Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera. Hari Isnin yang cerah tanda permulaan baru yang sungguh indah. Bersyukur kerana dapat menikmati dan terus menjalani kehidupan ini. Jadikan saat yang telah berlalu itu dalam satu lipatan sejarah dan kenangan terindah buat pedoman dan panduan untuk masa yang mendatang. Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam, menjadi minggu yang lebih cemerlang dari minggu lepas dan beroleh peningkatan dalam diri, kerjaya dan apa jua yang anda lakukan....Insyaallah
Page View
Minggu ini merupakan minggu yang amat bermakna buat blog Relaks Minda. Pertama, hari ini Blog Relaks Minda mencatat satu lagi sejarah baru. Jika pada 28 Mac 2013 Blog ini mencatat 100,000 Page View (PV) dan kini, pada hari ini 9 Sept 2013, blog ini kini telah mencecah 500,000 PV. Ianya berjaya dicatat sehari sebelum usia blog ini genab setahun. Syukur kehadrat Ilahi, Alhamdulillah...
Terlepas print screen 500,000 terlebih satu pun kira Ok lah... |
Terima Kasih
Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada anda yang sudi menjadi sahabat dan tetamu, mengunjungi blog ini secara sengaja mahupun tidak sengaja. Kehadiran anda semua amat-amat saya hargai. Semoga anda beroleh maklumat dan manfaat dari kunjungan seketika disini. Tanpa sokongan dari anda semua, blog ini tidak akan sampai ketahap ini.
Ulang Tahun Pertama
Keduanya pula...Esok, 10 Sept 2013 akan genablah setahun usia blog ini. Pada tarikh yang sama pada tahun lepas dengan sebuah entri pengenalan, blog ini terpapar secara rasminya dunia maya ini. Ingin lihat entri tersebut... sila klik di SINI (ianya telah di update semula pada 19 Sept 2012). Semoga esok anda bersama saya menyambut ulang tahun pertama Blog Relaks Minda...
Terima kasih sekali lagi kerana bersama Relaks Minda
Tidak ada komentar:
Posting Komentar