lagi bagi mereka yang mendapat lebih dari keperluan. Bersama-sama kita ambil pengajaran yang berguna buat motivasi dan renungan bersama.
Terima kasih bersama Relaks Minda... "Niat yang ikhlas dan murni pasti dipermudahkan urusannya...Insyaallah"
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar