Assalamualaikum... Selamat berhujung minggu. Masa untuk berehat setelah menempuh hari bekerja yang sungguh memenatkan. Inilah masa untuk anda tinggalkan segala tekanan dan masalah serta tugasan anda buat seketika.
Nikmati rehat yang berkualiti sambil menikmati keindahan alam dan hidupan ciptaan Ilahi di buka bumi ini. Ketenangan perlu anda cari sebelum anda memulakan minggu seterusnya dengan penuh semangat dan kesegaran.
Nikmati rehat yang berkualiti sambil menikmati keindahan alam dan hidupan ciptaan Ilahi di buka bumi ini. Ketenangan perlu anda cari sebelum anda memulakan minggu seterusnya dengan penuh semangat dan kesegaran.
Menikmati percutian merupakan salah satu aktiviti di hujung minggu yang dapat memberi anda ketenangan. Suasana baru yang berbeza memberi kesegaran buat diri anda. Dapatkan lokasi yang jauh dari kesibukan dan hampir dengan alam semulajadi.
Lebih aman jika anda berada di persekitaran alam yang menghijau... Anda pasti terasa akan ketenangan dan kesegaran di dalam suasana yang nyaman dan aman sekali.
Di tepian pantai adalah lokasi yang tidak kurang indahnya. Lokasi terbaik bagi percutian untuk mencari ketenangan jiwa dan minda di hujung minggu. Melihat laut dan langit yang membiru memberi satu pemandangan yang sungguh menakjubkan. Indah di pandangan mata, menusuk kejiwa dan minda.
Rasakan nikmat deruan angin yang lembut menyapa pipi bagai membelai-belai anda. Di sulami pula irama merdu ombak yang menghempas pantai tanpa rasa jemunya... Oh...nyamannya...
Melihat pula mentari terbit dan terbenam di ufuk langit. Suasana seketika yang sungguh mempersonakan. Alam berubah warnanya. Cahaya jingga kemerahan menerangi angkasa, sungguh memukau pandangan.
Dari gelap menjadi terang dan dari terang kembali gelap. Suasana yang meruntun hati dan perasaan, memberi seribu pengertian walaupun seketika.
Dari gelap menjadi terang dan dari terang kembali gelap. Suasana yang meruntun hati dan perasaan, memberi seribu pengertian walaupun seketika.
Dalam mencari ketenangan tidak kira siang atau malam. Setiap satunya memberi suasana yang pasti berbeza. Kedamaian dan ketenangan yang berlainan sekali nikmatnya.
Betapa nyamannya terasa apabila anda berada jauh dari kesibukan dan suasana harian anda. Siang dan malam anda terasa begitu indah sekali...
Sekarang ini sudah banyak taman-taman bunga dan reakrasi di wujudkan. Jika tidak dapat bercuti jauh, luangkan sedikit masa anda di hujung minggu ini dan nikmati kedamaian suasana di taman-taman ini.
Lari seketika dari rumah untuk mencari ketenangan di suasana yang berbeza. Lokasi yang dapat memberi anda ruang untuk menghirup udara nyaman dan menjamu mata dengan keindahan pepohon dan bunga-bunga yang mekar.
Mencari ketenangan jiwa dan minda di hujung minggu, kadangkala anda tidak perlu pergi jauh. Anda boleh nikmatinya di halaman rumah andai halaman anda di hias cantik dan indah. Duduk di kerusi di halaman sambil merenung persekitaran.
Tiada yang lebih baik selain dari rumah sendiri... Rumahku Syurgaku...
Tiada yang lebih baik selain dari rumah sendiri... Rumahku Syurgaku...
Andai begini suasananya di rumah anda, perlukah anda pergi jauh untuk menikmati rehat yang berkualiti dalam mencari ketenangan di hujung minggu. Pasti ianya menjadi idaman setiap insan... Namun tidak semua orang bertuah untuk memilikinya...
Ketenangan itu datangnya dari hati. Hatilah yang perlu di beri santapan untuk mendapat ketenangan yang sebenarnya. Jika anda tidak dapat menikmati keindahan alam dan kedamaian suasana di luar dari rumah anda untuk mencari ketenangan di hujung minggu, anda tidak perlulah bersedih dan gusar.
Anda tidak perlu pergi kemana-mana pun untuk mencari ketenangan... Anda boleh dapatkanya hanya di dalam rumah anda sendiri....
Dapatkan buku ini yang mungkin anda terlupa akan ia yang lama tersimpan di almari atau rak di bilik anda. Ya! Al-Quran...mukjizat terbesar, hadiah dari junjungan besar Rasullullah SAW untuk kita semua.
Bacalah ia...santapan hati untuk merawat jiwa dan minda dalam mencari ketenangan yang hakiki... Tiada yang mampu menandinginya...
Jika berkesempatan di hujung minggu ini...Pulanglah bertemu ibu bapa anda. Salam dan peluk ciumlah mereka... Mohon kemaafan dan doa, pasti anda beroleh ketenangan...
p/s : Terima kasih bersama Relaks Minda. Salam di Bulan Rejab...Bersamalah kita merebut ganjaran berganda di Bulan Allah ini...
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar