Assalamualaikum... Salam sejahtera, hari yang indah...sinaran mentari pagi mula menyinari alam ini. Ya...hari yang indah dan sungguh mempersonakan. Bersyukur kita kerana masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini dan melihat keindahan suasana alam ciptaan Ilahi pabila mentari mula menyinar.
Mulakan hidup anda hari ini dengan penuh keceriaan bersama sinaran cahaya mentari pagi yang cerah dengan penuh semangat, berfikiran positif dan penuh tenaga! Sinaran baru untuk anda...
Lupakan segala kesedihan dan kepedihan seperti hilangnya kegelapan pabila di terangi sinaran mentari pagi yang terang. Lupakan segala kesakitan dan kegagalan semalam umpama mentari pagi yang megah menyinar menerangi alam dan terus bersinar terang serta naik meninggi tanpa rasa gentar.
Kembalikanlah semangat dan kekuatan anda untuk teruskan melangkah. Lupakanlah segala yang menjadi penghalang, teruslah maju kehadapan...
Sinaran mentari pagi yang menyinar, memberikan semula kenikmatan pandangan. Memperlihatkan semula segala keindahan alam yang terlindung seketika di sebalik kepekatan malam. Menampakkan segala warna-warni yang indah dan menawan yang tadinya tersembunyi. Begitulah nikmat yang harus kita rasai di hari yang indah ini. Permulaan yang sungguh sempurna.
Begitulah juga kita, semoga sinaran cahaya pagi ini memberikan nikmat untuk kita bersyukur betapa bertuahnya kita diberi deria penglihatan agar dapat menikmati alam yang indah ini.
Mentari pagi yang terbit perlahan-lahan di celah-celah latar alam di ufuk timur. Sedikit demi sedikit menerangi alam yang tadinya kelam, kini beransur-ansur terang. Jika semalam anda tersesat dan terjatuh, kini masa untuk mulakannya semula...
Dengan bersinarnya mentari pagi ini, jadikanlah ianya permulaan untuk anda kembali semula kepangkal jalan atau mencari arah dan petunjuk untuk jalan yang benar. Umpama mentari pagi menerangi semula jalan yang tadinya gelap dan tidak kelihatan.
Sinaran mentari pagi yang muncul, mula menunjukkan tenaganya. Semakin lama semakin meninggi dan semakin terang untuk menerangi alam ini. Jadikan ianya sebagai satu semangat dan kekuatan untuk kita menempuh hari ini. Semangat untuk mengharungi segala cabaran! Semangat untuk berjaya!
Bak mentari pagi yang memberikan semula kehangatan di seluruh alam ini setelah di selubungi oleh kesejukan malam.
Semoga anda dapat memulakan hari ini dengan penuh semangat dan ceria. Semoga anda mendapat kekuatan dan semangat dalam menempuh segala halangan dan cabaran yang menanti dan semoga sinaran cahaya mentari pagi ini memberikan anda satu permulaan dan semangat baru agar melupakan semalam yang sepi dan muram.
Umpama sinaran cahaya mentari yang menerangi alam yang indah ini, begitulah juga terangnya jalan yang tersedia untuk anda. Berfikiranlah dengan positif dan penuh bersemangat! Semoga ianya memberi sinaran baru buat permulaan yang cemerlang!
Terima kasih bersama Relaks Minda....Hidup perlukan motivasi untuk kembali bersemangat!
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar