Tak Kenal Maka Tak Cinta?
Pasti anda semua pernah bercinta tapi bolehkah anda bercinta walaupun tidak pernah langsung bertemu apatah lagi berbual mesra dengan seseorang itu? Logikkah juga untuk anda bercinta, merindui, mengasihi seseorang yang hidup lebih ribuan tahun dahulu? Pastinya amat sukar dan mustahil, bukan?
Bagaimanakah rupamu wahai kekasih hatiku? |
Mampukah juga kita mencintai seseorang yang amat menyayangi dan mengambil berat tentang diri kita ini sedangkan wajahnya pun kita tak pernah lihat? Pasti juga anda tertanya-tanya siapakah dia? Pasti juga anda tidak dapat mencintainya sehinggalah anda mengenali keperibadian dan kisahnya.
Mencintai Rasulullah SAW
Oleh itu bagaimana kita hendak mencintai pemimpin kita, baginda Rasulullah SAW?
Sebuah novel mampu anda selami kisahnya sehingga mengusik jiwa, menimbulkan rasa sedih, gembira, sayang dan benci. Mengenali pula keperibadian setiap watak-watak di dalamnya. Pastinya watak utama yang baik dengan mudah menyentuh jiwa untuk anda mencintainya.
Sebenarnya mudah buat kita untuk mengenali dan menyayangi Rasulullah SAW, baca dan selamilah Al-Quran dan Sunnah. Apatah lagi watak utamanya memiliki keperibadian dan akhlak yang mulia lagi terpuji dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun, pasti mudah akan timbul kecintaan kita kepada Rasullullah SAW. Dan bila di amalkan pula setiap suruhan dan perlakuannya, maka dari kecintaan akan timbul kerinduan yang amat mengasyikkan.
Cinta Rasulullah SAW
Ketahuilah...Kasih dan sayangnya Rasulullah kepada kita tiada bandingannya.
Ketika hampir wafat, Jibril datang mengadap Nabi SAW. Nabi bertanya, “Apakah kemuliaan yang Allah berikan padaku?” Jibril menjawab, “Sesungguhnya pintu langit telah terbuka untukmu”. Ketika saat kritikal itu, Nabi SAW berkata, “Itu untukku, bagaiamana pula dengan umatku”. Jibril mengatakan, “Allah mengharamkan syurga dimasuki orang lain sebelum dimasuki oleh umatmu”.
Adakah beliau mengenali umat-umatnya? Apatah lagi kita yang lahir 1400 tahun lebih selepas kewafatan baginda tapi baginda masih mengambil berat tentang umatnya walaupun baginda tidak pernah bertemu dan mengenali kita dan pada hal ketika itu baginda sudah di penghujung nyawa. Sampai begitu sekali baginda cinta dan menyayangi kita...
Idola
Maka marilah kita berselawat keatas insan yang kita cintai ini...sebagai tanda kasih dan sayang kita kepadanya... Walaupun kita tidak pernah melihat wajahnya, bertemu dan berbual mesra, engkaulah idola ku, kekasih hati ku...
Salam Jumaat. Terima kasih bersama Relaks Minda.
"Cinta itu buta tapi jangan sampai membutakan kita."
"Cinta itu buta tapi jangan sampai membutakan kita."
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar