Assalamualaikum..
Episod kali ini memaparkan beberapa lagi permintaan peserta Segmen Khas yang ingin di tunaikan oleh JIN. Buat peserta-peserta segmen yang masih belum terpilih... Mungkinkah kali ini rezeki berpihak kepada anda?
Terima kasih sekali lagi kepada anda yang menyertai Segmen Khas di Relaks Minda. Segmen Khas Pencarian "Bloglist Sahabat" yang akan melayakkan URL blog anda terpapar di sidebar blog ini.
JIN pun sudah semakin sihat walaupun pening-pening lalat hendak memenuhi permintaan anda semua. Kita lihat permintaan siapa pula tertunai kali ini :
Permintaan anda dan jawapan dari JIN
1. Mahukan terus berkongsi ilmu - Liza Yati, Acik dan Mizz Aiza
JIN - "Itulah sebaiknya...Ilmu jangan simpan-simpan nanti memakan diri! Suka sama kamu semua. Kamu boleh masuk Bloglist!"
BM - Wah! Nampaknya mood JIN bagus hari ini. Insyaallah...segala pengalaman dan ilmu itu bukan untuk diri sendiri. Ilmu mestilah di amalkan dan di kongsi. Insyaallah...sama-samalah kita berkongsi ilmu...
2. Mahu pengakuan tentang 5 kelemahan/keburukan dalam diri BM - BUNDA a.k.a KN
JIN - "Ha! Bagus!...ada peluang nak merasuk ni! Cepat BM...Aku pun nak tau. Bunda masuk Bloglist...sayanggg Bunda!"
BM - Hadoi!...ini memakan diri nih! Bunda punya pasal saya turutkan...
1. Malas - saya ni pemalas terutama mengemas rumah, hehe kalau suruh memasak, basuh baju, gosok baju ke atau apa saja tiada masalah tapi mengemas, menyapu... Oh! Malasnyaaa....
2. Tidak suka pakai minyak rambut, sebab tu saya sentiasa pakai topi atau kopiah kalau keluar rumah.
3. Tidak suka tidur awal...masa tidur saya mesti pukul 12 keatas. Rugi kalau tidur lama-lama.
4. Tak biasa bangun sendiri, maklumlah bila tidur lewat ni...Isteri adalah jam loceng saya dan saya amat2 memerlukan dan menghargainya...tanpa dia, subuhku entah kemana! Dialah menyempurnakan hidupku.
5. Mudah kasihan...Ya, sebab tu saya ni kalau jadi Boss...anak2 buah semuanya dengan mudah ambil kesempatan dan dapat promotion. Sebab itu saya berhenti kerja dan buat kerja sendiri.
Alhamdulillah...sukar untuk mengaku keburukan/kelemahan diri tapi itulah realiti yang harus kita hadapi...kita ini hanyalah insan yang lemah...
3. Mahu lihat permaisuri hati BM - Hainum OKje
JIN - "Ini orang sangat suka sorok-sorok! Mau tengok bini pun susah...bukan mau curi da! Cun ka? Ini OKje banyak bagus minta la....kasi masuk Bloglist lah!"
BM - Alahai...permintaan yang berat untuk di tunaikan. Wajah sendiri pun di sorokkan, nak tengok muka bini pula...hadoiiii... OKje!! Saje je pekena! Oklah...kerana OKje sahaja yang minta...saya akan e-mailkan hanya untuk OKje. Simpan ketat2 ye...(sila bagi e-mail address)
4. Ajak singgah blog anda - Ummi Kami, Blogger Lelaki dan Kaki Blog
JIN - "Sangat suka di jemput...ada makan2 ka? Suka makan2....Kambing golek satu! BM kasi letak kat Bloglist...senang mau singgah!"
BM - Insyaallah...saya tidak menjanjikannya tapi saya akan cuba sekerap yang boleh dan termampu untuk singgah di blog-blog anda. Kepada rakan-rakan yang lain...marilah datang sekali!
5. Mahu membuat entri santai seperti Relaks Minda - Cik Tom dan Kak Nah
JIN - "Sekarang ni pening!...elok juga kalau boleh santai2 dan relaks2....Fuh!! Tenanggg. Jangan ganggu lagi! pi masuk Bloglist!"
BM - Betul ke JIN ni...lain macam je! Semuanya masuk Bloglist nih! Saya tercetus idea ini bila melayari ke setiap blog, rasa letih mata dan otak. Membaca pelbagai topik, isu dan kisah. Kalaulah dapat rehatkan minda sekejap... Kenapa tak ada blog yang santai dan releks untuk memberi ketenangan buat seketika? Hanya dengan menyaksikan gambar-gambar indah pun sudah cukup menenangkan. Maka dari situlah datangnya idea dan kewujudan blog ini. Kini saya cuba beri pengisian agar mendapat sedikit manfaat, pengetahuan, informasi dan kebaikan bersama.
Oleh Itu untuk membuat entri seperti ini anda kena bayangkan di kala anda dalam tekanan dan keletihan. Apakah yang mampu memberi anda ketenangan? Gunakan bahasa yang mudah dan senang difahami. Gunakan pendekatan psikologi dan motivasi disamping gambar-gambar yang memukau pandangan.
6. Mahukan tips kejayaan blogging - SKA
JIN - "Ini orang mesti kalah merempit...itu pasal mahu berjaya! BM kasi tikar terbang... Selamat dari merempit, konpom menang punya... Masuk Bloglist juga, kalau tidak ini orang tak tau serik punya!"
BM - Apalah JIN....mana aku ada tikar terbang! Tikar mengkuang pun tak ada. Jangan ambil hati ya Fais (gurau2 je JIN tu dgn mu) Semoga cepat sembuh ya. Macam mana nak bagi tips kalau saya pun belum berjaya. Mungkin entri-entri sebelum ini tentang ilmu blogging boleh sedikit membantu. Sila lihat entri INI, INI, INI, INI, Selain dari itu belajarlah dari blog2 ternama yang banyak memberi tips dan panduan. Rajin berusaha dan istiqamah...pasti anda akan berjaya!
7. Mahu jadi blogger kaya - Yang Baik Ishak
JIN - "Suka! Suka! Suka! Aku pun mau kaya! Suka sama kamu...masuk bloglist! BM! Macam mana mau jadi kaya? kalau aku kayaaa...hari-hari, hari rayaaa...!"
BM - Saya pun tak kaya macam mana nak penuhi permintaan ni...Dapat JIN pun sengkek. Kalau aku boleh sumpah...Jadi seri kaya JIN ni!
Tapi tidak mustahil untuk menjadi seorang blogger jutawan...mungkin payah buat blogger Malaysia tapi jika terkenal hingga ke peringkat global ianya mungkin boleh jadi kenyataan. Tiada yang mustahil jika ada kemahuan dan di izin Allah, hanya doa yang mampu saya kirimkan...Semoga berjaya! Ingat saya bila dah kaya ya...
8. Ingin bertemu BM dan rakan-rakan blogger - Acik, Mieza JK dan Kisah Si Diary
JIN - "Aku pun nak jumpa...mesti cun awek2 ni! Kita jumpa di Taman Bunga...OK ka? Kasi masuk bloglist...senang buat appointment! Itu Acik cun juga ka?"
BM - JIN gatal nih! Acik tu lelaki la... dapat penumbuk nanti! Nampaknya semua masuk Bloglist ni... Betul2 pening JIN ni.
Saya pun kalau diberi peluang dan ada rezeki...mahu sangat berjumpa dengan anda dan semua blogger. Insyaallah...mungkin izinkan Allah suatu hari nanti. Sama-sama kita doakan ya... Kalau singgah ke Kuala Kubu Bharu dan kawasan sekitarnya, inform le... mungkin kita boleh bertemu.
Cukuplah setakat ini...Hari ini mood JIN terlebih baik sangat le pulak, mungkin sebab pening kot...Kalau di teruskan juga, pasti semua blog tersenarai di "Bloglist Sahabat". Nampaknya rezeki dan tuah berpihak kepada anda yang menjadi tambahan kepada senarai yang telah di pilih sebelum ini....Tahniah buat Acik, Liza Yati, Kak Nah, Cik Tom, BUNDA a.k.a KN, Hainum OKje, Ummi Kami, Blogger Lelaki, Kaki Blog, SKA, Yang Baik Ishak dan Mieza JK (anda akan disenaraikan secepat mungkin...)
Buat peserta-peserta segmen yang masih belum atau masih belum habis di tunaikan permintaannya, sabar ye... nantikan di episod seterusnya. Mungkin rezeki dan tuah anda pula untuk tersenarai di "Bloglist Sahabat". Semoga bertemu kembali...Wassalam.
Selamat menikmati rehat di hujung minggu...Tenangkan fikiran |
p/s: Jangan marah dan berkecil hati dengan gurauan. Maaf kalau tersinggung...sila tegur ya. Maaf juga kerana tidak dapat BW...sibuk dgn program taman untuk sambutan hari keluarga.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar