Kini sudah masuk hari kedua..eksplorasi anda bersama saya diteruskan lagi. Ahad 22 Sept 13 Alhamdulillah... Cuaca amat baik sekali bagaikan merestui program yang dirancang pada hari itu. Seawal pagi lagi kanak-kanak sudah ramai berlegar-legar di padang dan perkarangan khemah.
Hari pertama : Hujung Minggu di Taman Rasa Indah
Urusetia dan AJK program masih belum seorang pun lagi tiba. Aku cuba menghiburkan mereka dengan memasang lagu-lagu rancak untuk memecah kesunyian pagi. Mungkin masing-masing keletihan dan terpaksa pula tidur lewat malam tadi. Maklumlah, siap membakar lemang dan mengemas sahaja sudah pukul 12.00 malam.
Sambutan Hari Keluarga
Ketika ini jam sudah melewati pukul 8.00 pagi. Seorang demi seorang AJK bersama penduduk taman mula kelihatan datang memenuhi ruang di khemah dan padang. Kanak-kanak paling ramai dan sudah tidak sabar lagi kerana hari ini merupakan sambutan Hari Keluarga bagi penduduk Taman Rasa Indah di mana acara sukaneka akan diadakan.
Pelbagai acara sukaneka sudah diatur untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Dimulakan dengan pendaftaran peserta untuk kanak-kanak kerana setiap acara di bahagikan mengikut peringkat umur agar lebih adil. Beberapa acara terpaksa diadakan peringkat saringan kerana jumlah peserta yang ramai.
Kanak-kanak sudah tidak sabar untuk bersukan. Berbaris mendaftaran dan mendengar taklimat.
Sukaneka Yang Ceria
Setelah selesai pendaftaran, tepat jam 8.45 pagi, acara pertama sukaneka di jalankan. Ianya adalah acara untuk kanak-kanak berusia 7~9 tahun. Kalau anda lihat gambar dibawah ini pasti ada yang tertanya-tanya... Acara apakah ini?
Buat apa tu dik??
Ini adalah acara mengambil gelang getah dengan menggunakan straw di mulut. Gelang getah pula di taburkan di atas rumput. Memang lucu melihat gelagat dan aksi kanak-kanak ini. Sampai meniarap di atas rumput. Siapa yang berjaya mengutip gelang getah terbanyak dalam tempoh masa yang diberikan adalah pemenangnya.
kesungguhan setiap peserta amat mengagumkan!
Acara kedua pula adalah acara untuk kanak-kanak dibawah umur 6 tahun. Acara mudah buat mereka iaitu acara membawa bola pingpong dengan sudu di mulut. Melihat sikecil yang comel beraksi memang mengundang tawa. Memang kocoh jadinya... Sokongan dan arahan dari ibu bapa membuatkan mereka jadi tidak tentu arah. Sungguh menggembirakan!
Ya!..Imbang dik..jangan sampai jatuh!
Gelak ketawa lebih mengundang lapar dan dahaga berbanding beraksi di acara sukaneka. Berhenti rehat seketika untuk menikmati sarapan pagi. Nasi lemak bersama telur dan sambal ikan bilis menjadi santapan pemberi tenaga untuk aksi-aksi seterusnya. Secawan teh panas pula menghilangkan dahaga. Tak cukup...boleh tambah sebanyak mana yang termampu.
Sarapan yang berkhasiat. Masa untuk menambah tenaga...
Acara seterusnya adalah acara mengisi air didalam botol menggunakan span. Ianya untuk kanak-kanak berusia 7~9 tahun. Disini anda dapat melihat bagaimana kepintaran kanak-kanak tersebut menggunakan akal fikiran dalam mencapai matlamat.
Ada yang berlari pantas namun tidak fikir cara atau teknik yg betul semasa memerah span. Air lebih banyak terbuang dari masuk kedalam botol. Ada pula yang bergerak perlahan tapi bijak memerah span untuk mendapatkan jumlah air yang banyak masuk kedalam botol. Seperti yang di jangka...perlumbaan antara arnab dan kura-kura, akhirnya kura-kura yang menang.
Bersukan dengan penuh semangat! Sampai ada yang basah kuyup kebasahan...
Acara seterusnya ini memang mengundang tawa besar. Acara untuk kanak-kanak berusia 10~13 tahun iaitu acara berlari dalam guni. Sungguh menghiburkan apatah pula guni yang di sediakan tidak cukup besar, acara sepatutnya berlari menjadi aksi melompat pula! Apa lagi...ada yang jatuh tergolek lah!
Acara yang paling menghiburkan. Lompat! lompat! siapa cepat dia menang!
Acara diteruskan pula untuk peserta dewasa lelaki. Berjalan di atas batu bata. Setiap peserta dibekalkan dengan 3 biji batu bata dan mesti bergerak kedepan dengan dengan memijak batu bata yang di alih sendiri. Nampak seperti mudah tapi...teramatlah payah. Sampai ada yang sakit pinggang dibuatnya. Maklumlah... peserta lebih mengutamakan bina perut dari bersukan...hehe
Yang pakai topi tu dapat juga nombor 3! ...hasil bantuan JIN, hahaha
Acara ini pula khas untuk peserta dewasa wanita. Acara boling buah kelapa. Memang mudah tapi anda bayangkanlah bentuk buah kelapa itu sendiri...membuatkan ianya menjadi terlalu sukar. Sebanyak tiga kali percubaan dibenarkan. Jumlah jatuhan botol terbanyak dikira sebagai pemenang.
Baling kak! Jangan terlepas ke belakang sudah!...Jangan risau...tak de masuk longkang!
Acara yang sama teruskan tetapi kali ini terbuka kepada peserta dewasa lelaki dan wanita untuk bersaing bersama tetapi hanya satu balingan dibenarkan untuk setiap peserta. Jumlah jatuhan terbanyak adalah pemenangnya. Kalau dilihat pada aksi balingan...memang dasyat dan bergaya tapi hanya 4 orang sahaja yang berjaya menjatuhkan sekurang-kurangnya satu botol dengan satu balingan ini.
Gaya mesti ada! Seperti pemain boling profesional tapi.... hampeh! hehe
Acara terakhir sukaneka adalah untuk kanak-kanak berusia 10~13 tahun iaitu acara menyepit kacang dengan kayu chopstick. Peserta yang berjaya mengumpul kacang terbanyak dalam tempoh masa yang ditetapkan adalah pemenangnya. Pasti ramai yang kata, "Budak Cina mesti menang acara ini"
Tapi hakikatnya, seorang pun budak Cina tidak tersenarai di antara 3 yang teratas! Ada ibu bapa yang geleng kepala apabila melihat anak mereka mampu dan cekap menggunakan chopstick dengan baik walaupun mereka tidak pernah sekali pun melihat mereka memegang chopstick!
Cepat! Sepit kacang tu.... Masa dah tinggal beberapa saat lagi ni! Cepat!!
Penyampaian Hadiah
Selesai sudah acara sukaneka. Semua berkumpul di bawah khemah. Kini tiba masa untuk penyampaian hadiah. Sebelum itu sedikit ucapan dari Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk dan tetamu jemputan khas iaitu Tuan Haji Idris B. Ahmad, Ahli Majlis Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor.
Tuan Hj Idris (berkopiah) menjadi jemputan khas pada hari itu
Kusyuk mendengar atau kusyuk kerana keletihan atau pun kusyuk kerana lapar ni!
Tuan Haji Idris juga di beri penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang setiap acara sukaneka. Setiap acara disediakan hadiah untuk tiga pemenang iaitu pertama, kedua dan ketiga. Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang! Kepada yang tidak berjaya...jangan kecewa, cuba lagi di tahun hadapan ya!
Tahniah kepada pemenang! Menang kalah itu adat pertandingan. Yang penting semangat dan ceria!
Jamuan dan Bersurai
Selesailah sudah acara sambutan Hari Keluarga di Taman Rasa Indah. Sebagai penutup...semua di jemput menjamu selera. Hidangan disediakan oleh kaum ibu yang bergotong royong, bertungkus lumus memasak bersama menyediakan hidangan yang enak ini. Lemang bersama rendang ayam, nasi impit berkuah kacang, laksa, buah oren dan air sejuk manis menjadi makanan istimewa kami di tengahari itu.
Apa lagi... Jemputlah makan! Sungguh sedap sehingga menjilat jari...
Kira-kira pukul 1.00 petang, tamatlah segala program. Syukur Alhamdulilah kerana segalanya telah berjalan seperti yang rancang, tiada masalah besar yang menjadi rintangan. Aktiviti terakhir yang dilakukan bersama-sama adalah aktiviti mengemas dan membersih. Semoga bertemu lagi di program yang sama ditahun hadapan ...Insyaallah
Anda semua memang hebat! Terima kasih..
Sebagai kenang-kenangan, sesi bergambar bersama orang-orang kuat di depan dan di belakang tabir yang bertungkus lumus menjayakan program selama 2 hari ini. Sekalung penghargaan dan tahniah buat anda semua yang berjaya menjalankan segala aktiviti dengan lancar, berjaya dan cemerlang! Yang paling penting, matlamat telah tercapai! Syabas di ucapkan!
Saling bersahabat membawa berkat,
Didalam taman bersatu komuniti,
Hidup bermasyarakat perlu muafakat,
Barulah aman penuh harmoni...
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar