Rabu, 14 Agustus 2013

Aku Mahu Berubah!


Hari-hari yang berlalu sentiasa sama, tiada perubahan...
Kenapa anda harus menghadapinya?
Masa terus berlalu... terasa seperti sia-sia. 
Masa tidak akan menunggu. Tidakkah anda mahukan perubahan?

Ya! Berubah! Berubah dari keadaan mu sekarang! Berubah dari kebiasaan! 
Mengorak langkah untuk mencari sesuatu yang akan merubah anda agar
hari-hari yang mendatang tidak lagi menjadi seperti biasa!

Katakan..."Aku Mahu Berubah!"  Jom bersama-sama kita mulakan!

aku mahu berubah

1. Mulakan dengan Niat
Hanya dengan niat yang ikhlas mampu memberi anda keyakinan. 
Niatkan matlamat dan hala tuju anda!
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" Ar-Ra'd : 11 

aku mahu berubah

2. Lakukan sekarang juga!
Ya...Jangan bertangguh, kerana masa tidak menunggu kita. Mulakan disaat ini juga! 
Mari kita mengorak langkah.
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pun) mempercepatkannya." Al-A'raf : 39 

aku mahu berubah

3. Bergaullah bersama insan yang Soleh
Hanya dengan memilih sahabat yang soleh dan baik dapat memberi anda semangat dan aura positif yang menambahkan keyakinan dan sebagai pendorong.
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi, jika kita tidak membeli darinya tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula umpama tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan bau busuk darinya."

aku mahu berubah

4. Lakukan Istiqamah
Lakukan secara berterusan dan ikuti segala peraturan. 
Jangan sesekali menyimpang dan jauhi segala laranganNya. 
Sabda Rasulullah SAW, "Wahai sekelian umatku, lakukanlah amalan mengikut keupayaanmu, sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit." 

aku mahu berubah

5. Bersifat Tawaduk
Jangan riak, takbur mahupun mengeluh apatah lagi mengharap balasan. 
Lakukan dengan ikhlas dan amanah hanya kerana Allah.
Fudhayil ibn 'Iyadh berkata, "Jika kamu boleh membuat dirimu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu di keji oleh manusia tapi dipuji si sisi Allah SWT?"

aku mahu berubah

6. Berdoa dan Tawakal.
Setelah segala usaha di lakukan, berdoalah sesungguhnya Allah Maha Mandengar dan Maha Mengasihani. Mohonlah kepadaNya...Hanya dia, Allah SWT yang satu dan bertawakallah... Sesungguhnya setiap apa yang terjadi pun atas kehendaknya dan pasti ada hikmah disebaliknya.
Berdoalah, "Ya Allah...terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif dan fahamkanlah aku perihal agama. Berikanlah aku hidayah, ketakwaan, kesucian dan kekayaan agar hidupku bahagia di dunia dan akhirat."

aku mahu berubah

Keluarlah dari kepompong kebiasaan anda yang melemaskan. Berubahlah demi kehidupan yang lebih baik  dan demi masa depan yang lebih cerah, bahagia serta ketenangan di dunia dan akhirat.

Semoga hari-hari anda akan berubah. Kehidupan lebih sempurna dan kenikmatan lebih dirasai.
Berubahlah... Tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan diri anda sendiri!

Terima kasih bersama Relaks Minda...
Semoga Minda anda terbuka dalam mencari arah hidup ini.

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar