Selasa, 07 Mei 2013

Kekalkan Keindahan, Ketenangan, Keamanan dan Kedamaian Ini

Assalamualaikum... Hari ini pasti anda semua kembali kepada rutin harian anda. Hari minggu yang di lalui minggu ini pasti memberi pelbagai kenangan dan pengalaman buat kita semua. Hari ini juga telah bermula satu era baru bagi pentadbiran negara dan negeri di Malaysia, bumi yang bertuah ini. 

Jangan pula ada yang bersengketa. Keamanan dan ketenangan hidup ini amat penting untuk kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Bersyukur dengan apa yang kita telah dan akan kecapi, semoga ianya bertambah baik dari masa kesemasa. 

Hargailah kenikmatan hidup yang seketika ini. Semua ini hanyalah rencah kehidupan diduniawi yang tidak akan kekal selamanya. Ada matlamat yang lebih besar dan bermakna yang harus kita kecapi dan nikmati yang menjanjikan kebahagian berkekalan.

keindahan alam semulajadi 
keindahan alam semulajadikeindahan alam semulajadi
Ingat kembali kepada fitrah kehidupan kita di dunia ini. Tujuan kita berada di alam yang indah ini. Menjadi khalifah di bumi Allah SWT. Menjadi hambaNya yang menciptakan kita untuk mengikuti segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. 

keindahan alam semulajadi 
keindahan alam semulajadikeindahan alam semulajadi
Amanah kita untuk menjaga alam yang indah ini. Amanah kepada kita untuk bersama-sama mengeratkan silaturahim. Amanah kepada kita untuk hidup bersatu dalam aman dan harmoni

Menikmati kebahagiaan bersama tanpa ada perbezaan fahaman, kekayaan dan pangkat. Saling bantu membantu dengan penuh rasa tanggungjawab demi satu iktikaf...mendapat keredhaan dariNya. 

keindahan alam semulajadi 
keindahan alam semula jadikeindahan alam semula jadi
Keindahan, kedamaian dan keamanan alam ini hanya untuk kita mensyukuri akan nikmat yang diberi. Betapa kerdil dan lemahnya kita jika di banding dengan keagungan dan kekuasaanNya. 

Sesungguhnya yang di beri mandat untuk memimpin itu adalah amanah agar menjadi ketua yang jujur, ikhlas dan prihatin demi menjamin pimpinannya kearah kehidupan yang lebih bahagia dan harmoni.

keindahan alam semula jadi 
keindahan alam semula jadikeindahan alam semula jadi
Persengketaan hanya merugikan. Perbalahan membawa kekacauan. Kekacauan akan memusnahkan keamanan dan kedamaian kehidupan. Mengganggu ketenangan alam ini. Tiada kebaikan yang diperolehi. Itu bukan tujuan hidup di dunia ini yang akhirnya memberi kemurkaan Allah lalu membawa kepada bala dan azab sengsara.

keindahan alam semula jadi 
keindahan alam semula jadikeindahan alam semula jadi 
keindahan alam semula jadi
Nikmati dan hayati keindahan alam ini... Rasakan betapa tenang, aman dan damainya... Begitulah kehidupan yang kita inginkan. Tanpa sebarang gangguan dan kekacauan. Pasti tumpuan kita hanya pada amalan untuk bekalan yang perlu dibawa di hari kemudian

keindahan alam semula jadi
Umpama air sungai yang mengalir tenang. Walau pelbagai halangan ianya akan terus mengalir. Terus berbakti memberi sumber untuk kehidupan makhluk di muka bumi ini.  

keindahan alam semula jadi
Relaks Minda seketika sambil menikmati keindahan alam ini. Bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati kerana itu adalah pemberian terbaik dai Ilahi. Ingat kepada matlamat kehidupan ini pasti akan membawa kita kepada arah tujuan yang sebenar. Panduan telah diberi, Al-Quran dan sunnah wajib kita ikuti.

keindahan alam semula jadi
Tidak mungkin dari kita ini tidak melakukan kesilapan. Teguran itu adalah perlu namun lakukan ia secara waras dan penuh kewajaran. Jika kita di pihak yang benar pasti Allah akan tunjukkan kebenaran. Ingatlah! Kehidupan di dunia akhir zaman ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Sentiasa perlu ingat akan arah tujuan kehidupan ini.

Hanya dengan keimanan dan ketakwaan akan membawa kita kejalan yang diredhai.  Insyaallah, semoga kita dapat pula menikmati keindahan, ketenangan, kedamaian dan keamanan yang kekal abadi di akhirat nanti. 
Terima kasih bersama Relaks Minda...

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar