Lampu hiasan merupakan satu alat perhiasan yang amat penting dalam tata hias mendekorasi sesuatu ruang. Ianya bukan sahaja harus kelihatan menarik ketika lampunya di pasang...namun ianya mestilah menarik juga di waktu siang. Kedudukan lampu hiasan penting sama ada di syiling, dinding mahupun diatas meja, ianya mestilah mampu berfungsi sebagai lampu dan hiasan.
Untuk sesuatu yang berbeza dan menarik, lampu hiasan yang unik dan eksklusif boleh menjadi pilihan anda. Hanya sedikit kemahiran dan kreativiti dari bahan terbuang, anda boleh menghasilkan sebuah lampu hiasan kitar semula yang anggun dan mempersonakan.
Lampu hiasan dari bahan kitar semula bukan sahaja menjimatkan wang anda tetapi yang lebih penting ianya merupakan sumbangan anda terhadap pemuliharaan alam sekitar. Anda lihat sendiri beberapa hasil kreatif lampu hiasan daripada bahan kitar semula yang sungguh menawan ini... Jika ianya mampu anda hasilkan mahupun memberi idea untuk anda, cubalah...
Lampu hiasan dari barangan kitar semula seperti botol kaca dan plastik.
Hasilnya sungguh anggun sekali. Betapa eksklusifnya lampu ini di ruang di rumah anda.
Bukan sahaja cantik di kala sinaran cahaya lampu dinyalakan malah keunikan
terserlah bila-bila masa.
Hanya menggunakan kotak terbuang. Idea kreatif dan 'simple' menghasilkan
sebuah lampu hiasan yang sungguh menakjubkan. Anggun bergaya di letakkan
di mana-mana ruang di rumah anda.
Pin pembuka tin juga boleh di gubah menjadi perhiasan yang menarik yang
tidak sekadar menjadi perhiasan tetapi sebuah lampu yang menerangi anda
di waktu kegelapan. Menawan setiap mata yang memandang.
Cawan kertas dan polisterin, antara produk pakai buang yang paling banyak
dan mudah anda dapati. Ia juga mampu menghasilkan sebuah lampu hiasan
kitar semula yang tidak terkalah dari segi rupa dan keanggunannya, malah
menyerlah dari nilai eksklusif.
Lampu meja yang unik ini pasti memukau sesiapa yang memandang.
Sukakannya? Bolehlah cuba... Lampu perhiasan anggun dari
bahan kitar semula.
Tempurung kelapa memang banyak sekali kegunaannya. Pelbagai
hasil kraftangan boleh dihasilkan daripadanya. Lampu hiasan ini adalah
salah satu daripadanya. Cantik bergaya menerangi malam anda.
Kalau dulu ianya sangat popular, tetapi sejak ada CD, format MP3 serta iPod,
kaset sudah di lupakan sehinggakan koleksi kaset ini menjadi bahan yang
menyemakkan untuk anda simpan. Kitar semula kaset ini dan ubah
menjadi sebuah lampu hiasan kitar semula yang anggun bergaya.
Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barangan terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif! Kreativiti lampu hiasan dari bahan kitar semula adalah salah satu contoh daripadanya.
Tidak semua dari kita mampu menghasilkan produk-produk kitar semula seperti lampu hiasan ini, tapi janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Jom kitar semula bersama :
- Kreativiti Kitar Semula - Pallet Kayu Terbuang
- Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Kemusnahan Alam
- Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Kemusnahan Alam
p/s: Entri auto publish... Terima kasih terus bersama Relaks Minda.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar