Dalam anda melayari internet, ada singgah seketika di sini... Mungkin kerana anda memang saja untuk blogwalking, atau mungkin teruja dengan tajuk entri, atau memang mencari sesuatu di enjin carian dengan keyword entri ini, atau mungkin dari ping service serta media sosial dan mungkin juga secara tidak sengaja tersesat ke sini....Saya ucapkan selamat datang ke Relaks Minda dan jutaan terima kasih.
Hujung Minggu Yang Meresahkan?
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan... Apa aktiviti yang anda lakukan di hujung minggu ini?
Pasti ada yang sedang bergembira di samping keluarga dan insan-insan tersayang tidak kira dimana jua anda berada.
Ada juga yang sibuk bekerja, semoga anda bekerja dalam keadaan ceria dan penuh bertanggungjawab. Mungkin ada yang keseorangan dan kesepian. Dan pasti ada juga yang sedang gundah gulana, sedih dan resah.
Ada juga yang sibuk bekerja, semoga anda bekerja dalam keadaan ceria dan penuh bertanggungjawab. Mungkin ada yang keseorangan dan kesepian. Dan pasti ada juga yang sedang gundah gulana, sedih dan resah.
Janganlah anda lalui hujung minggu ini dengan kedukaan dan resah dihati. Sebagai seorang sahabat, tak sanggup saya melihat anda dalam keadaan begini. Mungkin saya tidak mampu bersama anda untuk merawat dan menemani anda tapi ambillah petua ini agar ianya dapat membantu anda dalam menangani sedikit kedukaan dan keresahan yang membelenggu diri anda.
Petua Untuk Mengatasi Hati Resah
Berikut adalah petua untuk anda jadikan panduan dan amalkan untuk merawat hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka mahu pun minda yang sedang berkecamuk. Inilah petua yang saya rasakan terbaik buat mengubat segala resah gelisah, kesedihan dan kekusutan anda...
1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Ini adalah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
2. Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata paling berkuasa bagi orang mukmin.
3. Sibukan diri - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan, beriadah dan sebagainya.
4. Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dengan sesiapa sahaja, jika tiada sesiapa, senyumlah di hadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati. Ingatkan saat-saat manis dan indah yang mampu memberi anda senyuman.
Semoga Keresahan Menjadi Nikmat
Inilah yang termampu saya berikan. Senyumlah... :) Mungkin saya tidak dapat menyelami dan memahami situasi anda tetapi percayalah tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Kebahagiaan pasti akan tiba.
Yang penting anda perlu ada keyakinan diri dan percaya, setiap sesuatu kejadian itu adalah takdir dari Ilahi dan ianya terbaik buatmu, sesungguhnya ada hikmah dan nikmat disebaliknya. Bersabar, bertakwa dan berdoalah. Jangan biarkan diri anda keseorangan dalam menghadapi kesedihan dan keresahan kerana disaat ini syaitan mudah berbisik dan mempengaruhi hati dan minda kerana anda berada dalam situasi yang kurang kekuatan dan keyakinan diri.
Bersyukurlah...kesedihan dan keresahan anda juga satu hikmah yang memberikan anda ruang untuk merenung kembali dan bermuhasabah lalu kembali ke pangkal jalan, kembali mengingati tuhan yang Esa, Allah SWT.
Semoga anda dapat mengharungi dan menghadapi hujung minggu ini tanpa rasa sedih dan resah di hati dan minda. Terima kasih bersama Relaks Minda... Selamat menikmati hujung minggu yang indah...
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar