Senin, 13 Mei 2013

Kreativiti Kitar Semula... Idea Kreatif


kitar semula
Assalamualaikum... Bagaimana untuk kita kitar semula? Mungkin ianya salah satu yang mungkin menjadi persoalan anda. Dalam mempraktikkan kitar semula ini, ada 3 kaedah yang di guna pakai. 

Pertamanya adalah 'reuse' atau guna semula. Contoh terbaik adalah seperti pakaian bundle. Jika anda tidak mahukan sesuatu barangan yang masih elok dan berguna, juallah ia atau sedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Bukan sahaja menguntungkan anda tapi juga satu amal jariah yang berpanjangan untuk anda.

Kaedah kedua adalah 'reduce' atau kurangkan. Contohnya adalah beg plastik. Kita boleh kurangkan penggunaan beg plastik dengan bertukar kepada beg kitar semula atau dibungkus dengan kertas. Pasaraya kini sudah mula tidak menggunakan beg plastik setiap hari sabtu, ianya satu contoh aktiviti pengurangan yang amat berkesan dan berjaya sekali. Ianya patut di perluaskan di luar bandar juga.

Kaedah ketiga pula adalah 'recycle' atau kitar semula. Kreativiti kitar semula amat diperlu untuk memberi idea dan ilham untuk kita menggunakan bahan terbuang ini. Kaedah inilah yang di fokuskan dalam entri ini. Menggunakan bahan terbuang dan dijadikan satu bahan atau produk lain yang berlainan fungsi. 

Berikut adalah beberapa kreativiti kitar semula yang mungkin ada diantaranya dapat anda cuba mahupun memberi idea dan ilham untuk mengitar semula bahan terbuang yang ada di rumah anda... Jom kita kitar semula :) 

idea kitar semula
Botol plastik seperti bekas syampu boleh dijadikan bekas untuk handphone 
anda semasa mengecas. Mudah dan kemas sekali. 

idea kitar semula
Kotak makanan seperti cornflakes atau kotak sabun boleh anda ubah menjadi 
bekas untuk buku, file dan sebagainya. Satu idea kreativiti kitar semula yang
mudah dan amat berguna sekali.

idea kitar semula
Ini pula adalah hasil kreativiti kitar semula dari tayar terbuang. Jika anda rasakan
ianya mampu anda buat...silakan, kerana hasilnya amat menarik sekali.

idea kitar semula
Kreativiti dari besi komponen basikal ini amat menarik dan kreatif sekali.
Ianya memerlukan sedikit kemahiran untuk di hasilkan.

idea kitar semula
Rumah-rumah lama di kampung-kampung semakin banyak yang terbiar dan
mereput begitu sahaja. Lihat hasil idea kreatif ini yang menggunakan daun tingkap
rumah lama sebagai hiasan di dinding. Sungguh mengujakan hasilnya. 

idea kitar semula
Pakaian lama yang sudah tidak berguna lagi tapi zipnya masih elok. Apa kata
anda cuba idea kreatif ini. Beg unik dari zip...unik dan bergaya sekali hasilnya.

idea kitar semula
Sudu dan garfu dan pisau yang rosak dan patah pula anda boleh juga jadikan
barang perhiasan yang sungguh anggun dan eksklusif

idea kitar semula
Botol plastik pula anda boleh jadikan gelang yang menarik untuk hiasan
yang unik yang pastinya tidak terdapat di mana-mana. Idea kreatif yang 
sesuai bagi mereka yang sukakan kelainan.

idea kitar semula
Bunga hiasan istimewa ini hasil dari kreativiti kitar semula botol plastik. 
Hiasan menarik di meja tamu anda.

idea kitar semula
Botol plastik terbuang juga amat menarik dijadikan pasu bunga gantung 
dirumah anda. Ianya tahan lama dan tiada kos. Cubalah...

idea kitar semula
Ini juga adalah hasil kreativiti kitar semula yang kreatif dan menarik sekali
hasilnya dari botol plastik terbuang. Tirai yang sungguh menawan yang pasti
membuat ramai tetamu anda tertawan :)

idea kitar semula
Lampu hiasan yang anggun dan menarik ini adalah hasil kreativiti kitar semula
dari tempurung kelapa. Jika anda mampu membuatnya...pasti bukan sahaja
boleh digunakan untuk kegunaan sendiri tapi boleh juga untuk di jual...

idea kitar semula
Tutup botol plastik yang pelbagai warna ini boleh dijadikan barang permainan yang
menarik dan mengujakan untuk si kecil anda... 

idea kitar semula 
idea kitar semula
Pallet kayu terbuang yang sngguh bernilai ini janganlah dibuang begitu 
sahaja. Lihatlah hasil perabot darinya... Sungguh menarik, idea kreatif 
yang menjimatkan wang anda.

idea kitar semula
Kertas adalah antara barangan yang banyak sekali di buang begitu sahaja.
Terutama kertas flier dan iklan. Lihat kreativiti kitar semula ini...hasil dari kertas 
yang di lipat, digulung dan di cantumkan... Pelbagai bentuk pasu boleh anda
hasilkan darinya. Amat cantik dan kreatif sekali hasilnya.

idea kitar semula
Akhir sekali...mari kita buat satu beg mudah dari kertas terbuang.
Mudah dan ringkas... Jom!

Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif  dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar