Sabtu, 04 Mei 2013

Kreativiti Dekorasi Bilik Tidur Anak Anda


dekorasi bilik tidur
Assalamualaikum... Sebenarnya entri ini tidak ada dalam senarai tapi kerana masih ada banyak gambar yang menarik yang tersimpan maka saya release juga untuk tatapan anda sebagai idea dan inspirasi. Dekorasi kreatif bilik tidur ini sesuai untuk anak-anak kecil mahupun anak remaja anda 

Pentingnya susunan perabot didalam bilik kerana ianya dapat memberi ruang yang selesa jika pandai menyusunnya. Rekabentuk dan saiz katil dan almari juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan ruang yang diingini.

Jumlah penghuni bilik tidur juga penting untuk memilih katil dan almari yang sesuai untuk digunakan serta susunan yang sesuai. Peralatan tambahan seperti kerusi, meja dan rak juga perlu diambil kira agar bilik tidak kelihatan sempit dan sesak.

Untuk kelihatan menarik, permainan warna dan hiasan bilik perlulah berpadanan agar suasana bilik menjadi menarik, segar, selesa dan tenang. Apa yang anda akan saksikan hanyalah sekadar idea untuk ilham serta inspirasi buat anda dalam mendekorasikan kreativiti untuk bilik tidur anak anda.

dekorasi bilik tidur

Untuk dekorasi bilik tidur agar ruang bilik kelihatan luas, Pilihan terbaik adalah semua perabot dan peralatan di letakkan rapat kedinding. Ini akan memberi lebih ruang kosong kepada bilik. 

Sebaiknya juga pemilihan almari tidaklah terlalu besar. Jika tidak mencukupi, dapatkan almari yang rekaannya meninggi. Jika mahukan lebih ruang simpanan, dapatkan katil yang mempunyai ruang simpanan dibawahnya. Rak pula dapatkan jenis yang melekat di dinding.

dekorasi bilik tidur dekorasi bilik tidur

Untuk jenis perabot pula, dapatkan perabot yang kreatif rekabentuknya yang memberi kepelbagaian kegunaan. Ianya amat praktikal untuk meluaskan ruang bilik anda. Anda biasa menggunakan keluasan lantai untuk mengukur dan menyusun tapi ketinggian juga penting. Ruang kosong diatas pun jangan pula dibazirkan. Inilah pentingnya pengetahuan dalam dekorasi dan perlu kreatif.

dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur

Untuk sebuah bilik tidur yang di huni lebih dari seorang...Susunan dan rekabentuk perabot amat memainkan peranan penting dalam memberi keselesaan. Katil yang berfungsi 2 atau 3 dalam satu amat praktikal.  Rekaan kreatif seperti ini memang amat membantu dalam mengurangkan kepenggunaan ruang bilik.

Jangan berlebih-lebih dalam dekorasi bilik tidur, biarlah sederhana tapi yang penting dapat memberi keselesaan buat penghuninya. 

dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur

Hiasan di dalam bilik tidur pula terpulang kepada minat dan kesukaan anak anda. Jangan pula anda terlalu mengikut citarasa sendiri. 

Minta pandangan mereka dan beri sedikit kebebasan kepada mereka untuk menghias bilik tidur mereka. Tunjukkan contoh-contoh dekorasi bilik tidur kepada mereka sebagai panduan. Mungkin idea mereka lebih kreatif dari anda.

dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur

Begitu juga dalam pemilihan warna untuk dinding dan perabot. Berikan tunjuk ajar kepada anak anda dalam memilih warna yang sesuai. Jika anak anda berminat dengan satu warna, dapat tona warna yang sesuai. Terang dan gelap warna yang sama juga memberi variasi yang berbeza-beza.

dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur

Tidak salah juga jika kepelbagaian warna digunakan. Namun anda harus pandai menyusun kedudukan warna dan kesesuaiannya agar dekorasi bilik tidur tidak nampak berserabut dan janggal. Jika anda bijak bermain warna...suasana ruang akan menjadi menarik, yang sempit tampak luas dan yang suram menjadi ceria.

dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur

Semoga anda mendapat sedikit idea dan inspirasi dalam dekorasi bilik tidur anak anda. Anda perlu kreatif, dapatkan pelbagai rujukan agar anda tidak tersilap langkah. Penting juga idea dan pandangan anak anda dalam memilih dan menghias. 

Bilik tidur adalah tempat peribadi...pastikan ianya kemas, selesa dan tidak membosankan untuk ketenangan dan kerehatan jasmani dan minda.

Artikel ini ditulis diatas idea sendiri...Penulis bukanlah pakar dalam dekorasi tetapi sekadar berkongsi apa yang dipelajari dari pengalaman, pemerhatian dan bacaan. Terima kasih kerana bersama Relaks Minda

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar