Assalamualaikum.... Hari kita tenangkan minda dengan warna-warna. Pelbagai warna disekeliling kita. Bagaimanakah agaknya hidup tanpa warna? Pasti semuanya akan sama saja. Pengaruh warna ini sangat besar dalam kehidupan kita. Warna yang berbeza-beza mempengaruhi jiwa, emosi serta naluri kita. Setiap warna yang berbeza memberi kita pelbagai rasa seperti panas, dingin, nyaman, tenang, malas, sedih, bahagia, ceria dan sebagainya. Impak warna dalam kehidupan memang tidak boleh kita nafikan.
Warna Kuning - Membangkitkan semangat ceria, kegembiraan dan santai.
Warna Ungu - Boleh memberi ketenangan dan inspirasi.
Warna Biru - Memberi rasa dingin, lembut, segar dan mengurangkan tekanan.
Warna Merah - Membuat kita rasa panas, gersang dan semangat membara.
Warna Hijau - Memberi nikmat kesegaran, kedamaian, ketenangan dan juga futuristik.
Warna Putih - Menimbulkan rasa suci, bersih, terang dan juga idealisme.
Warna Hitam - Memberi rasa kedukaan, gelap, berkarektor serta mendominasi.
Warna Coklat - Mampu memberikan rasa hangat dan nyaman, bertenaga dan komitmen.
Oleh itu pemilihan warna penting dalam kehidupan seharian kita kerana ia dapat mengubah emosi dan perasaan. Dari warna kegemaran seseorang itu juga kita dapat menelah karektornya.
Bagaimana pula jika warna-warna yang digabungkan bersama? Apakah perasaan dan emosi anda apabila anda melihat gambar-gambar dibawah? Umpama pelangi ianya cantik tapi ianya adalah pandangan, bagaimana perasaan dan emosi anda bila melihat pelangi?
Kongsikan bersama saya perasaan dan emosi anda apabila melihat pelbagai warna ini bersatu. Apakah yang terlintas di fikiran anda bila anda melihatnya dan apa pula yang anda rasa di dalam jiwa?
Warna-warna ini anugerah Allah kepada kita. Bersyukur kerana kita di beri penglihatan untuk melihatnya. Betapa bertuahnya kita berbanding orang kurang upaya yang buta, hanya dapat mengenali satu warna...iaitu hitam. Namun Allah maha adil...diberi pula mereka hati yang terang.
Bersyukurlah dan peliharalah anugerah dan nikmat yang diberi.
Cintai Allah dan cintailah diri sendiri
Terima kasih bersama Relaks Minda...Warnailah kehidupan anda agar tidak statik... Nikmatilah ia...
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar