Rabu, 22 Mei 2013

Maafkan Saya... dan Terima Kasih (update)


Kepada sahabat Relaks Minda dan para tetamu, Maaf di pinta andai tiada entri terbaru dan balasan kepada komen anda mahupun untuk Blogwalking. Di saat ini...saya tidak dapat meluangkan masa untuk blogging kerana sedang menghadapi sedikit kesulitan dan dugaan dari Allah SWT... 

Terima kasih diatas kunjungan anda, nikmatilah hidangan yang tersedia di widget arkib blog dan page kategori... Semoga ia dapat memberi ketenangan seketika buat anda di Relaks Minda...


Salam buat anda semua... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


===============================================================

Entry update : 22.05.13

Assalamualaikum...

Tiada kata-kata yang terbaik yang mampu saya ucapkan...hanya ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga buat anda, sahabat2 saya di dunia yang tidak berjasad ini di atas kata-kata semangat dan doa yang telah anda berikan... (secara bertulis mahupun di dalam hati)  Hanya Allah sahaja dapat membalasnya...

Walaupun tidak pernah bersua namun terasa bagaikan ada suatu ikatan yang menghubungkan kita semua... Sungguh indah dan unik sekali ikatan ini... Syukur Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang untuk saya mendapat sahabat2 seperti anda... Terima Kasih.

Bukan simpati sebenarnya yang di pinta tapi rasa terkilan dan sedih apabila tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai blogger...  Mungkin ada yang hampa apabila tiada entri baru, kecewa apabila tiada jawapan pada komen dan marah apabila tiada pula blogwalking untuk membalas kunjungan. Maafkan saya sekali lagi... Tidak terbayar rasanya hutang-hutang tersebut...minta halal ye...

Syukur juga kehadrat Ilahi kerana memudahkan urusan dan memberi kekuatan buat saya untuk menghadapi kesukaran dan dugaan ini. Syukur Alhamdulillah... ibu saya sudah menunjukkan tanda2 positif walaupun masih tidak seperti sedia kala... (Semoga ianya tidak lagi menjadi tanda tanya buat anda dan Maafkan saya kerana tidak dapat berkongsi kisahnya dengan anda...)

Maafkan saya juga kerana coretan ini tidak sepatutnya berada di blog ini yang sepatutnya memberikan anda ketenangan, keceriaan dan kedamaian hati dan minda. 

Terima Kasih diatas sokongan anda terhadap saya dan Blog Relaks Minda. Saya akan kembali apabila keadaan mengizinkan... Insyaallah...


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar