Jumat, 27 September 2013

Petua Imam Syafie


Assalamualaikum... Bertemu lagi di hari Jumaat yang mulia ini. Nikmati dan rebutlah ganjaran berganda di hari penghulu segala hari ini yang hadir hanya seminggu sekali. Ganjaran di Hari Jumaat.

Orang-orang tua dulu-dulu cukup banyak petuanya. Segalanya di kutip hasil dari pengalaman dan kejadian. Kini ianya menjadi rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Ada yang mempunyai maksud tersurat dan ada yang tersirat. 


Para ulama juga tidak terkecuali dalam memberi petua buat kita. Namun ianya adalah hasil dari ilmu mereka yang begitu arif dan pakar mendalami agama Islam. Ianya menjadi ingatan dan panduan buat kita agar tidak tergelincir dari landasan kebenaran. Mendidik kita agar menjadi insan yang kamil dan soleh/solehah.

PETUA IMAM SYAFIE


Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas






Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam






Empat perkara menajamkan mata 

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih






Empat perkara merosakan mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat





Empat perkara menajamkan fikiran

1.Ttidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama






Empat cara tidur

1. Tidur Para Nabi - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur Para Ulama dan Ahli Ibadah - Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur para raja yang haloba - Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur Syaitan - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



Semoga petua-petua ini menjadi amalan kita dan sampaikanlah dan saling mengingati sesama kita, kerana kita ini hanyalah insan yang lemah...mudah terleka, terlupa dan terlalai...


Terima kasih bersama Relaks Minda.... Berdoa dan Berzikirlah kerana itulah tunjang kekuatan seorang muslim.

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar