Sabtu, 18 Mei 2013

Cari Ketenangan Seketika


Assalamualaikum.... Kini masa untuk anda mencari ketenangan seketika. Dari satu blog ke satu blog anda telah kembara. Pelbagai rupa dan cerita telah anda nikmati. Pelbagai isu dan ilmu telah anda dapat. 

Di Relaks Minda... Saya hanya ingin anda berehat dan bertenang beberapa minit  disini sambil memberi anda santapan mata, minda dan hati.

Relaks sambil menjamu mata dengan warna warni makhluk ciptaan Ilahi. 

warna warni hidupan ketenangan

warna warni hidupan ketenangan

warna warni hidupan ketenangan

Sambil anda menatap keagungan ciptaan Ilahi ini... Tarik nafas anda 
dalam2 dan lepaskan perlahan-lahan beberapa kali agar oksigen dapat 
sampai kepada otak untuk menyegarkan rohani dan jasmani anda. 

warna warni hidupan ketenangan

warna warni hidupan ketenangan

warna warni hidupan ketenangan

Dapatkan juga kesegaran dengan segelas air untuk membasah tekak. 
Amat bagus juga jika anda bergerak seketika dari tempat duduk 
anda untuk memberi pergerakan buat sendi-sendi kerana ia dapat 
membetulkan dan melancarkan kembali aliran darah anda...

warna warni hidupan ketenangan

warna warni hidupan ketenangan

warna warni hidupan ketenangan

Keindahan warna warni hidupan dan alam memberi santapan mata 
untuk menenangkan minda. Minda yang tenang memberi kerehatan
 buat jasad anda. Degupan jantung anda menjadi stabil dan pengaliran
 darah menjadi lancar. 

Kini masa untuk beri santapan buat hati untuk ketenangan jiwa... 
Lafazkanlah kalimah-kalimah ini...

zikir

Teruskan menyebut kalimah-kalimah ini sambil anda meneruskan kembara anda ke blog-blog lain... Insyaallah anda akan beroleh ketenangan hati dan keberkatan.

Terima kasih kerana mencari ketenangan seketika bersama Relaks Minda >__<

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar