Assalamualaikum...
Kini saya ingin tunaikan beberapa permintaan yang mahukan blog mereka di review oleh saya melalui permintaan anda dari Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda.
Terus terang, saya bukan seorang yang arif dan layak untuk membuat review. Oleh itu review ini hanyalah sekadar pandangan peribadi dan saya cuba lari dari review biasa kerana anda pun sudah sering di review oleh orang lain.
Terus terang, saya bukan seorang yang arif dan layak untuk membuat review. Oleh itu review ini hanyalah sekadar pandangan peribadi dan saya cuba lari dari review biasa kerana anda pun sudah sering di review oleh orang lain.
Saya lebih mengutarakan pendapat dan pandangan saya agar anda dapat melihatnya secara positif untuk anda meningkatkan lagi blog anda untuk lebih berjaya dan mendapat perhatian enjin carian supaya blog-blog anda menjana trafik yang tinggi. Ianya dapat mengetengahkan blog anda yang rata-ratanya mempunyai kisah, topik dan ilmu yang sangat menarik dan bermanfaat yang sepatutnya di kongsi dan diketahui oleh ramai orang.
Mungkin ada pandangan yang sedikit telus dan mengusik hati tetapi cubalah lihat ia dari sudut positif, lagi pun anda yang minta di review dan anda perlu bersedia menerima sebarang kritikan. Sudah saya katakan...ianya hanya pandangan peribadi dan tidak semestinya benar, tepat dan perlu diikuti. Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, saya cuba juga sebaik mungkin. Semoga anda semua mendapat sesuatu yang bermanfaat dari review ini.
1.Blog Dunia Kecil
Pemilik blog ini Mizz Aiza. Seorang blogger peramah yang rajin blogwalking. Ramai yang dah review blog ini, tapi kenapalah nak minta saya review lagi ye. Tagline yang tepat, menjurus kepada perkongsian dari pengalaman beliau dan kisah-kisah kehidupan yang begitu dekat dengan kita. Niche yang biasa bagi seorang blogger namun beliau amat bijak mempelbagaikan dengan tip kesihatan dan kecantikan serta kisah pemanggang ajaibnya yang menjadikan tarikan sampingan yang menyerlahkan keistimewaan Blog Dunia Kecil ini.
Blog yang sentiasa meriah dengan kunjungan dan komen ini mempunyai rangking yang amat baik. Bermula pada April 2011, sudah cukup banyak pengalaman beliau di dunia blogging ini. Layakkah aku yang baru setahun jagung ini nak memberi komen?
Keistimewaan Mizz Aiza mengolah cerita amat mengagumkan. Ayat yang mudah di fahami dan dengan bahasa serta ayat bahasa Melayu yang baik. Teknik penulisan perlu dipertingkatkan agar mesra SEO untuk mendapat lebih perhatian enjin carian.
Kerajinan beliau blogwalking menjadi tunjang kekuatan blog ini. Entri yang sentiasa berterusan juga menjadikan blog ini mendapat perhatian. Dari segi teknikal, blog yang simple dan tidak menyesakkan pandangan. Potensi yang amat besar untuk menjadi blogger yang berjaya cuma perlu belajar teknik yang betul dan mendalami ilmu blogging
Tidak banyak yang dapat saya kupas kerana anda sendiri sudah pasti dengan perjalanan blog anda. Cuma anda belum cukup menyerlah dengan topik atau niche yang boleh menjadikan anda seorang yang terbaik di sesuatu bidang. Nasihat saya perbanyakkan entri mengenai pemanggang ajaib sehingga anda menjadi 'master' di dalam topik tersebut. Dapatkan sehingga keyword pemanggang ajaib menjadi milik anda di enjin carian. Itulah cara termudah untuk anda menyerlah dan menjadi lubuk trafik yang berterusan.
p/s: Tahniah dan semoga berjaya!
2. Blog Cik Matahari
Sebuah blog yang sering mengutarakankan tips dan panduan. Seorang guru yang amat berminat membicarakan luahan rasa, kehidupan dan panduan menanganinya disamping persoalan dan informasi mengenai blog. Amat kagum, walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang guru tapi masih berusaha mempelajari dan mencuba untuk mempertingkatkan ilmu blogging.
Kesukaran mencari info kerana tiada arkib blog atau sitemap untuk melihat entri-entri beliau. Hanya mengikut kehendak tuan blog dengan apa yang terhidang di carian/shortcut yang sediakan. Penampilan blog sederhana tetapi nampak sedikit sarat mungkin sebab background kot.
Cara karangan anda masih tidak menepati ciri-ciri SEO dan kadang kala tajuk terlalu panjang. Perlu belajar menulis di blog menepati cara penulisan di blog, bukannya cara karangan di sekolah. Namun saya dapati beberapa entri amat baik dan menepati cara atau teknik yang betul. Kenapa ianya tidak konsisten ya?
Seseorang yang masih mencari tempat di dunia blogger tetapi ianya amat sukar bersaing jika mengharapkan entri berkaitan blogging kerana ianya sudah di pelopori oleh blogger terdahulu yang sudah ternama. Tidak salah namun jika anda mengharapkan blog anda berjaya dan menjana trafik, anda perlukan sesuatu faktor yang dapat menyerlahkan blog anda di enjin carian.
Apa yang saya lihat, anda berupaya jika terus memberikan entri mengenai penjawat awam dan pendidikan. Perbanyakkan entri-entri sebegini agar ianya menjadi satu niche tetap yang menjadi rujukan dan kekuatan blog ini yang menyerlahkan setiap keyword mengenai topik ini akan terus ke blog anda. Tidak bermakna anda perlu berubah, teruskan dengan apa yang anda lakukan sekarang.
Itu hanyalah satu contoh...mungkin ada topik lain yang menjadi kemahiran anda dan ianya relevan sebagai carian. Itulah cara untuk kita yang di peringkat permulaan blogging...Jangan bersaing dengan mereka yang sudah establish tetapi berusaha membawa sesuatu yang baru dan jadikan ia identiti anda di enjin carian.
p/s: Semoga terus bersemangat dan mencapai impian
3. Blog kakiblog
Sebuah blog yang mula-mula sekali saya jejaki ingatkan blog mengurut kaki (maaf ya...tapi itulah realitinya). Logo blog tu biasa terlihat di pusat-pusat urut kaki. Jangan marah ya! Sebuah blog yang sarat membicarakan dunia blogging ini mempunya rangking yang baik dan bertuah kerana dikelilingi oleh rakan-rakan blogger dikalangan mereka yang cukup ternama dan establish di dunia blogging.
Bila nama blog 'kaki blog' dengan tagline 'blogger kaki blogwalking', maka pasti ramai akan menganggap beliau adalah seorang blogger tegar sepenuh masa dan selalu blogwalking. Tetapi...beliau bukanlah seorang blogger tegar seperti Ben Shaari yang mampu menerbitkan entri 3~5 entri sehari. Blog ini aktif cuma entrinya tidaklah diterbitkan setiap hari.
Blogwalking....Ya beliau boleh dikatakan rajin blogwalking, tambahan pula ketika ini beliau sedang menjalankan kajian tentang backlink dan blogwalking. Begitu juga dengan setiap komen anda, pasti akan dijejaki semula. Namun begitu sering di katakan oleh beliau, masa sering menjadi halangan untuk blogwalking.
Disinilah letaknya kesesuaian nama sesebuah blog. Nama blog dan tagline anda amat rapuh dan boleh dipertikaikan. Perlukah anda terus membawa beban dengan nama yang tidak sepadan dengan kemampuan anda? Maaf jika ianya teguran yang terlalu terus dan tidak sepatutnya saya pertikaikan kerana ianya adalah hak anda.
Dari segi teknikal, blog ini simple dan mesra pembaca. Tuan punya blog iaitu Mr. Hanafi adalah seorang yang cukup berilmu tentang blogging dan SEO. Banyak maklumat mengenai blogging yang boleh anda dapat di blog ini. Seorang blogger yang mesra dan dapat menerima pandangan dan pendapat. Sentiasa berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan ilmu blogging dan saya dapat rasakan yang anda boleh menjadi seorang blogger yang berjaya jika mempunyai masa dan sedikit lagi usaha serta sokongan rakan-rakan disekeliling anda.
p/s: Semoga anda berjaya dan maaf jika review ini terlalu sinis dan kritikan yang bagaikan merendahkan kebolehan anda. Harap anda ambil positif. Saya juga ingin menunaikan permintaan anda yang terakhir iaitu ingin menjadi penulis jemputan untuk blog ini. Inilah masa untuk anda kenakan saya balik...hehe Topiknya bebas tetapi tidak boleh menyentuh mengenai isu agama, perkauman, politik, hiburan dan apa sahaja yang boleh menimbulkan kontrovesi dan menggugat undang-undang dan keamanan negara. Anda boleh e-mail kepada saya bila-bila masa sahaja.
4. Blog Minus SKA
Macam manalah nak review blog ni. Terus terang, saya kurang pasti kaitan header dan pengisian blog anda walaupun ianya sudah diterangkan oleh anda sebelum ini. Sebaiknya tagline tersebut di ubah sahaja kerana walaupun ada kisah mengenai sukan tapi ianya tidak menjadi tunjang utama kepada blog anda sekadar menunjukkan ianya adalah minat anda. Ha! tu la...sapa suruh minta di review...kan dah kena, maaf ya Fais.
Dari segi rupa blog, ianya tidak menjadi masalah. Penulisan juga mudah di fahami dan tidak terlalu formal. Jika anda ingin berjaya, anda perlu mendalami ilmu blogging untuk menyerlahkan blog anda di enjin carian. Saya dapati banyak artikel anda yang sangat berilmu dan baik cuma cara karangan masih tidak menepati teknik yang betul.
Seorang blogger yang rajin blogwalking dan rajin komen, ianya amat bagus sekali. Ramai pengunjung setia dan meminati artikel anda dan mungkin juga ianya hasil dari blogwalking anda. Kisah anda mendapat simpati terutama dari akak-akak yang cukup menyayangi anda...sungguh bertuah sekali!
Bukan mengambil kesempatan, tetapi jadikan ianya satu artikel yang menjadi entri istimewa anda seperti artikel terbaru mengenai maklumat tentang kaki patah. Perbanyakkan artikel seperti ini dan buatkan ianya seperti satu sumber maklumat untuk pencari mendapat maklumat. Suatu hari nanti pasti keyword kaki patah menjadi sisonim dan menjana trafik yang tinggi untuk blog ini kerana blog anda akan berada di muka pertama di enjin carian. Anda juga mendapat amal jariah darinya.
Bukan bermakna anda perlu menetapkan niche tapi anda perlu ada artikel yang menjadi tunjang kekuatan blog ini. Sekadar pandangan sahaja... Anda boleh buat topik lain yang anda rasakan anda mahir tetapi pastikan ianya unik dan relevan menjadi carian sepanjang masa.
p/s: semoga anda segera pulih dan teruskan blogging.
5. Blog Kakikerja
Pasti ramai yang mengenali blogger ini. Blog yang putih dan simple amat mudah di akses. Tiada yang menyesakkan pandangan. Fizi zaidi, blogger yang banyak mengutarakan pandangan dan pendapat beliau tentang permasalahan kehidupan dan emosi. Pandangan beliau sungguh menarik dan bernas.
Suatu yang menarik, istimewa dan unik tentang blog ini adalah entri beliau berkaitan dengan belajar bahasa Thailand. Ianya menjadi satu trademark yang sangat bagus dan menyerlah blog ini di enjin carian. Inilah yang saya maksudkan...Jika anda tiada niche tapi anda perlu ada satu topik yang menjadi tunjang kekuatan trafik dan menjadi identiti unik anda di enjin carian. Tahniah! Jangan hentikan artikel ini...teruskan ia sebagai selingan diantara entri-entri lain.
Anda cuma perlu belajar menulis dengan teknik yang mesra SEO iaitu yang betul bagi sebuah artikel di blog. Penggunaan backlink juga perlu untuk meningkatkan keberkesanan entri anda di indek oleh enjin carian. Sesekali anda perlu membalas komen kerana ianya memberi semangat buat pengomen untuk terus memberikan komen walaupun anda mempunyai cara tersendiri dengan mengunjungi pengomen tersebut tetapi sesekali cubalah lakukan.
Nampaknya anda semakin aktif berblogging. Teruskan... Setkan satu matlamat untuk anda capai. Ianya dapat memberikan anda lebih bersemangat. Apa kata sebelum anda menyambut ulang tahun pertama blog anda mesti mencapai Alexa rank anda di bawah 300K! Bila anda ada target...ianya dengan sendirinya memacu anda untuk berusaha mencapainya. Ada berani!?
p/s: semoga anda telah mempunyai impian dan target :) sila beri komen...anda akan saya masukkan dalam "Bloglist Sahabat"
Terima kasih anda semua kerana menyertai Segmen Khas - Setahun bersama Relaks Minda. Semoga permintaan anda untuk di review ini telah tertunai hendaknya.
Sekali lagi saya memohon ampun dan maaf jika review ini tidak menepati kehendak anda mahupun mengguris hati. Saya cuba sejujur yang mungkin...tapi selalunya kejujuran itu memberi kepahitan namun itulah yang terbaik dari terus menipu dan berkata baik tetapi realitinya tidak.
Kepada mereka yang masih belum tertunai permintaannya....Harap bersabar ya. Terima kasih kerana setia bersama Relaks Minda.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar