Assalamualaikum... Kali ini kita ke Negeri Pahang Darul Makmur. Negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ini tidak kurang dengan keistimewaannya yang tersendiri dalam senibina masjid. Terdapat pelbagai bentuk senibina masjid di negeri Pahang yang mana boleh kita kategorikan kepada tiga ciri utama yang mana merujuk kepada tida budaya senibina iaitu rekabentuk tradisi Melayu, India dan Timur Tengah.
Anda nikmati sendiri keistimewaan ini yang menjadikan senibina masjid di negeri Pahang amat indah dan menarik sekali... Setiap masjid cukup menarik menunjukkan kepelbagaian ilmu senibina dan kreativiti serta budaya dalam rekaan bentuknya.
Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I terletak di Bandar Kuantan. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi. Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890.
Masjid Sultan Ahmad Shah I ini merupakan masjid yang terbesar di negeri Pahang dan menjadi kebanggaan kepada rakyat negeri. Menara masjidnya berukuran setinggi 180 kaki dan menjadikan ia antara masjid yang terkenal.Masjid ini mampu memuatkan sekurang-kurangnya 8,000 orang.
Pembinaan masjid ini berdasarkan reka bentuk seni bina zaman Othmaniah, tetapi menggunakan bahan dan teknologi moden. Empat kubah separuh bulat diletakkan pada empat penjuru yang mengapit sebuah kubah utama yang mendominasi bahagian atas ruang utama solat. Warna biru dan hijau digunakan bagi mewarnai keseluruhan Masjid Negeri ini. Masjid ini juga mempunyai ruang halaman yang mewujudkan suasana keterbukaan dan mengimbangi keluasan masjid ini.
Selain nama Masjid Leban Chondong, ia turut dikenali dengan nama Masjid Al-Iman. Masjid ini terletak kira-kira 12 km dari Bandar Rompin. Masjid ini didirikan pada tahun 1984 Masihi dengan pembiayaannya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pahang di bawah program Amanah Saham Pahang Berhad (ASPA).
Masjid ini telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang. Masjid-masjid baru di Pahang yang terletak di bawah program ASPA dibina berkonsepkan tempatan, iaitu diperbuat daripada kayu dan bercirikan bumbung berbentuk piramid serta tiada pembaziran ruang atau hiasan berlebihan.
Masjid ini berkonsepkan reka bentuk Melayu tradisi. Ia mempunyai reka bentuk bumbung piramid atau dikenali bumbung tangkup tiga lapis. Masjid ini tidak mempunyai mercu tanda tetapi di puncak bumbungnya terdapat tetunjuk langit yang dihiasi dengan bintang dan bulan sabit sebagai lambang. Struktur utama binaannya daripada kayu. Terdapat juga penggunaan batu dan simen pada tangga.
Masjid Tanjung Api, Kuantan
Masjid India Muslim, Kuala Lipis
Masjid Kg. Pantai, Chenor
Masjid Penjara Bentong, Mempaga
Masjid Muadzam Shah, Pekan
Masjid Bukit Fraser
Masjid Jeram Pangkin, Raub
Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut
Masjid Sultan Hj. Ahmad Shah, Bentong
Masjid Daerah Bera, Triang
Masjid KIPSAS, Pekan
Masjid Sultan Abu Bakar, Raub
Masjid Padang Polo, Pekan
Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota
Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk.”
Masjid dan surau adalah tempat yang suci dan mulia yang diberi penghormatan dengan menamakannya “Baitullah” (rumah Allah). Baitullah yang paling besar dan agung adalah Baitullah al-Haram yang terletak di Makkah al-Mukarramah. Ia merupakan kiblat umat Islam di seluruh dunia.
Apabila kita memasuki mana-mana masjid hendaklah kita menunaikan hak masjid terlebih dahulu iaitu dengan mengerjakan sembahyang dua rakaat sebelum duduk. Sembahyang tersebut dinamakan sembahyang “Tahyatul masjid”. ‘Tahyat’ di sini bererti penghormatan iaitu sembahyang yang dikerjakan secara khusus semasa tiba di masjid. Hukumnya adalah sunat.
Masjid Mansuriah, Rompin
Masjid Mahmud, Kuala Lipis
Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin
Masjid Al Makmur, Gambang
Masjid Tengku Ahmad, Jerantut
Masjid Sultan Hj. Ahmad Shah, Pekan
Masjid Tengku Sulaiman, Bentong
Masjid Ubudiah, Maran
Masjid Sultan Abdullah, Pekan. Dibina pada tahun 1929 bagi menggantikan masjid tertua di Pekan ini. Ia terletak di bandar Pekan iaitu di tapak asal masjid lama. Dirasmikan pada 8 Januari 1932. Kini ia diubahsuai dan dijadikan Pusat Dakwah dan Perpustakaan Islam Negeri Pahang pada 24 Oktober 1988. Ianya menjadi bangunan warisan sejarah Negeri Pahang
Masjid Tg Panglima Perang di Kg Sungai Karang
(pembetulan dari sebelum ini, Masjid Pantai Sepat, Kuantan)
Koleksi ini tidaklah lengkap sepenuhnya. Banyak lagi masjid-masjid di Negeri Pahang yang indah senibinanya. Semoga yang ada ini dapat memberikan serba sedikit pengetahuan dan panduan mengenai senibina masjid yang terdapat di Negeri Pahang. Insyaallah negeri-negeri lain juga akan menyusul...
Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...
Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah sebagai lambang keagungan Islam di Malaysia dan di seluruh dunia...
- Post #22 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid- Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
- Senibina Masjid di Negeri Johor
- Senibina Masjid di Negeri Melaka
- Senibina Masjid di Negeri Sembilan
Bersama kita doakan.... "Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin".
P/S : Jika ada sebarang kesilapan, sila beritahu untuk saya perbetulkan. Jika anda berminat untuk meletakkan masjid di tempat anda di entri ini, sila hantarkan gambar masjid tersebut kepada saya. Terima kasih
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar