Assalamualaikum... Ahad, 5 Mei 2013, hari yang bersejarah bagi Negara Malaysia. Hari di mana kuasa rakyat menentukan pemimpin bagi menerajui negara dan negeri-negeri di Malaysia ini. Hari yang cukup meriah dan tegang di sesetengah kawasan. Suasana yang hanya dapat kita rasai dalam 5 tahun sekali.
Hari ini setiap orang yang berkelayakan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi termasuklah saya. Hari ini saya ingin kongsi bersama anda perjalanan saya untuk mengundi dalam pilihanraya umum PRU13 ini sambil menikmati suasana pilihanraya di sepanjang perjalanan saya menuju ke tempat pengundian saya di Bagan Datoh, Perak.
Perjalanan saya bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi dari kampung mertua saya di Kampung Seri Tiram Jaya di Tanjung Karang, Selangor. Kemeriahan suasana pilihanraya cukup jelas dengan perang bendera parti dan poster calon pilihanraya. Kelihatan orang ramai sudah mula keluar menuju ke pusat pengundian.
Dari Kampung Seri Tiram, saya bergerak keluar ke jalan raya utama Klang ~ Teluk Intan. Terpampang jelas calon wajah-wajah calon pilihanraya umum PRU13 bagi Parlimen Tanjung Karang. Pasti yang paling menarik perhatian saya adalah wajah calon bebas iaitu penyanyi yang cukup terkenal suatu ketika dulu iaitu Herman Tino.
Ini pula adalah suasana di Pekan Tanjung Karang. Jalan utama kelihatan tidak begitu sibuk. Trafik amat lancar sekali. Di beritakan petang Sabtu 4 Mei 2013...lokasi ini mengalami kesesakan yang amat teruk berikutan kepulangan warga kota ke kampung masing-masing.
Melepasi Pekan Tanjung Karang, perjalanan akan melintasi sebuah simpang menuju ke satu lokasi yang sangat unik namanya...iaitu Bagan Tengkorak!
Perjalanan diteruskan ke Pekan Sekincan. Pekan yang popular dengan ikan bakar ini juga kelihatan tenang walaupun kenderaan kelihatan mula bertambah.
Terjumpa pula dalam perjalanan satu replika ini.
Ini barulah namanya wau bulan..hehe
Perjalanan diteruskan melalui pekan kecil Pasir Panjang. Disini kelihatan ramai orang yang tertumpu di pusat pengundian disebuah sekolah di tepi jalan. Suasana aman dan tenang sekali.
Ini pula suasana di Simpang Lima... Juga kelihatan tenang. Cuaca pula tidak panas dan tidak mendung, amat baik sekali untuk keluar mengundi di Pilihanraya Umum kali ini. Cukup selesa sekali memandu, cuaca yang baik ditambah pula dengan trafik yang lancar.
Kini telah sampai ke Kampung Sungai Haji Dorani. Suasana juga meriah dengan bendera dan poster. Sekolah biasanya di pilih sebagai tempat pembuangan undi. Masih kelihatan tenang dan terkawal.
Tiba pula di Pekan Sungai Besar. Di jalan utama ini tidak banyak kelihatan bendera atau poster, mungkin ianya tertumpu di pusat pekan yang terletak di sebelah dalam dari jalan utama ini. Trafik juga amat terkawal dan lancar.
Ini adalah dua papan iklan gergasi yang terdapat di kiri kanan jalan di persimpangan ke Bagan Nakhoda Omar. Satu kepunyaan BN dan satu lagi PR. Kempen besar-besaran di kedua-dua belah pihak di Pilihanraya Umum PRU13 kali ini.
Perjalanan sampai ke Pekan Sabak Bernam. Suasana di Pekan ini juga tenang. Semua orang hanya tertumpu di sekolah di mana tempat pengundian di jalankan.
Manghampiri jambatan yang melintasi sungai bernam iaitu sungai yang
menjadi sempadan antara Perak dan Selangor.
Selamat datang ke negeri Perak Darul Ridzuan.
Suasana berbeza apabila sampai sahaja ke Simpang Empat, Hutan Melintang. Masuk sahaja ke jalan Bagan Datoh...trafik terus menjadi sesak. Kenderaan tersekat kerana orang ramai turun mengundi di sebuah sekolah di pinggir jalan. Lama juga tersekat di sini...
Kemeriahan amat terasa sekali. apabila penyokong bagi parti bertanding merebut peluang dalam kesesakan meraih dan memberi sorakan dan kibaran bendera kepada setiap kenderaan.
Kini perjalanan diteruskan. trafik terkawal kecuali di pos-pos mengundi.
Akhirnya aku sampai ke kampungku... Ini adalah suasana di luar kampung. Penuh dengan pelbagai bendera parti dan poster sampai terlindung jalan masuknya.
Inilah jalan kampungku...di kiri kanannya di penuhi pepohon menghijau.
Ingin lihat lagi suasana kampungku...di SINI
Berehat seketika di rumah. Waktu ini dalam pukul 11.00 pagi.
Inilah sekolah di mana tempat aku mengundi, lebih kurang setengah kilometer dari kampungku. Sekolah Rendah Kebangsaan Bagan Pasir. Disinilah pengundian bagi memilih Ahli DUN N54 Hutan Melintang dan Ahli Parlimen P75 Bagan Datoh di lakukan.
Begitulah perjalananku dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dalam Pilihanraya Umum PRU13 ini. Suasana dan pengalaman yang hanya dinikmati 5 tahun sekali ini amat menarik sekali. Hari yang berbeza dari hari-hari yang biasa. Syukur kerana pilihanraya ini berjalan dengan lancar dan aman.
Esok akan bermula satu era baru dalam pemerintahan Negara Malaysia. Tampok pemerintahan baru akan bermula. Tidak kira siapa yang memerintah, semoga keamanan, kesejahteraan dan kemajuan akan kekal dan semakin utuh. Kepada yang terpilih menjadi YB kali ini, jadilah pemimpin yang amanah, ikhlas dan jujur demi agama, bangsa dan negara.... Terima kasih bersamaku dalam perjalanan pilihanraya umum PRU13 ini....
p/s : Kepada Sahabat Relaks Minda, maaf kerana belum dapat BW... Saya pasti akan reply komen dan berkunjung ke blog anda nanti... :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar