Assalamualaikum... Selamat datang ke Relaks Minda.
Nikmati hasil nukilan puisi yang pertama kali ku ciptakan. Bukan hendak menandingi kehebatan Cikgu Helmi (Tetamu Istimewa)...kerana aku bukanlah bijak dan berkebolehan bersastera tetapi sekadar menunaikan impian yang perlu di laksanakan... Bacalah dengan gaya berpuisi ya... :)
Menanti
Menanti satu kesampaian
perlu kesabaran
suatu penyiksaan
penuh persoalan
dengan harapan
Menanti sambil menyaksi...
Menyaksi keindahan alam
warna-warni semulajadi
pertukaran suasana
perubahan keadaan
Menyaksi sambil menghayati...
Menghayati alunan mengasyikkan
bayu menyegarkan
kehangatan bahang
keanehan kehidupan
Menghayati aku mengagumi...
Mengagumi kebesaran Ilahi
keagungan Maha Pencipta
kekuasaan Maha Esa
Allah SWT yang satu
Mengagumi lalu mensyukuri...
Mensyukuri merasai kedamaian
menikmati kehidupan
kurniaan keamanan
anugerah kesejahteraan
Menyukuri akan penantian
Penantian yang menanti
Menanti ketibaan yang di nanti
Menanti dan terus menanti
Penantian terhenti setelah dihisab nanti.
Semoga Cik Matahari berpuas hati kerana permintaan beliau dalam Segmen Khas telah saya tunaikan.
JIN - "Puisi dan sajak warisan bangsa, kesusasteraan cabang nukilan rasa...Fuyooo!!..Aku pun dah pandai wooo, hahaha...Puisi BM tak bagus..."
BM - Semoga anda dapat menghayatinya, hasil nukilan dari saya yang tidak berbakat dan berilmu dalam sastera bersajak dan berpuisi ini. Apa komen anda?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar