Assalamualaikum...
Terima kasih sekali lagi kepada anda yang menyertai Segmen Khas di Relaks Minda baru-baru ini. Segmen khas pencarian "Bloglist Sahabat" yang akan melayakkan URL blog anda terpapar di sidebar blog ini.
Entri Khas ini pula adalah entri bersiri bagi JIN menunaikan permintaan anda. Maklumlah...setelah di 'summary'... Ada lebih 40 permintaan! JIN pun demam melihatnya... Tapi tak pe, dalam demam-demam pun JIN cuba juga menunaikannya, sedikit demi sedikit ye... Jin kata, "Wahai manusia! Bukankah sabar itu separuh dari iman...Sabar la!" Ha!...takut aku kalau JIN ni marah..
Jadi, tak perlu cerita banyak...kena bersabo. Berikut adalah senarai pertama 10 permintaan yang di tunaikan :
Permintaan anda dan jawapan JIN
1. Minta follower Relaks Minda jadi follower anda - Liza Yati, Zana Fahmi, Kakzakie
JIN - "Usaha la sendiri! Folower pun mau cilok sama Relak Minda! Tak Boleh!"
BM - Mood Jin tengah tak baik tu...jangan marah ye. Anda tengoklah follower saya tu, 300 pun tak sampai lagi. Orang lain beribu-ribu. Saya sayang semua follower saya...Biar sikit tapi mereka sangat setia bersama. Lagi sikit lagi bagus! Peluang untuk saya menjengah blog mereka sangat tinggi. Saya hanya mampu menyeru agar follower kesayangan saya terjah-terjahlah ke blog mereka ini. Mereka semuanya sangat baik dan peramah. Punyai Blog yang menarik. Tak rugi jika anda menjadi follower mereka. Ingat...follower bukan segala-galanya dalam menentukan kejayaan dan populariti blog.
2. Mahu lihat wajah BM - Liza Yati, Ummi Kami, Asyifa, Kak Nah, Bunda, Mialiana
JIN - "Ini orang bukan hensem pun...baik jangan tengok, nanti boleh pitam! Mau tengok juga...Ok! Tapi jangan menyesal ya! BM! Kasi tunjuk sekarang!"
BM - Buat anda...Sila ke entri INI. Saya dah tunjukkan wajah sebenar....Tapi sebelum tu, siap2kanlah apa yan patut sebelum anda pitam ye...
3. Mahu tersenarai dalam bloglist - Aisya, Adhie, PCL, Yumida, Tetamu Istimewa, Mizz Aiza, Ummiarissa, Kakzakie, Cik Matahari, Baby Comel, Kisah Si Diary.
JIN - "Lain kali minta la susah-susah skit! OK...anda semua tersenarai dalam bloglist! Sudah puas hati!"
BM - Erk! Bior betul jin nie!
4. Mahu BM terus ber 'belog' dan berkongsi ilmu - Acik, Hijau Zamrud, Adhie, Raudzah, Cik Tom, Jie Susanos, Mama Norhasniza, Amanina, Mialiana, Kakzakie, Liza Yati, Maiza
JIN - "Ini orang tak mati punya...dia punya kerja blogging aje mulai sekarang!"
BM - Patut2 lah jin...Aku ni manusia, bukan jin...Sampai masanya manalah tahu, sakit ke, meninggal ke, ada masalah ke dan sebagainya. Selagi ada masa, daya, idea dan diizinkan...Insyaalllah akan tetap blogging. Doakan yang terbaik ye. (Jin pun demam...ape da!)
5. Mahukan jalinan ikatan dan ukhwah - Aisya, Cik Tom, Kak Nah, Jie Susanos, Mieza JK
JIN - "Mana boleh sama laki2...pompuan buleh!"
BM - Eh..takdelah, saya akan bersahabat dengan sesiapa sahaja, tak kira lelaki/permpuan, tua/muda. Semoga ikatan persabatan dan ukhwah sesama kita terjalin kekal selamanya...Insyaallah
6. Jemputan ke segmen - Hijau Zamrud
JIN - "Lain kali jemput siapkanlah Limo...baru boleh datang. Wow! Zamrud...bling!bling! BM pergi sekarang!"
BM - Terima kasih diatas jemputan anda. Maaf jika saya katakan yang saya tidak lagi menyertai sebarang segmen. Bukan tidak sudi tapi tidak mahu mengecewakan anda kerana tidak dapat memberi komitmen pada segmen...Masa blogging saya sangat terhad. Maaf ya...terima kasih, amat2 saya hargai.
7. Mahukan entri kerana sukakan gambar - Aisya, Asyifa
JIN - "Tadak hal...gambar Jin mau ka?"
BM - Insyaallah...
Gambar istimewa buat Aisya dan Asyifa |
8. Mahu sentiasa positif dalam hidup - Salina
JIN - "Positif dalam hidup...BM! Positif itu apa?"
BM - Saya doakan semoga anda sentiasa positif dan bersangka baik. Satu sifat terpuji... Jika mahukan ketenangan, selalu2lah singgah ke Relaks Minda ye.
9. Mahukan support dan komen - Mama Norhasniza
JIN - "OK Mama...saya mari rumah support ya! Tapi itu abang kasi simpan ya! Ok ka?"
BM - " Insyaallah, saya cuba yang terbaik dan termampu untuk selalu singgah di blog Mama. Semoga mama sentiasa sihat dan ceria. (jangan layan jin tu)
10. Mahukan Fifi kembali - Jie Susanos
JIN - "Aku sudah ada! Apa lagi mau sama itu Fifi? Busuk itu Fifi!"
BM - Sampai sekarang pun isteri saya masih tertanya-tanya dan terbayang-bayang Fifi tapi rasanya harapan untuk Fifi kembali amat tipis. Minah juga yang tetap bersama...
Semoga anda berpuashati dengan permintaan anda yang sudah di tunaikan oleh JIN. Kalau ada yang kurang dan terkasar bahasa tu...harap maaf ye, maklumlah Jin tak berapa sihat. Saya pun geram juga kat JIN ni...main suka-suka aje tunaikan permintaan No. 3 tu... Saya belum pun habis lagi menapis dan mentelaah untuk senarai Bloglist tu tiba-tiba....Sabo je la, tuah anda lah tu.
Kerana JIN dah tunaikan maka dengan rela hatinya saya menyenaraikan semua yang membuat permintaan No. 3 itu dalam Bloglist Sahabat (akan saya masukkan secepat mungkin ye)
Yang lain jangan risau...peluang masih ada, saya belum selesai memilih lagi...Doa-doalah, manalah tau dalam menunaikan permintaan anda dalam entri akan datang, tiba-tiba JIN tu tunaikan harapan anda pulak ye... :)
p/s: Nantikan Entri Khas seterusnya :) Sabar ye...nanti JIN marah... Apa komen anda?
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar