Ketupat... Sajian wajib di Hari Raya. Sarung ketupat yang di anyam dari daun pucuk kelapa, adalah warisan turun temurun yang menjadi identiti bangsa dan budaya Melayu.
Pandaikah anda menganyam sarung ketupat? Ya...Tidak semua orang pandai menganyam sarung ketupat. Kemahiran yang memerlukan kreativiti dan kemahiran dalam menzahirkan dua keping helaian daun pucuk kelapa di anyam bersilang-silang menjadi sarung yang cukup menarik.
Pelbagai bentuk sarung ketupat yang boleh di anyam... Namanya mengikut bentuk yang di hasilkan tetapi yang terkenal adalah ketupat bawang dan ketupat sate.
Teknik menganyam sarung ketupat tidaklah mudah, ianya memerlukan kemahiran tangan dan jari-jemari dalam memegang, menganyam dan mengolah mengikut bentuk yang di kehendaki.
Bagi yang ingin mempelajarinya...tutorial bergambar di bawah mungkin boleh membantu. Cara menganyam ketupat yang boleh anda cuba.
Jika anda tidak pandai menganyam sarung ketupat pun tidak mengapa, sarung ketupat kini banyak di jual dipasar-pasar. Tambahan pula kini ada pula ketupat segera didalam bungkusan plastik yang amat mudah disediakan...hanya tinggal rebus sahaja.
Tanpa ketupat dan rendang...Hari Raya bagaikan tiada serinya.
Selamat menyediakan juadah di Hari Lebaran. Kemeriahan Hari Raya bukan sekadar menyambutnya tapi kesibukan dan kemeriahan menyediakan menu utama bersama ahli keluarga untuk santapan di pagi raya juga sesuatu yang amat menyeronokkan dan menjadi saat manis bersama.
p/s: Entri auto publish... Terima kasih terus bersama Relaks Minda.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar