Jumat, 23 Agustus 2013

Cara Mengawal Hawa Nafsu


Assalamualaikum... Syukur, Alhamdulillah kerana masih bernafas dan dapat menikmati hari yang indah ini. Hari Jumaat yang mulia...penghulu segala hari. 


Tips Mengawal Nafsu

Hari yang sesuai untuk kita meningkatkan dan memperbaiki diri.
Antaranya adalah sesuatu yang begitu sukar untuk kita kawal iaitu nafsu.
Bukan mudah namun tidak mustahil jika kita sentiasa berusaha.
Anda boleh cuba mengawal nafsu dengan mengikuti tips berikut :

 

Azab Allah

Sentiasa ingat akan kengerian siksaan Allah SWT sama ada di alam barzakh 
mahupun di akhirat kelak. Sesungguhnya siksaan Allah SWT itu terlalu berat dan tiada
belas kasihan. Takutlah akan azab Allah!

 

Bertaubat

Bertaubat dan berusahalah untuk tidak melakukan semula maksiat dan segala
kemungkaran. Allah SWT itu Maha Pengampun, maka bertaubatlah. 

 

Sahabat Baik

Tinggalkanlah mereka yang sentiasa mengajak anda kearah kemaksiatan
dan kelalaian. Berkawanlah dengan mereka yang berilmu dan beramal soleh.

 

Amal Ibadat

Cubalah sibukkan diri anda dengan mengingati dan mengerjakan amal ibadat
hanya kerana Allah SWT. Solat, berpuasa dan membaca Al-Quran adalah yang cara terbaik.
Setiap ketika cubalah tidak lekang dari mengingati Allah SWT dengan berzikir.


Hanya anda yang mampu merubah diri anda. Berusahalah.... "Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di (jalan) kami, nescaya kami benar-benar akan menunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik", Al-Ankabut : 69. 

Semoga kita tidak di kawal oleh nafsu dan berusahalah untuk memperbaiki diri.


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar