Assalamualaikum... Alhamdulillah, bertemu kembali... Di kesempatan yang seketika ini, ingin saya berkongsi kepada anda sesuatu yang amat berguna buat anda yang ingin mencari ketenangan... Ketenangan yang memberi anda kekuatan dan ketabahan dalam menempuh segala cabaran, tekanan dan dugaan. Nikmat yang tidak ternilai, hikmah dari Allah SWT...
Benarlah firman Allah, "Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan" Surah Ash Sahrh (Alam Nasroh).... Islam mengajar kita cara-cara untuk menghadapi tekanan dan dugaan agar kita sentiasa bertenang dan tabah dalam menghadapinya...
1. Keimanan
Kembali kepada Allah SWT melaui ibadah-ibadah fardu dan sunat. Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahawa hanya Allah SWT yang akan memberi jalan keluar kepada hambanya yang meminta dan mengharap. Lakukan amalan secara konsisten supaya ianya bukan sekadar di buat tatkala menghadapi masalah tapi kerana Allah SWT dan tanggungjawab kita kepadaNya.
2. Tadabbur
Benar, kita tidak dapat melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh Allah SWT tetapi kita mempunyai butik-bukti jelas akan kewujudan dan kebesaranNya. Lihatlah alam yang terbentang luas dan makhluk-makluk yang menghuninya.
Memikirkan betapa Penyayangnya Allah SWT apabila makhluk di dalam batu pun mampu hidup, inikan pula kita manusia yang terpilih menjadi khalifah, paling mulia dikalangan makhluk ciptaanNya menadah tangan memohon bantuan dariNya.
3. Zikir
Allah SWT berfirman, " (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang." surah al-Ra'd 13:28.
4. Berimaginasi
Bukan dengan angan-angan kosong tapi, bayangkanlah keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan susu yang mengalir, mendapat layanan yang terbaik disamping bidadari yang cantik. Tiada rasa sedih dan buruk sangka. Semuanya adalah keceriaan, ketenangan dan kedamaian.
Fikirkanlah...layakkah kita menghuninya? Bagaimana untuk kita menjadi ahli syurga? Ya...dengan memikirkan dan mengimaginasi Syurga, kita boleh motivasi diri agar lebih kuat dan bersemangat dalam menghadapi segala tekanan, cabaran dan dugaan hidup ini.
5. Doa
Inilah bezanya antara Mukmin dengan yang lain. Senjata terbesar kita. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada Ku, nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." Surah al-Mukmin 40:60.
Berdoalah...setelah berusaha dan tawakkallah...
Semoga anda beroleh ketenangan dan kekuatan untuk menempuh segala tekanan, cabaran dan dugaan dalam menempuh kehidupan ini... Hikmah di sebaliknya itu adalah nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai....
Terima kasih kerana Relaks Minda anda seketika di sini ;)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar