Selasa, 24 September 2013

Hujung Minggu di Taman Rasa Indah


Seawal jam 8.30 pagi, pada hari Sabtu 21.9.2013 Saya bersama dengan beberapa orang teman sejiran telah memulakan satu operasi bagi menjayakan dua program besar untuk penduduk taman perumahan kami. Hujung minggu yang sangat sibuk dan menggembirakan. Kami sebagai AJK Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah telah berkumpul dan memulakan ekspedisi memasuki hutan. Apa pula kaitan masuk hutan dengan aktiviti taman? Ikuti seterusnya ekplorasi saya kali ini. 

Misi Pertama - Mencari Buluh Lemang

Matlamat kami memasuki hutan adalah untuk mencari buluh. Dengan menggunakan 2 buah pickup truck kami menyusuri hutan di pinggir pekan Rasa. Lebih kurang satu kilometer lebih dari jalan besar kami menemui hutan pokok buluh ini. Disini pepohon buluh liar tumbuh subur, hijau merimbun. Sasaran kami adalah buluh lemang. Ya...buluh lemang. Itulah misi kami. Buat aku pula, ini merupakan pengalaman pertama dalam mencari buluh lemang.

mencari buluh lemangmencari buluh lemang
Toleh kiri buluh, toleh kanan buluh....Inilah namanya hutan buluh

Setiba di lokasi, memang tidak di nafikan lagi...hanya di kelilingi oleh pepohon buluh yang subur menghijau. Taklimat di berikan, buluh lemang yang di cari mestilah buluh yang panjang ruasnya dan nipis. Berdiameter tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

mencari buluh lemang
Masing2 bersedia untuk memulakan operasi

Sebatang demi sebatang pokok buluh di tebang. Tidak begitu sukar sebenarnya kerana pohon buluh berada berhampiran dengan jalan maka tidaklah perlu meredah masuk kedalam hutan buluh yang tersangatlah miangnya. Setiap kali mendapat saiz dan jenis buluh yang sesesuai, buluh tersebut terus di potong. 

mencari buluh lemangmencari buluh lemang
Memilih batang buluh yang sesuai sebelum di potong...semuanya begitu bersemangat sekali!

mencari buluh lemangmencari buluh lemang
Itulah tuan pengerusi kami, tetap segak walaupun di dalam hutan

mencari buluh lemangmencari buluh lemang
Ya! potong! Jangan tak potong!...kalau nak order boleh hubungi abang baju kuning tu...hehe

Setelah lebih satu jam, kami akhirnya mendapat jumlah buluh lemang yang kami inginkan. Hampir seratus batang berjaya kami dapatkan. Alhamdulillah, tiada sebarang kecelakaan, segalanya berjalan dengan lancar. Matlamat sudah tercapai, misi pertama sudah selesai, kini tibalah masa untuk kami bergerak pulang.

mencari buluh lemangmencari buluh lemang
Inilah hasil dari penat lelah setelah bermain dengan miang buluh

mencari buluh lemang

Misi Kedua - Mencari Daun Pisang

Didalam perjalanan pulang, misi seterusnya adalah mencari daun pisang. Daun pisang hutan adalah yang terbaik untuk membuat lemang kerana ianya tidak mudah koyak. Memang banyak pokok pisang ini tumbuh meliar di kiri kanan jalan. Ianya bagaikan satu lokasi paling baik buat pengusaha lemang kerana sumber bahan asasnya begitu mudah didapati.

mencari buluh lemangmencari buluh lemang
Habis togel pokok pisang tu kami kerjakan...

Setelah penat mencari buluh lemang. Kami pulang kerumah masing-masing untuk berehat seketika sementara menanti waktu petang untuk berkumpul semula di bawah khemah yang kami tegakkan di padang taman bagi melakukan misi seterusnya iaitu penyediaan lemang. 

Penyediaan Lemang

Pengalaman sebelum ini mengajar kami untuk lebih yakin dan mudah untuk membuat persediaan. Buluh-buluh lemang yang sudah di bersihkan, dimasukkan daun pisang. Sedikit demi sedikit di masukkan pula pulut yang sudah siap direndam ke dalam buluh tersebut. Seterusnya santan yang telah dicampur garam di curahkan perlahan-lahan kedalam buluh. Kini lemang sudah sedia untuk di bakar. 

proses penyediaan lemang
Dengan penuh kusyuk mengisi buluh lemang dengan pulut

Sebenarnya aktiviti membakar lemang ini merupakan program tahunan penduduk taman ini. Bermula dari tahun lepas kami menjadikan aktiviti membakar lemang secara bergotong royong sesama penduduk taman sebagai satu aktiviti muhibbah. Bagi kaum wanita pula, mereka ditugaskan untuk memasak rendang dan jamuan makan malam. Untuk tahun ini, aktiviti ini disekalikan dengan majlis Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk yang berlangsung pada sebelah malam.

Membakar Lemang

Pabila malam menjelang, proses membakar lemang bermula, iaitu kira-kira pukul 8.00 malam. 

proses membakar lemangproses membakar lemang
Abang berbaju merah itulah ketua chef membakar lemang. Pegang bara pakai tangan...selamba jer...

proses membakar lemang
Si baju kuning tu tukang sibuk aje

Pendaftaran 

Dalam pada masa yang sama dibawah khemah bersebelahan tempat membakar lemang, proses pendaftaran ahli persatuan sedang rancak berjalan. Seorang demi seorang ahli mendaftar kedatangan mereka sambil mengambil nombor untuk cabutan bertuah. 

pendaftaran kedatangan ahlipendaftaran kedatangan ahli
Proses pendaftaran kedatangan. Sungguh bergaya petugas pendaftaran pada malam itu.

hadiah cabutan bertuah
Hadiah2 cabutan bertuah...tapi aku tidak bertuah malam itu

Sebanyak 40 hadiah cabutan bertuah disediakan untuk seramai 77 ahli berdaftar di taman ini. Taman Rasa Indah hanyalah sebuah taman perumahan kecil yang mempunyai 87 buah rumah dan 17 buah rumah kedai. Walaupun kecil tetapi cukup lengkap kemudahan di kelilingnya yang hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sekolah, masjid, stesen komuter, klinik kesihatan dan kedai yang lengkap seperti kedai runcit, restoren, peralatan elektrik dan bengkel. Pekan Rasa yang lebih lengkap frasarananya pula tidak sampai 200 meter jaraknya.

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah

Majlis Mesyuarat Agung bermula kira-kira jam 9.00 malam setelah kehadiran tetamu jemputan kami iaitu Ahli DUN Kuala Kubu Baru. Pengerusi persatuan kami yang segak bergaya memulakan program pada malam itu.

mesyuarat agung persatuan penduduk taman rasa indahmesyuarat agung persatuan penduduk taman rasa indah
Tuan pengerusi kami bergaya mengalahkan YB Lee (berdiri...gambar kanan)

Setelah YB Lee Kee Hiong memberi ucapan, beliau pun merasmikan majlis Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan tamat kira-kira jam 10.00 malam. Kini ahli AJK baru sudah di lantik dan nampaknya Tuan pengerusi masih kekal memerintah untuk satu penggal lagi. Hampir keseluruhan AJK dikekalkan temasuklah aku. 

Aktiviti seterusnya adalah cabutan bertuah yang dilihat tuahnya banyak memihak kepada kaum wanita dan majlis diakhiri dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh kaum ibu.

mesyuarat agung persatuan penduduk taman rasa indahmesyuarat agung persatuan penduduk taman rasa indah
Masing2 kusyuk mendengar ucapan dari Tuan Pengerusi dan YB Lee

mesyuarat agung persatuan penduduk taman rasa indah

Bermula sahaja mesyuarat...tiada lagi gambar yang dapat ku ambil kerana sibuk terlibat dengan aktiviti mesyuarat sehinggalah ke penutupnya. Lemang yang di bakar juga masih belum masak lagi... Memang ianya bukan untuk hidangan pada malam itu. Ianya adalah untuk hidangan di program keesokan harinya.

Sambil menanti lemang masak, sesama penduduk taman menjamu selera sambil bersembang dan beramah mesra sebagai aktiviti bebas untuk mengeratkan perpaduan sesama penduduk taman yang berbilang kaum. 

proses membakar lemang
Lemang oh...lemang, kenapa engkau lambat masak?

Apa pula program keesokan hari? Ikuti sambungannya...di SINI


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar