Selasa, 13 Agustus 2013

Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Bersama Relaks Minda


Assalamualaikum.... Salam Sejahtera.
Salam Lebaran...Selamat Datang kepada tetamu Relaks Minda  :)

Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Bersama Relaks Minda

Anda semua pasti sudah puas menikmati makanan yang pelbagai sepanjang hari lebaran. Ada ketupat, lemang, rendang, lontong, sate dan macam-macam lagilah. Rumah Terbuka Relaks Minda... anda tidak dihidangkan dengan segala jenis makanan, tetapi santapan buat mata dan minda anda.

Sesudah puas perut anda di isi dengan pelbagai makanan kini masa untuk anda 
mengisi seketika minda dengan santapan yang menenangkan.

Nikmati jamuan istimewa buat santapan mata anda seketika agar ianya memberi
ketenangan hati dan minda. 

Keindahan alam semulajadi

Keindahan alam semulajadi

Keindahan alam semulajadiKeindahan alam semulajadi

Keindahan alam semulajadi

Nikmatilah santapan buat pandangan mata anda ini.
Nikmat yang tidak mampu mengenyangkan perut anda namun ianya dapat mengisi
ruang berserabut di fikiran untuk memberi ketenangan dan kedamaian.
Nikmat yang lebih bermakna dari hanya memenuhi nafsu selera anda.

Keindahan alam semulajadiKeindahan alam semulajadi

Keindahan alam semulajadi

Keindahan alam semulajadiKeindahan alam semulajadi

Betapa berharganya ketenangan dan kedamaian yang kita kecapi ini.
Tanpanya mungkin kita tidak dapat mengecapi Hari Raya dengan penuh
kegembiraan dan keceriaan bersama insan-insan tersayang.

Keindahan alam semulajadi

Keindahan alam semulajadi

Nikmatilah santapan ini agar ianya mampu memberi anda ketenangan setelah letih,
melayan tetamu yang tidak putus bertandang,
menyediakan juadah dan minuman buat mereka,
berkunjung dari sebuah rumah ke sebuah rumah,
mengharungi kesesakan di jalan raya,
melayan kerenah anak-anak dan anak-anak saudara,
kekurangan tidur dan rehat,
mencuci dan menyidai pakaian yang berlonggok,
memikirkan kerja tertangguh yang menanti...

Apa pun yang anda sedang fikirkan dan lakukan, rehat seketika itu penting untuk mengembalikan kembali kekuatan dan kewarasan agar anda bisa terus melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan dan terbaik untuk diri anda dan orang lain.

Keindahan alam semulajadi

Keindahan alam semulajadiKeindahan alam semulajadi

Keindahan alam semulajadi

Bersyukurlah dengan kemurahan rezeki yang di limpahi sepanjang menyambut Hari Raya.
Makanan yang melimpah ruah!
Duit Raya tidak henti di hulur dan di terima!
Menikmati keamanan dan kedamaian di bumi bertuah ini!
Dentuman meriam, mercun dan percikan bunga api yang meriah!
Bergaya dengan pakaian, kereta dan perhiasan baru yang mengujakan!
Bertemu ibu bapa, sanak saudara dan rakan taulan dengan penuh keceriaan!

Syukur! Syukur! Syukran!  Alhamdulillah... 

Keindahan alam semulajadi

Jika anda bertandang kerumah terbuka mahupun apa sahaja majlis jamuan atau kenduri,
bacalah doa ini sebagai tanda syukur dan hadiah kepada mereka yang menjemput anda.
Semoga majlis mereka beroleh keberkatan dan anda juga mendapat ganjarannya.
Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Bersama Relaks Minda

Terima kasih kerana sudi datang ke Majlis Rumah Terbuka Relaks Minda.
Walaupun hanya santapan mata dan minda...semoga ikatan ukhwah sesama kita akan
terjalin kukuh dan mendapat keberkatan dari Ilahi. 
Salam Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin

Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Bersama Relaks Minda

p/s: sedang mencari ruang masa untuk blogwalking raya...Insyaallah, akan saya jejaki anda semua =)
Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar