Jumat, 10 Mei 2013

Senibina Masjid di Negeri Sembilan


Assalamualaikum... Dari Melaka kita menyeberangi sempadan di sebelah utaranya. Kita menjengah ke negeri yang terkenal dengan budaya Minangkabau iaitu Negeri Sembilan Darul Khusus.  

masjid negeri sembilanMerujuk pada Wikipedia, Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal.

Maka tidak hairanlah jika senibina masjid di Negeri Sembilan ada persamaan dengan negeri-negeri di sekelilingnya. Tidak banyak masjid yang menerapkan senibina Minang, tidak di ketahui mengapa...mungkin kurang bersesuaian. 

Kita nikmati keindahan senibina masjid-masjid di Negeri Sembilan yang tidak kurang indahnya menjadi lambang keagungan Islam di negeri ini khasnya.

masjid negeri sembilan
Masjid Negeri, Negeri Sembilan, dibina dikawasan atas bukit berhampiran bangunan Dewan Undangan  Negeri di Seremban. Bermula pembinaannya pada 25 Mac 1966. Asas rekaannya berdasarkan satu bentuk berpecah sembilan, yang dapat dilihat jelas melalui bumbungnya yang mempunyai 9 corong runcing yang di bercantum lalu membentuk umpama sebuah payung. Pembukaan secara rasminya disempurnakan oleh DYM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada hari Jumaat, 24 November 1967.

masjid negeri sembilan
Masjid Jamek Seremban terletak di jalan Tun Dr. Ismail. Masjid ini dibina pada tahun 1900 dan diasaskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Masjid ini boleh memuatkan 1000 orang jemaah. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh keluarga Sheikh Abdul Kadir. Senibina Masjid ini bercirikan senibina yang sering terdapat di Negeri Melaka.

masjid negeri sembilanmasjid negeri sembilan
Masjid Diraja Tuanku Munawir di Kuala Pilah

masjid negeri sembilan
 Masjid As Syakirin, Seri Gemencih

masjid negeri sembilan
Masjid Bandar Seri Jempol

masjid negeri sembilan
Masjid Desa Anggerik, Juaseh

masjid negeri sembilan
Masjid Jamek Dato Abdullah Sijang di Port Dickson

masjid negeri sembilan
Masjid Qariah Ulu Beranang, Lenggeng

masjid negeri sembilan
Masjid Kampung Mengdong, Lenggeng

masjid negeri sembilan
Masjid Lama di Port Dickson

masjid negeri sembilan
Masjid Pusat Dakwah Islamiah di Paroi

masjid negeri sembilan
 Masjid Taman Paroi Jaya di Paroi
masjid negeri sembilan
Masjid Tunku Besar, Tampin

masjid negeri sembilan
Masjid Yam Tuan Raden di Kuala Pilah

masjid negeri sembilan
Masjid An-Nur di Sg. Pelek

masjid negeri sembilan
Masjid At-Taqwa di Paroi

masjid negeri sembilan
Masjid Jamek Kuala Klawang

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Bunga Tanjong di Kuala Klawang

masjid negeri sembilan
Masjid KAriah Kampung Mentaus di Simpang Durian

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg Kerangai di Jelebu 

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg. Kuala Talang di Tg. Ipoh

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg. Pelangai di Kuala Pilah

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg. Seri Mungkal di Tg. Ipoh

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg. Sungai Rotan di Jelebu

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kuala Dulang di Jelebu

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Panchur Jaya, Seremban

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Sikamat, Seremban

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Telok Kemang, Port Dockson

masjid negeri sembilan
Masjid Nurul Iman Felda Palong, Gemas

masjid negeri sembilan
Masjid Warisan Sg Relai, Jelebu

masjid negeri sembilan
Masjid Jamek An Nur,  Rembau

masjid negeri sembilan
Masjid Tuanku Jaafar, Seremban

Dari senibina masjid di Negeri Sembilan jelas menunjukkan kebanyakannya menggunakan kubah yang pelbagai dan rekabentuknya hampir sama dengan negeri yang bersempadan dengannya. 

Koleksi ini tidaklah lengkap sepenuhnya. Banyak lagi masjid-masjid di Negeri Sembilan yang indah senibinanya. Semoga yang ada ini dapat memberikan serba sedikit pengetahuan dan panduan mengenai senibina masjid yang terdapat di Negeri Sembilan. Insyaallah negeri-negeri lain juga akan menyusul... 

Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...

Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah sebagai lambang keagungan Islam di Malaysia dan di seluruh dunia...
Post #22 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid
Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
Senibina Masjid di Negeri Johor
- Senibina Masjid di Negeri Melaka

Bersama kita doakan.... "Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin".

P/S : Jika ada sebarang kesilapan, sila beritahu untuk saya perbetulkan. Jika anda berminat untuk meletakkan masjid di tempat anda di entri ini, sila hantarkan gambar masjid tersebut kepada saya. Terima kasih

Admin...

1 komentar:

  1. Seorang lelaki asnaf fakir miskin berasal dari Melaka. Sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

    BalasHapus