Assalamualaikum...
Entri kreativiti kali ini memperlihatkan kepada anda akan kepelbagaian jenis rekaan rak buku untuk simpanan buku mahupun cenderahati malahan apa sahaja barangan yang bersesuaian juga boleh di letakkan di ruang tamu mahupun bilik anda. Rekaan kreatif yang mencabar minda perekanya untuk menghasilkan sebuah rekaan yang menarik, kreatif, unik serta elegan untuk memuaskan citarasa setiap insan.
Rekaan rak yang mampu merubah ruang di rumah anda agar tampak menarik, unik dan eksklusif. Rekaan yang diluar kotak pasti mengujakan anda dan menawan tetamu yang datang. Memperlihatkan keanggunan, citarasa serta menonjolkan keperibadian istimewa pemiliknya.
Semoga kreativiti rekaan rak buku yang di perlihatkan disini dapat penyuntik idea dan ilham buat anda dalam mendekorasikan ruang di rumah anda sehingga dapat menggoda setiap mata yang memandang di samping berfungsi sebagai rak yang berguna buat anda.
Rekaan rak yang biasa tetapi di ceriakan dengan pelbagai warna untuk
memberi mood ceria dan menawan.
Hanya dengan mengubah kecondongan, sebuah rak biasa di dinding kelihatan
sungguh menarik dan unik. Inilah hasil dari idea yang kreatif
Susunan rak tidak semestinya sentiasa selari serta lurus menegak. Warna-warna juga tidak
semestinya hanya satu warna dan gelap. Cubalah gabungan pelbagai warna serta jangan
takut untuk bereksperimen dengan warna yang terang. Warna-warna penting untuk memberi
kesan emosi atau kepelbagaian mood di ruang rumah anda.
Adakalanya rak mungkin tidak sesuai diruang yang sempit. Untuk menyimpan
koleksi buku-buku anda, mungkin idea kreatif ini amat sesuai. kemas, simple
dan menjimatkan ruang.
Rekaan rak juga sangat penting untuk menambah seri ruang anda. Ianya pasti menjadi
tumpuan pandangan. Oleh itu, kreativiti rekaan rak yang anggun dan eksklusif mampu
memberikan suatu pandangan yang mempersonakan di ruang rumah anda.
Rak juga tidak semestinya berbentuk kotak. Rekaan rak juga mampu
memberikan satu hasil karya seni yang menarik dan kreatif tetapi masih
dapat mengekalkan fungsinya.
Begitu juga dengan kepelbagaian bentuk dan saiz untuk ruang rak, ianya juga jika
digabungkan akan menghasilkan rekabentuk rak yang sungguh unik dan mengagumkan.
Dapat memberi ruang untuk pelbagai barangan dengan pelbagai bentuk boleh diletakkan.
Kreativiti rekaan rak yang tergantung di dinding lebih sesuai buat ruang yang
sempit. Ia juga dapat memudahkan anda untuk mengubah posisi perabot dan
peralatan disamping senang untuk anda menyapu...
Jika inginkan kreativiti rekaan rak yang sedikit luar biasa dan unik. Rekaan rak diatas
ini pasti sesuai buat anda. Rekaan menarik ini memberi daya tarikan buat sesiapa sahaja
yang memandang. Menawan dan mengujakan!
Kreativiti rekaan rak yang menarik ini di reka untuk anda yang selalu inginkan
perubahan bentuk dan susunan rak anda. Ianya mencabar minda anda untuk
menjadi kreatif dalam menyusun rak untuk memberi hasil sebuah rekaan rak
yang menarik dan menyeri ruang tanpa mengabaikan fungsi rak tersebut
Kreativiti rekaan rak yang menarik dan mempersonakan apatah lagi dengan rekaan yang unik dan kreatif pasti menjadikan ruang di rumah anda sangat menawan. Namun harus di ingat...rekaan rak tersebut mestilah berpadanan dengan suasana, tema, perabot serta peralatan yang terdapat di ruang tersebut agar tidak kelihatan terlalu janggal.
Sebuah rak mungkin mampu memberi suasana ruang yang berbeza. Bijaklah dalam memilihnya. Jangan pula terlalu menekan kepada rekaan tapi kajilah juga fungsi dan kegunaannya agar tidak sekadar menjadi barang perhiasan sahaja.
Terima kasih kerana bersama Relaks Minda, semoga ianya dapat membuka minda anda dalam mendapatkan idea dan ilham untuk mencari rekaan rak yang sesuai untuk di letakkan dan digunakan di ruang rumah anda... :)
Amalan untuk di kongsi bersama...
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar