Assalamualaikum... Hari Jumaat yang mulia muncul kembali. Penghulu segala hari. Bagi ramai orang, ianya hari yang di nanti, terlalu banyak ganjaran berganda yang boleh anda perolehi di hari yang mulia ini.
Bagi sesetengah orang pula, hari ini merupakan hari yang dinanti kerana hari terakhir bekerja sebelum dapat berehat seketika di hujung minggu.
Di alam siber, di dunia blogging ini, tiada istilah rehat... Setiap hari, setiap masa, setiap detik pasti ada entri terbaru yang di terbitkan. Pelbagai cerita, kisah, panduan, suka, duka dan macam-macam lagi... Suatu yang sungguh istimewa dan menakjubkan... Setiap orang mempunyai kebebasan untuk menulis dan bersuara untuk tatapan semua orang di seluruh dunia.
Disaat ini, anda singgah seketika di blog ini... "Relaks Minda"... saya mahukan anda bersantai dengan keindahan warna-warni alam dan kehidupan ini. Tidak mahu membebankan anda dengan sesuatu yang berat, hanya relaks dan tenang sambil memberi santapan buat mata anda.
Tidak perlu berfikir... layankan sahaja keindahan yang berwarna-warni ini.
Nikmatilah ia...khas buat anda semua...
Nikmat pandangan mata... Betapa indahnya. Namun pasti anda tidak akan merasa puas
dan nikmat hanya dengan keindahan di pandangan mata... tapi jiwa masih terasa kosong...
Setiap kali mata anda melihat akan keindahan ini... pasti akan terdetik juga di hati
mahu melafazkan kata-kata pujian dan kekaguman akan keindahan yang berwarna
warni ini...
Ya..Nikmat pandangan mata tidak cukupi. Santapan juga harus di berikan kepada jiwa,
barulah anda dapat nikmat ketenangan yang hakiki. Lafazkan puji-pujian buat Maha
Pencipta. Keindahan ini adalah dariNya, lambang keagungan dan kekuasaanNya.
Oleh itu, di saat anda menikmati keindahan yang sungguh indah berwarna-warni ini.
Lafazkanlah zikir... Barulah lengkap nikmat dan kepuasan buat mata dan jiwa.
Semoga anda dapat bersantai dengan penuh nikmat dari kunjungan seketika anda disini. Memberi santapan buat mata, minda dan jiwa anda. Semoga anda juga beroleh ketenangan hati. Ingatlah... ketenangan yang hakiki hanya akan anda perolehi apabila anda dapat memberi santapan buat jiwa...
Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda... Jika inginkan ketenangan buat santapan mata, minda dan hati... jangan lupa, berkunjunglah kesini =)
Sebelum anda meninggalkan blog ini... Sempena hari jumaat yang mulia ini
marilah kita bersama-sama berbanyakkan selawat ke atas Nabi...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar