Petang Jumaat yang nyaman, dapat pula balik rumah awal, merdeka rasanya... Orang rumah pula belum balik lagi. Hmm, terbayang nak makan apa malam ni. Tak kisahlah...masak nasi dulu nanti pandailah dia masak lauk. Sedang asyik membasuh beras (ikut sunnah tu...basuh beras kacau arah lawan jam) Tiba-tiba terdengar jeritan..."Abang! Abang!" Apahal pulak ni...bagi salam pun tidak tiba-tiba dengar isteri aku menjerit memanggil di depan pintu
"Abaaang...cepat la!" Beras pun tak siap basuh...Bergegas aku ke muka pintu. "Tolonglah tengok dalam kereta tu..." Apahal pulak ni...pelik, konfius aku di buatnya. "Ada alien ke?" Sempat pula melawak...
Si Comel
Aku pun segeralah ke kereta dan terus buka pintu kereta. "Sayang! Takde apa pun!" "Ada...cuba tengok kat bawah kerusi" Laa...tu dia! Rupanya seekor kucing. Memang comel, warna kelabu berbelang putih. Tak kecil sangat, agak-agak dalam usia remaja la...
Baru aku teringat, semalam isteri aku ada cerita di tempat keje dia ada seekor kucing, tak tahu dari mana datangnya, mungkin orang buang kot. Comel sangat...dia nak bawak balik. Aku kata tengoklah esok kalau ada lagi maknanya memang tak de sapa punya, terpulanglah. Rupa-rupanya hari ini betul-betul dia bawa balik!
Kenalah aku layan kejap kucing tu. Orang kata kalau bawa balik kucing...kena pusing kucing tu kat tiang rumah 7 kali untuk mengelakkan dia hilang. Betul ke? Kat rumah aku ni mana lah ada tiang. Nak pusing apa? Takkan nak pusing pasu bunga kot...haha! Lupakan...
Aku bagilah ia makan. Aku memang ada seekor kucing, nak tengok kat SINI. Aku panggil ia Minah...Ye la, Minah!...sebab ia betina. Tiba-tiba muncul lah si Minah ni (pantang sebut nama...mesti muncul kan) Maka salam berkenalanlah kedua-dua kucing ni. Eh...lupa nak bagi tau, kucing baru ni pun betino juga. Mula-mula tu macam Ok...tapi tak lama selepas tu, si Minah mula tunjuk garang, nak gaduh la pulak...
Aku pun pukul manja kat si Minah. Si Minah pun diam, tapi asyik aim je kat kucing baru ni. "Jeles kot" hati ku berkata. Kucing pun tau jeles ke? Ala...ia pun punya hati dan perasaan juga,,,ye tak. Aku biarkan mereka berdua di luar. Aku memang tidak benarkan kucing masuk dalam rumah...Tempat Minah pun di luar aje, ada tempat khas untuk dia.
Minah, Fifi Dan Fafau
Lepas maghrib, aku pun makan malam bersama siapa lagi...takkan dengan kucing kot, dengan isteriku lah. Sambil enak menjamu selera, aku pun tanya..."Apa nama kucing tu?" Spontan jer jawab isteriku, "Fifi" Hehe...ketawa aku, "Fifi tu tak sesuai le...jantan pun tak, betina pun bukan, Fafau kenalah!" Dia tetap nak panggil Fifi juga...suka hati lah.
Selepas makan aku siapkan makanan untuk kucing lalu bawa keluar. Elok pula si Minah ni, tadi macam nak gaduh jer...tapi mereka duduk berjauhan lah. Bila aku keluar aje, si "Fifi"....(geli sebenarnya aku nak panggil nama "Fifi" nih) terus mengiau manja dan bergesel mesra di kaki ku. Si Minah jeling jer dari jauh. Aku bagilah makan untuk Fifi dan sebahagian lagi aku bagi pada Minah.
Lahap gila si Fifi ni makan...tadi baru je makan, tapi masih lapar lagi. Kesian...mungkin seharian tak makan kot. Minah makan juga tapi nampak seperti kurang berselera...matanya asyik merenung tajam jer kat Fifi... Aku tau la, sebab aku perhatikan...gelagat mereka ni.
Selesai makan aku layan si Fifi ni main. Memang di usia tengah ligat bermain. Seronok pula aku. Berlari kesana sini lebih-lebih lagi bila aku bagi bola pingpong. Memang layan giler tengok si Fifi ni main sendiri. Dalam pada itu, aku perasan...di satu sudut pula, si Minah duduk diam sambil merenung saja gelagat Fifi. Kesian pula aku tengok, aku pun usap-usap manja si Minah. Tak lama lepas tu si Minah keluar dari pagar dan hilang dari pandangan... (bersambung.....)
p/s: ada ke yg berminat nak tahu kisah selanjutnya?
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar