Jumat, 06 September 2013

Rahsia Khusyuk Dalam Solat


Assalamualaikum...Syukur, Alhamdulillah...bertemu lagi kita di hari yang mulia ini di hari Jumaat, penghulu segala hari. Seminggu sekali munculnya ia membawa bersama ganjaran-ganjaran berganda bagi mereka yang sentiasa beringat dan beramal. 

Bersama-samalah kita saling mengingati dan merebut peluang yang di berikan ini. Ganjaran di Hari Jumaat 

Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Peningkatan Dan Hikmah Dalam Solat? 

Hari demi hari berlalu...Setiap hari kita menunaikan kewajipan rukun Islam kedua iaitu menunaikan solat lima waktu. Cuba kita renungkan sejenak.... Adakah perlaksanaan solat kita semakin baik, sempurna atau sebaliknya? Adakah kita melakukan peningkatan dari segi rohani dan jasmani dalam melakukan ibadat ini? Adakah kita semakin khusyuk dalam solat dan mendapat hikmah serta nikmat darinya atau sekadar menunaikannya kerana ianya adalah satu kewajipan? Kita pasti tidak mahu terus kerugian dan ketinggalan. 

Allah berfirman dalam ayat 72, Surah Al-An’aam yang bermaksud: Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak). Ibadat solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di Akhirat nanti.

Rahsia Kusyuk Dalam SolatRahsia Kusyuk Dalam Solat

Kusyuk Dalam Solat

Saya mengajak diri saya dan anda untuk berusaha dan cuba memperbaiki dan mendapatkan kenikmatan dan kesempurnaan dalam bersolat. Salah satu darinya adalah untuk mendapatkan khusyuk di dalam bersolat. Bagaimanakah caranya? Kita ikuti kisah ini...

Ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. 

Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan ...bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riak)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

Rahsia Kusyuk Dalam Solat
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


Marilah Mengerjakan Solat

Semoga kita mendapat panduan dan pengetahuan dalam mempertingkatkan ilmu dan kesempurnaan dalam mengerjakan solat. Khusyuk dalam solat bukan sesuatu yang mudah tapi tidaklah pula mustahil. Bersama-samalah kita berusaha dan berdoa kerana Allah SWT Maha Pengasih lagi Penyayang pasti akan mempermudahkan setiap perbuatan yang ikhlas dan yakin hanya keranaNya. 


Terima kasih bersama Relaks Minda....“Solat itu adalah tiang agama, maka barang siapa yang mendirikannya maka sungguh dia telah menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkannya sungguh mereka telah meruntuhkan agama.” (Hadith Riwayat Bukhari daripada Umar Radiallahu ‘Anhu)

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar