Assalamualaikum w.b.t.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dari Relaks Minda.
Ramadhan telah berlalu, semoga kita semua beroleh ganjaran dan keberkatan darinya. Kini Syawal menjelang, masa untuk kita meraikan kemenangan dengan penuh rasa kesyukuran dan semoga kita bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan...Insyaalllah.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andai ada sebarang kesilapan dan kekhilafan sama ada dari entri yang di terbitkan mahupun komen-komen saya di blog ini atau di blog anda. Semoga dengan kemaafan sesama kita akan menjadikan Syawal yang tiba ini umpama sehelai kain putih yang tersedia untuk di warnai semula.
Selamat bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia disamping keluarga tercinta dan bersama sanak saudara. Dalam bergembira, jangan lupakan kepada yang tiada...hulurkanlah doa buat mereka.
Jagalah keselamatan anda tidak kira dimana jua anda berada... ingatlah insan tersayang =)
Terima kasih bersama Relaks Minda..... Maaf juga kerana tidak berkesempatan membalas komen dan blogwalking. Salam Aidilfitri semua!!
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar