Kamis, 22 Agustus 2013

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam


Kreativiti Kitar Semula 

Kini kembali kepada entri wajib menjadi niche penting di Relaks Minda iaitu kreativiti bahan terbuang atau kitar semula. Sudah pelbagai hasil kreatif yang di siarkan. Memberikan anda cara mengolah dan idea untuk menggunakan bahan terbuang ini menjadi satu benda lain yang boleh dimanfaatkan kegunaannya. 

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Terima kasih buat anda yang sudi menggunakan idea yang diberikan. Sumbangan anda walaupun kecil tapi ianya amat besar dalam memelihara alam sekitar dan kesinambungan kehidupan yang lebih baik untuk generasi dimasa hadapan.

Kemusnahan Alam Semulajadi

Ketahuilah...untuk menghasilkan sehelai kertas pun sudah tentu sebatang pokok akan menjadi mangsa.

Setiap bahan buangan pasti memerlukan ruang untuk di lupuskan. Setiap barangan baru yang di hasilkan pula memerlukan sumber yang sudah pasti datang dari alam semulajadi. Setiap kali proses pelupusan dan pembuatan baru dilakukan pasti akan memusnahkan alam semulajadi dan menghasilkan bahan tercemar yang sudah semestinya mencemar alam sekitar.

Dunia semakin sesak dengan manusia, permintaan semakin bertambah, pembangunan pula tiada hentinya. Apakah sumbangan kita untuk melambatkan bumi ini dari musnah oleh kerakusan dan keperluan kehidupan manusia? 

Sumbangan Anda Kepada Generasi Hadapan

Bukanlah memaksa anda untuk melakukan kreativiti ini tapi ianya hanyalah gambaran bahawa setiap sesuatu yang terbuang itu ada gunanya. Jika anda tidak berminat atau sukar melakukannya, cara mudah yang boleh anda lakukan adalah dengan mengumpul bahan terbuang ini. Kumpulkan ia mengikut kategori seperti kertas, plastik, kaca, pakaian, besi, perkakas elektrik dan kayu.

Setelah anda rasa ianya menyemakkan ruang di rumah anda, juallah ia ditempat kitar semula atau tempat pengumpulan barangan terbuang. Kadang kala mereka sendiri selalu meronda untuk mencari bahan-bahan ini. Nah! bukankah ianya membawa keuntungan kepada anda...pulangan walaupun sedikit, namun ingatlah sumbangan anda kepada alam dan generasi akan datang amat besar sekali!

Idea Kreatif Kitar Semula

Jika anda berminat untuk melakukan kreativiti kitar semula ini, anda boleh cuba beberapa idea menarik ini. Mungkin juga ianya memberi ilham dan membuka minda anda untuk menggunakan bahan terbuang... Jom kiita kitar semula!

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Antara bahan yang banyak dibuang, gelung tisu ini boleh di jadikan
bekas untuk peralatan 'stationary' anda. Cantik dan tidaklah peralatan
ini bersepah merata-rata.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Selain berfungsi baik sebagai bahan penyerap bunyi terbaik, bekas 
telur ini juga anda boleh jadikan bunga hiasan yang sangat menarik dan
mempersonakan. Pasti setiap tetamu anda terpikat dengan hasil kreatif
anda dalam kreativiti kitar semula.

 Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam 
Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Jikalau Ikea menjual kerusi ini pasti ramai yang berebut membelinya,
tapi anda pun sebenarnya boleh buat sendiri, Hanya kitar semula
sebiji tayar terbuang!

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Tablet anda tidak memerlukan pembalut yang mahal, hanya dengan kotak
dan sehelai kain lebihan, anda boleh menghasilkan pembalut unik dan
cantik untuk tablet anda. Idea kreatif kitar semula yang menarik sekali!

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Istimewa untuk anak anda, tidak perlu berbelanja besar untuk sesuatu
permainan untuk mereka tapi hasilnya pasti menggembirakan mereka.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Mahukan sesuatu yang unik dan menarik perhatian...Pallet terbuang
boleh di jadikan perabot di ruang tamu anda. Bahan terbuang yang
bernilai tinggi ini amat menarik dan menjadikan ruang tamu anda cukup
eksklusif!

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Mahukan lebih kreatif lagi...jadikan pallet terbuang ini sebagai rak 
almari pakaian anda. Kreativiti kitar semula tiada hadnya. Hanya
memerlukan sedikit kemahiran dan kemahuan. Hasilnya pasti 
menggoda sesiapa sahaja yang memandang.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Lihatlah hasil kreatif dari balang kaca ini. Sedikit kemahiran dalam
pendawaian elektrik dapat menghasilkan lampu hiasan yang sungguh
menawan ini. Berguna dan bernilai sekali hasilnya.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Bagaimana pula dengan hiasan dari sudu plastik ini, tidakkah ianya menarik?
 Sekarang ini pasti banyak sudu ini digunakan di rumah terbuka, 
pakai dan buang...sungguh ianya satu pembaziran! 
Jika hasilnya ini berguna buat anda...cubalah.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Jangan ingat bahan buangan itu dari bekas dan peralatan sahaja. Kulit
dari sumber makanan juga adalah bahan terbuang. Jika anda penggemar
kacang pistachio, kitar semula kulitnya untuk dijadikan bunga hiasan yang
eksklusif ini yang pasti menawan setiap mata yang memandang!

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Pelbagai idea untuk anda gunakan gelung kabel sebagai perabut yang 
menarik dan menawan. Kreativiti kitar semula yang sungguh tinggi
nilainya.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Bekas menarik dan istimewa ini hasil dari kreativiti bahan terbuang
bekas plastik yang di kitar semula. Pelbagai kegunaannya apabila 
telah dijadikan bekas menarik ini.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Bagi yang rajin dan suka pada keunikan dan kelainan,
bekas menarik dari tutup botol ini pasti menarik perhatian
untuk anda cuba.

Bersama Menjayakan Kitar Semula 

Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barangan terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif! 

Tidak semua dari kita mampu menghasilkan produk-produk kitar semula, tapi janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Jom kitar semula bersama :
Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar