Sabtu, 17 Agustus 2013

Bergembira dan Bersyukur di Hujung Minggu di Hari Raya


Selamat berhujung minggu, hujung minggu di hari raya... Pastinya hujung minggu ini hari yang sibuk buat anda. Hari dimana anda di penuhi dengan pelbagai undangan, majlis kenduri kahwin, bertunang, rumah terbuka dan sebagainya. Mungkin juga anda sibuk kerana andalah juga penganjurnya. Masa untuk anda bergembira dan bersyukur.

Bukan itu sahaja, hujung minggu ini juga hujung minggu terakhir cuti sekolah, pasti ada yang sibuk menyiapkan persiapan anak-anak dan menghantar mereka kembali keasrama. Tidak kurang juga mereka yang masih berkunjung kerumah saudara mara dalam menyambut kemeriahan berhari raya. Jalan raya pasti akan sentiasa sibuk dengan kenderaan. Utamakanlah keselamatan. 

Bagaimana pula dengan dunia blog? Tidak kurang juga meriahnya. Masa untuk berkunjung dari satu blog ke satu blog. Ada yang menggelarnya Rayawalking. Entri pula tidak putus-putus berkaitan kemeriahan sambutan Hari Raya sehingga ada yang menamakan serangan virus Aidilfitri

Bersama kita nikmati kemeriahan Hari Raya di hujung minggu tidak kiralah di alam siber mahupun realiti. Kunjungan anda seketika di sini saya hidangkan dengan sedikit santapan mata. Ada yang kata sudah puas...tapi di alam siber ini, saya tak mampu untuk memberikan lebih dari ini. Hanya santapan buat ketenangan hati dan minda. 

Rehatkan minda anda dan nikmatilah...

Warna-Warni Buah & Bunga
Sambil mata menikmati, dapatkan juga sedikit santapan jiwa dan rohani...lafazkanlah...

Warna-Warni Buah & Bunga
"Alhamdulillah"...kerana diberi nafas untuk terus menikmati hidup ini

Warna-Warni Buah & Bunga
"Alhamdulillah"...kerana dikurniakan kekuatan dan kesihatan

Warna-Warni Buah & Bunga
"Alhamdulillah"...kerana di beri keamanan dan kedamaian ini.

Warna-Warni Buah & Bunga
"Alhamdulillah"...kerana dimurahkan rezeki

warna warni bunga dan buah
"Alhamdulillah"...kerana dikurniakan insan-insan tersayang di keliling kita

Warna-Warni Buah & Bunga
"Alhamdulillah"...kerana masih di kasihi dan di sayangi

Warna-Warni Buah & Bunga
"Alhamdulillah"...kerana masih mempunyai waktu...

warna warni bunga dan buah
"Alhamdulillah"...kerana kita diberi ingatan untuk bersyukur.

Warna-Warni Buah & Bunga
"Subhanallah...begitu besar sekali nikmat yang diberi kepada kita,

Warna-Warni Buah & Bunga
"Lailahaillallah"...Hanya Kau yang satu, Hanya padamu aku berserah.

Warna-Warni Buah & Bunga
"Allahuakbar"...Kaulah yang berkuasa memberikanku segalanya...

Warna-Warni Buah & Bunga
Semoga nikmat sementara ini terus kita nikmati dan akan kekal selamanya. 
Ya!...kekal selamanya di Syurga. Insyaallah...


Semoga anda menikmati hujung minggu di Hari Raya yang indah, ceria dan penuh makna di samping insan-insan tersayang. Bergembiralah... kerana anda perlu menikmatinya  =). 

Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda..."Bergembiralah sambil Bersyukur"


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar