Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah kerana masih dapat menikmati hari yang indah ini. Syukur kerana masih ada yang sayang. Adakah sukar untuk anda untuk melafazkan rasa bersyukur? Ya...bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan yang anda miliki. Berterima kasih dengan nikmat dan derita yang diberi.
Mungkin kadang kala kita tidak perasan akan segala nikmat dan pemberian yang diterima. Kita lupa dalam kesenangan dan buta dalam kemewahan.
Kita lupa kepada mereka yang sering membantu kita semasa kita di dalam kesusahan. Kita terlepas pandang mereka yang yang sering menemani tatkala kita kedukaan. Kita mengabaikan mereka yang menghulur tenaga, harta dan keringat untuk mengangkat tatkala kita jatuh
Kita lupa kepada mereka yang sering membantu kita semasa kita di dalam kesusahan. Kita terlepas pandang mereka yang yang sering menemani tatkala kita kedukaan. Kita mengabaikan mereka yang menghulur tenaga, harta dan keringat untuk mengangkat tatkala kita jatuh
Pabila kita sudah berada di puncak, kita terlupa memandang kebawah. Ketika kita di ulit mimpi indah, kita tidak sedar yang satu ketika pasti kita akan terjaga.
Bersama kita renungkan kisah ini....
Lupa diri Merana Sendiri
Di suatu ketika ada seorang gadis buta yang amat membenci dirinya sendiri. Baginya, buta itu satu sumpahan dan kehinaan buat dirinya sehingga dia membenci semua orang di sekelilingnya kecuali seorang lelaki yang amat memahami dan menyayangi dirinya iaitu kekasih hatinya.
Kekasihnya sentiasa berada disampingnya untuk menemani dan menghiburkan hatinya yang duka. Kerana sifat dan kasih sayang lelaki itu padanya, maka dia sanggup menikahi lelaki tersebut dengan syarat dia dapat melihat dunia.
Berdoalah mereka kepada yang Esa. Dan... pada suatu hari, termakbullah. Gembiranya mereka apabila ada seseorang yang ikhlas hati ingin menderma sepasang mata kepada gadis itu. Setelah selesai pembedahan, maka gadis tersebut dapatlah melihat dunia ini. Sudah tentu hatinya sangat gembira dan orang pertama yang ingin dia lihat pastilah kekasih hatinya.
Alangkah terkejutnya apabila dia melihat bahawa kekasihnya itu sebenarnya buta sepertinya dulu! Ketika itu bertanyalah kekasihnya itu kepadanya, ”Sayaaaang, sekarang sayang sudah dapat melihat dunia. Apakah sudi sayang menikah denganku?”
Kini gadis terdiam seketika. Dia tidak dapat menerima yang dia akan menikah dengan seorang lelaki buta. Dengan hampanya, gadis itu menolak lamaran kekasihnya itu. Kekurangan kekasihnya itu telah melupakan dia akan kesetiaan dan ketabahan lelaki tersebut yang sanggup bersamanya selama ini. Baginya lelaki itu pendusta kerana tidak berterus terang akan keadaan fizikalnya.
Lelaki itu sungguh kecewa, terluka dan teramat sedih tidak terkata lalu pergi membawa diri. Sebelum dia melangkah pergi, dia telah menuliskan satu nota ringkas kepada si gadis kekasih hatinya,
“Sayangku, pergiku tidak kembali... tolonglah jaga baik-baik sepasang mata yang telah aku berikan kepadamu.”
“Sayangku, pergiku tidak kembali... tolonglah jaga baik-baik sepasang mata yang telah aku berikan kepadamu.”
Si gadis hanya mampu menangis sekuat-kuat hatinya....
Jangan Lupa Bersyukur Dan Berterima Kasih
Hargailah setiap orang disekelilingmu. Jangan terleka dan terbuai hingga terlupa mereka yang sebelum ini yang setia membantu. Jangan dipinggirkan kerana adanya perbezaan. Kenangilah dan bantulah mereka yang memerlukan. Jangan sampai nanti menyesal di kemudian hari.
Ingatlah! Segalanya adalah pinjaman, tiada satu pun hak milik kita dan kekal abadi selamanya. Murahkanlah pengucapan bersyukur dan berterima kasih.
Ingatlah! Segalanya adalah pinjaman, tiada satu pun hak milik kita dan kekal abadi selamanya. Murahkanlah pengucapan bersyukur dan berterima kasih.
Bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan. Berterima kasih juga dengan kekurangan yang diberi. Setiap darinya pasti ada hikmah yang hanya Allah SWT yang mengetahui. Hanya kepadanyalah kita berserah. Semoga kita menjadi insan yang tidak lupa dan sentiasa bersyukur dan berterima kasih.
Alhamdulillah....
Terima kasih bersama Relaks Minda..."Ingatlah...roda itu bulat dan ianya akan berpusing"
Terima kasih bersama Relaks Minda..."Ingatlah...roda itu bulat dan ianya akan berpusing"
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar