Kamis, 01 Agustus 2013

Bunga Raya - Bunga Kebangsaan Malaysia


Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Assalamualaikum... Kurang seminggu lagi kita akan menyambut kemenangan. 1 Syawal yang di nanti akan tiba, Ya...Hari Raya Aidilfitri. Sebelum itu, saya akan mengalih perhatian anda seketika tentang Hari Raya tapi kita lihat dan kenali tentang Bunga Raya.

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.

Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.  

Selepas perbincangan  Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Hanya Bunga Raya merah atau Hibiscus Rosa ini di pilih sebagai  
Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya atau Hibiscus Rosa telah dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. 

Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan. 

Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. 

Anda lihatlah juga beberapa lagi spesis bunga raya yang berlainan rupa, warna dan saiz yang menyerlahkan bahawa betapa banyaknya variasi bunga raya ini. Ini hanyalah sebahagian kecil daripadanya...

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Kebelbagaian warna, bentuk dan saiz menyerlahkan keunikan dan keistimewaan bunga raya ini. 
Ada sesiapa yang tahu apakah maksud disebalik stigma bunga raya itu?

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Sebagai warganegara Malaysia, informasi asas mengenai bunga kebagsaan ini wajarlah kita ketahui. Semoga ianya dapat memberi serba sedikit ilmu buat anda. Bunga raya bukan sekadar cantik di halaman tapi ianya mempunya makna yng lebih dari itu. 

Bunga raya menjadi perhiasan,
Cantik bergaya mekar dihalaman,
Bunga raya bunga kebangsaan,
Lambang budaya dan perpaduan.

Terima kasih bersama Relaks Minda... "Negara kita kaya dengan Raya"

p/s: Info daripada Wikipedia dan MalaysiaMerdeka
Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar