Kamis, 29 Agustus 2013

Mencari Sinar Cahaya...



Mencari Sinar Cahaya
sinar cahaya di celah kegelapan

Assalamualaikum...Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan ceria di samping insan-insan tersayang. Syukur...Alhamdulillah kerana anda masih sudi dan berkesempatan berkunjung ke sini. Hari ini kita cuba mencari... mencari sinar cahaya...

Mencari Sinar Cahaya

Dalam mengharungi kehidupan ini, tidak selalunya cerah, ada masanya umpama berada di dalam kegelapan. Dalam kegelapan inilah kita mencari sinar cahaya bagi menerangi jalan. Mencari sesuatu yang dapat memberi kenikmatan dan kepuasan di dalam hidup. Mencari ketenangan dan kedamaian di dalam hati. Mencari keredhaan dan keberkataan di dalam setiap perbuatan. Mencari ganjaran untuk dikutip dan dikumpul buat bekalan di hari pembalasan.

Mencari Sinar CahayaMencari Sinar Cahaya

Mencari di dalam gelap, mata sudah hilang fungsinya. Hanya hati yang bersih dan suci yang mampu menjadi sinar cahaya menggantikan pandangan yang kelam.


Pencarian

Pencarian tidak akan berakhir sehinggalah kehujung nyawa. Dalam proses pencarian, pelbagai halangan dan dugaan dilalui. Kita memerlukan kekuatan rohani dan jasmani. Memerlukan ilmu dan kemahiran. Memerlukan petunjuk dan keyakinan. Andai jatuh tersungkur, masih mampu bangkit meneruskan pencarian. Andai anda tersesat, masih ada kepercayaan untuk terus mencari. 

Mencari Sinar Cahaya 
Mencari Sinar Cahaya 

Kadangkala kita terlupa, tidak nampak dan sedar akan apa yang kita cari sebenarnya adalah terlalu hampir dengan kita. Namun kita masih tidak mampu untuk mencari dan mendapatkannya. Anda perlukan bantuan...

Itulah pentingnya menuntut ilmu dan bersahabat dengan ilmuan dan insan soleh agar kita faham, tahu, nampak dan sedar akan cara untuk mendapatkannya. Merekalah guru dan sahabat yang akan membantu anda..

Mencari Sinar CahayaMencari Sinar Cahaya

Sinar cahaya yang di cari sudah mula kelihatan, namun masih terlalu jauh untuk sampai. Hanya dengan usaha berterusan (Istiqamah) dengan penuh kesabaran dan keikhlasan, jalan menujunya akan dipermudahkan. Jangan ada sedikit pun rasa putus asa kerana jika ianya adalah kearah kebaikan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat pasti anda akan beroleh lebih dari apa yang anda harapkan...


Mencari Lima Perkara

Seperti apa yang telah di katakan oleh Syagiq Al-Balghi dalam pencariannya, "Aku mencari lima perkara dan aku mendapatnya dalam lima perkara juga." Ianya adalah :

Mencari Sinar Cahaya
Mencari Sinar Cahaya

Pertama : 

"Aku mencari keberkatan dalam rezeki ku dan aku mendapatkannya di dalam solat Dhuha."

Kedua : 

"Aku mencari lampu untuki menerangi kubur ku dan aku mendapatkannya dalam solat di malam hari."

Ketiga : 

"Aku mencari persediaan untuk menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nankir dan aku mendapatkannya dalam membaca kitab suci Al-Quran."

Keempat : 

"Aku mencari tongkat sebagai alat untuk memudahkanku untuk menyeberangi Siratul Mustaqim dan aku telah mendapatkannya dalam puasa dan sedekah."

Kelima : 

"Aku mencari perlindungan di bawah Arasy dan aku mendapatkannya dalam khalwat iaitu beribadah di tempat yang sunyi."

Jadikan ianya sebagai panduan dan pedoman serta semangat untuk anda terus mencari sinar cahaya...

 Mencari Sinar CahayaMencari Sinar Cahaya

Teruskan mencari, semoga dengan usaha, tawakkal dan doa... kita semua akan beroleh apa yang di idamkan dan menikmati kebahagian kekal di akhirat kelak... Insyaallah, semoga sinar cahaya yang terang menerangi jalan...

Terima kasih bersama Relaks Minda...."Mencari dalam gelap...perlukan hati bercahaya sinarnya " 

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar