Sabtu, 24 Agustus 2013

Lokasi Idaman Di Hujung Minggu


Lokasi Idaman 

Salam di hujung minggu. Semoga anda semua sihat dan gembira disamping insan-insan tersayang. Adakah hujung minggu yang sibuk atau yang membosankan buat anda? Mencari lokasi-lokasi terbaik yang menjadi idaman untuk ketenangan?

Setelah seminggu anda sibuk bekerja, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berehat seketika. Rehat kan badan dari segala kepenatan. Rehatkan minda dari memikirkan masalah kerja. Dirumah pula...juga masih belum mendapat kedamaian yang diharapkan. 

Dimanakah lokasi idaman anda untuk mendapatkan kerehatan serta ketenangan jasmani, rohani dan minda?

Air Terjun

1. Adakah di air terjun yang indah di kaki bukit atau pergunungan? Menikmati kesegaran udara yang segar dan nyaman di celah-celah kehijauan hutan. Menikmati ketenangan yang mendamaikan, jauh dari kesibukan dan pencemaran.

Mendengar irama air yang mengalir, bagaikan irama yang merdu yang mengasyikkan. Menikmati kesejukan dan kejernihan air yang sungguh menakjubkan. 

Lokasi Idaman Di Hujung Minggu 
Lokasi Idaman Di Hujung Minggu 
Lokasi Idaman Di Hujung Minggu

Tepian Pantai

2. Adakah di pantai sambil menyaksikan lautan dan langit membiru yang sungguh mempersonakan? Menikmati hembusan bayu laut di bawah sinaran mentari yang menyegarkan. Gembira bermain pasir di pantai bersama deruan ombak yang tiada hentinya, membuaikan irama yang sungguh mendamaikan. 

Menyaksikan suasana mentari terbenam yang sungguh menakjubkan. Ketenangan dan keamanan yang membuatkan anda lupa akan segala kesibukan dan kekusutan selama ini.

Lokasi Idaman Di Hujung Minggu 
Lokasi Idaman Di Hujung Minggu 
Lokasi Idaman Di Hujung Minggu

Tasik

3. Adakah di tasik yang tenang dan mendamaikan? Menyaksikan keindahan alam yang memukau pandangan. Menikmati kesegaran udara yang nyaman. Hanya bertemankan alam, terpaku melayan nikmat pandangan yang menenangkan rohani dan jasmani.. 

Menyaksikan keagungan dan kekuasaan Maha Pencipta. 

Lokasi Idaman Di Hujung Minggu 
Lokasi Idaman Di Hujung Minggu 
Lokasi Idaman Di Hujung Minggu

Taman Bunga

4. Adakah di taman bunga yang indah dan mempersonakan? Menyaksikan keindahan warna-warni bunga-bunga yang mekar berkembang. Menikmati kreativiti rekaan manusia dalam menggunakan keindahan semulajadi dalam memberi kenikmatan pandangan. 

Menikmati kedamaian di celah-celah kesibukan.

Lokasi Idaman Di Hujung Minggu 
Lokasi Idaman Di Hujung Minggu 
Lokasi Idaman Di Hujung Minggu

Menikmati Ketenangan

Adakah di desa tercinta? Mungkin di situasi sekarang ini, sukar untuk anda berada di lokasi idaman. Namun, tidak kira dimana jua tempatnya... Anda perlu menikmati ketenangan dan kerehatan. Hujung minggu adalah masa yang terbaik yang anda ada. 

Berilah jasmani dan minda anda masa untuk berehat walaupun seketika kerana ianya penting untuk mengembalikan semula kesegaran agar anda dapat kembali cergas dan bertenaga. Fikiran akan kembali tenang dan mampu berfikir dengan baik dan positif.

Semoga persinggahan anda seketika di sini di hujung minggu, dapat memberikan ketenangan pandangan dan minda setelah kembara dari satu blog ke satu blog. Blogwalking juga memenatkan....rehatlah seketika! 

Terima kasih bersama Relaks Minda...lokasi terbaik untuk menikmati ketenangan 

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar