Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bersua kembali, Anda rindukan untuk menatapi kedamaian dan ketenangan seketika di alam siber ini? Bersantailah seketika... Relaks Minda anda dengan memberi santapan mata sambil mendapat sedikit santapan hati secara ringan untuk ketenangan jiwa bersama cermin alam untuk cerminan diri...
Nikmati ketenangan air yang tenang menjadi cermin kepada kepada keindahan alam. Alam yang indah ciptaan Ilahi sebagai tanda kebesaran dan kekuasaannya di terbalikkan hanya dengan sebuah cermin alam yang besar iaitu air yang tenang. Betapa Agungnya ciptaan Allah SWT.
Betapa besarnya kuasa ketenangan dan kedamaian yang mampu menukar bentuk dan rupa alam ini.. tanpa berubah bentuk tetapi menjadi cermin reflek yang mampu menukar kedudukan, rupa dan suasana imej alam. Tanpa ketenangan masakan dapat kita saksikan keindahan alam dari pandangan sudut yang berbeza.
Air yang tenang memberi cerminan bagaikan alam ini terhenti seketika. Memotretkan satu suasana yang amat mengagumkan. Membuat diri terpaku...menikmati ketenangan yang mempersonakan.
Begitulah kuasa dari ketenangan dan kedamaian alam, Darinya juga mengajar kita betapa perlunya hati dan jiwa yang tenang... Dengan ketenangan minda kita mampu memberi sesuatu idea dan pemikiran yang berbeza lalu menyuntik sesuatu yang luarbisa dan mengagumkan. Ia juga dapat menjana minda lebih kreatif dan berkualiti.
Dengan ketenangan hati... kita mampu menjadi seorang insan yang positif dan bahagia bagaikan tiada apa yang mampu menghalang untuk kita mara kehadapan. Menjadikan jiwa cekal dan penuh keyakinan.
Carilah ketenangan... Ketenangan minda untuk memberi daya pemikiran yang berdaya. Ketenangan hati untuk jiwa yang tenteram dan mendamaikan.
Minda dan hati yang tenang mampu menjadi cerminan diri anda melihat segala kekurangan dan kelemahan diri untuk diperbaiki. Cerminan diri yang dapat mencungkil segala potensi dan kekuatan untuk kejayaan dan kebahagian.
Minda dan hati yang tenang memberi kehidupan kita penuh nikmat dan kebahagiaan.
Jangan lupa untuk bersyukur diatas segala nikmat yang di beri kerana ianya adalah
kurniaan dariNya...kita hanya hambaNya yang lemah lagi tidak berdaya di sisiNya.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”. (Bukhari)
Cermin diri anda... Jika anda berasa susah, sedih, gundah dan derita...maka lihatlah kepada mereka yang lebih sengsara keadaannya dari anda...pasti anda akan bersyukur dengan apa yang anda miliki, lalui dan hadapi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar