Pulang kembali ke kampung mertuaku... Nikmati lagi keindahan bunga-bunga yang subur mekar di halaman dan di sekeliling rumah mertuaku di Tanjung Karang, Selangor. Bunga desa pelbagai rupa dan warna yang menjadi koleksi dan hobi mertuaku di kala kelapangan ini menjadi koleksi ku pula di entri yang ke 6 ini...
Menjadi rutin harian setiap pagi jika tiada hujan yang turun membasahi bumi yang subur ini, pasti ibu mertuaku akan menyiram pokok bunga kesayangannya. Jika di tanya mengenai baja...mudah sahaja, air basuhan ikan dan beras sahaja yang di siram. Begitu mudah sekali. Yang kita ni bukan mainlah beli baja... lagi mahal lagi bagus la kononnya... tapi hampeh!
Anda nikmati sendiri lagi beberapa jenis bunga desa yang menjadi mangsa lensa kamera murahku ini, jurukamera amatur yang main suka-suka je tangkap gambar bunga ibu mertuaku ini tanpa izinnya....hehe
Bunga daun inai... Kecil aje bunganya dan jarang sekali kelihatan,
mungkin rezeki kali ini.
Bunga daun selum... Ulam fresh, tinggal petik sahaja...
Bunga 1... Spesis kaktus kot
Bunga belimbing... Tengok dari jauh biasa sahaja, tapi bila di 'zoom in'
inilah hasilnya. Cantik juga ye...
Bunga 2... Apalah nama bunga ni, pokoknya menjalar. Hampir separuh
pokok belimbing dilitupi pokok ini.
Bunga 3... Ianya akan berbuah seperti ceri...
Bunga daun manis... Memang cantik dan manis sekali bunganya...
Bunga atau buah?....tak tahulah, merimbun pokoknya... Mak kata nak
dibuang pokok ni...suka hatilah...
Bunga 4... Paling cantik bila berbunga, berjambak-jambak.
Kalau sesiapa tengok...memang jeles...
Bunga 5... Biasa di lihat tapi tak tahu namanya. Spesis kaktus rasanya...
Bunga 6... Pokok ini pun menjalar.
Bunga kertas...Tidak banyak ada, ibu mertuaku kurang menggemarinya...
Biasa sangat katanya...
Bunga 7... Pernah jumpa pokok ni di tanam di tepi highway
Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kepada anda yang mengetahui nama pokok bunga yang saya tidak kenali yang saya namakannya mengikut nombor gambar yang tertera.
Terima kasih bersama Relaks Minda...Semoga anda beroleh ketenangan dengan menikmati bunga desa yang pelbagai rupa dan warna ini. Kehadiran anda amat-amat saya hargai. Kalau anda masih mahu melihat lagi... Mungkin ada entri ke 7 :)
Semoga anda semua relaks, berbahagia dan ceria selalu =)
Semoga anda semua relaks, berbahagia dan ceria selalu =)
Nikmati lagi Keindahan Bunga Desa di sini :
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar