Assalamualaikum... Jangan pelik pula. Anda tidak tersalah masuk blog. Hari ini saya nak buat satu entri yang luar dari kebiasaan. Nak letak tag apa pun saya tak tahu...hehe. Semua orang kenal buah cempedak kan. Hari ini saya nak mengajar anda satu resepi makanan dan masakan yang mungkin jarang-jarang atau belum pernah anda jumpa. Ianya di buat dari buah cempedak.. Satu makanan istimewa bagi suku kaum Banjar.
Sesiapa orang banjar mesti dah tahu apa itu Mandai. Bagi yang belum tahu dan kenal, hari ini anda bertuah kerana Chef BM akan mengajar anda cara untuk membuat mandai dan cara memasaknya. Hahaha...pertama kali buat entri resepi... lain macam rasanya. Masa tulis entri ni pun dah terasa macam Chef Wan!
Cara-cara Membuat Mandai
1. Pilih buah cempedak yang sudah masak. Yang muda jangan pula pandai2 nak di petik ya! Sungguh harum semerbak bau cempedak ni kalau dah masak.
2. Belah buah cempedak tersebut. Ini tak perlu nak ajar kot. Semua orang pun tahu buat. Buang empulur tengahnya tu barulah mudah kerja.
3. Apa lagi...jangan asyik terleka sangat dengan bau cempedak tu... Keluarkanlah isi cempedak tu! Buat sampai habis licin kesemua isi cempedak tersebut.
4. Masukkan isi cempedak tersebut kedalam pinggan dan bolehlah makan. Kalau tak suka makan begitu sahaja, bolehlah di goreng. Ha! dah selesai pun...Mudah kan? Hehehe
Hah! Nak kemana tu? Belum siap lagi de! Untuk membuat mandai ni bukan guna isi cempedak, tapi kulit cempedak... Apa!! Jangan ada yang terkejut pulak... Apalah orang banjar ni, kulit cempedak pun di makan. Hah! Jangan nak kutuk-kutuk! Aku pun banjar juga! Orang banjar ni tidak suka membazir sebenarnya, (siapa lagi nak puji kan) Korang belum rasa...kalau dah rasa, tak cukup sepinggan! Ok lah, kita teruskan cara-cara membuat mandai ni.
5. Kulit cempedak tadi dibuang kulit luarnya yang menggerutu tu. Jangan terlalu tebal, cukup sekadar hilang kulitnya sahaja. Ikut seperti gambar di bawah...hmm, pandai pun.
6. Potong kulit cempedak tadi kepada ketulan-ketulan kecil. Jangan kecil sangat. Lebih kurang 2~3 jari lebarnya. Kemudian sumbat masukkan kedalam balang. Saiz balang janganlah terlalu besar, sebaik-baiknya muat-muat sahaja. Balang kaca atau plastik tidak menjadi masalah. Kalau anda kaya...boleh aje balang tembaga atau bersalut emas...hehe
7. Kemudian tuangkan air masak suam-suam kuku ke dalam balang. Kalau malas...air masak biasa je pun boleh, tak perlu suam-suam kuku. Pastikan keseluruhan kulit cepedak tadi tenggelam. Itulah...aku dah kata, jangan guna balang terlalu besar, kan dah timbul!
8. Masukkan garam kasar. Jumlahnya lebih kurang 4~5 sudu teh untuk balang seperti saiz yang saya gunakan. Kalau lain saiznya, pandai-pandailah. Tiada sukatan tetap...terpulanglah. Nak masin lebih tambahlah lagi. Tidak perlu di kacau nanti garam itu akan melarut dengan sendirinya.
9. Tutup rapat-rapat dan biarkan paling kurang seminggu. Kenalah bersabar. Jangan asik di belek-belek aje nanti malu ia nak jadi mandai, hehe. Sementara itu makanlah isi cempedak tadi sampai habis ya!
Setelah seminggu, bolehlah anda buka tutupnya. Nampak ada benda putih terapung...jangan risau, itu getah cempedak. Keluarkan seketul mandai tersebut dan basuhlah. Kini ianya siap untuk di masak.
Apa! Belum boleh makan lagi... Ehh, boleh aje kalau nak makan begitu sahaja. Tapi saya lebih gemar kalau ianya di goreng. Cara nak menggorengnya pun tidak susah. Panaskan minyak dan masukkanlah. Nampak ianya sudah kekuningan...angkat dan makanlah.
Ini pula resepi saya untuk menggoreng mandai agar lebih kaw! sikit rasanya.
Mandai Goreng BM
Bahan-bahannya :
Seketul mandai di potong-potong kecil.
Beberapa biji cili padi (nak di hiris pun boleh)
Sebiji bawang merah di hiris.
Cara-cara menggoreng :
1. Panaskan minyak di kuali (kuali ajaib Mizz Aiza paling bagus)
2. Masukkan mandai.
3. Agak-agak suku masak, masukkan bawang dan cili padi dan goreng sehingga warna kekuningan emas terserlah. Kalau suka garing dan kering, biarlah lama sedikit barulah diangkat.
Nah! sudah siap... Makan bersama nasi putih panas, pasti sesiapa pun lalu di depan apatah lagi belakang tak perasan dah! Tapi jangan lupa...Baca bismillah dan doa sebelum makan ye...kalau tidak nanti JIN saya tumpang makan...hahaha
Inilah makanan tradisi kaum banjar. Anda boleh cuba buat dan rasainya sendiri. Rasanya unik berperisa masam-masam masin, sungguh menyelerakan! Baunya pula...sampai rumah jiran sebelah boleh cium! Selamat mencuba!
Entri ini di buat khas untuk menunaikan permintaan Mama Norhasniza Khalid dalam Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda yang meminta pelbagaikan entri. Sebenarnya blog ini mempunyai niche, oleh itu saya tidak boleh sewenang2nya menerbitkan entri yang terlalu pelbagai yang lari jauh dari niche blog. Oleh kerana ada berkait jugalah dengan kitar semula dan demi memenuhi permintaan...saya harap Mama berpuas hati dengan entri ini dan anda semua juga beroleh satu resepi yang luar biasa ini. ...hehe
JIN - "Ini Mandai....bukan memandai-mandai ye!!"
BM - Mama nak masuk "Bloglist Sahabat"... Komen sikit menu ni... :) Best juga buat entri resepi ni rupanya. Ada bakat jadi Chef tak? hahaha
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar