Selasa, 20 Agustus 2013

Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya


Permainan Tradisi Di Hari Raya

Dam! Dam! Dum! Bunyi meriam bergema! Begitulah meriahnya bila menjelang Hari Raya. Pernahkah anda mempunyai pengalaman dan keseronokan bermain meriam di hari raya? Bermain meriam buluh, meriam batang paip besi, meriam batang pinang, meriam batang kelapa mahupun meriam tanah... 

Ya...tidak semua orang mempunyai pengalaman ini. Aktiviti yang hanya boleh dilakukan di kampung. Ianya bagaikan menjadi satu permainan tradisi di kampung-kampung dalam memeriahkan suasana malam di hari raya. Dentuman tidak putus-putus bagaikan ada peperangan. Kalau di tempat saya, ianya bagaikan perang antara kampung. Berlawan kekuatan dentuman!

Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya

Keseronokan Bermain Meriam 

Merbahayakah bernain meriam? Setiap kali Ramadhan dan Syawal tiba...yang kita dengar tragedi dan kecelakaan akibat dari bermain mercun, tidak pula terdengar akibat dari bermain meriam. Maka mudah disimpulkan bahawa ianya adalah selamat. Benarkah?

Apa keseronokan bermain meriam ini? Sudah pasti keseronokannya adalah semasa beraksi bermain meriam ini. Gurau senda dan gelak ketawa yang menceriakan sepanjang masa. Nikmatnya pula apabila berjaya menghasilkan bunyi yang kuat. Bagi sesetengah orang, ianya bagaikan satu aktiviti sia-sia, membuang masa dan tidak berfaedah malah mengganggu ketenteraman. Jika anda berada dizaman 40 tahun dahulu...pasti anda faham kenapa meriam ini menjadi mainan di Hari Raya.

Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya

Ketika itu terlalu kurangnya hiburan sebagaimana yang ada sekarang ini seperti televisyen dan gadget-gadget. Mercun dan bunga api merupakan sesuatu yang amat sukar di dapati dan tidak berkemampuan pula untuk membeli. Bermain meriam adalah aktiviti termurah dan mudah untuk dijadikan aktiviti bersama dalam memeriahkan suasana dengan memecah keheningan sebagai tanda menyambut Syawal tiba. 

Permainan ini juga mengeratkan silaturahim dan semangat kerjasama sesama kanak-kanak dan belia di kampung. Bersama-sama membuat meriam dan bersama-sama mengumpul dana untuk membeli karbait. Permainan pula hanya bermula selepas tamatnya berterawih di surau mahupun masjid kerana itulah tempat berkumpulnya penduduk kampung. 

Sesuatu yang kita tidak akan dapat lagi lihat dimasa kini. Tiada kerisauan buat ibu bapa membiarkan anak-anaknya bermain dan balik di lewat malam.

Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya

Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya

Gema Dentuman Meriam Kian Sepi?

Relevankah lagi bermain meriam di masa kini? Mungkin sesetengah tempat, seperti dikampung saya...ianya masih dimainkan lagi. Bagaikan sudah menjadi kewajipan dan sinonim dengan suasana di hari raya, andai tidak kedengaran dentuman meriam...bagaikan tiada terasa kemeriahan suasananya di hari raya. Bagaimana pula di kampung anda?

Aktiviti ini kelihatan semakin lama semakin menghilang. Kini pun sudah terasa akan kekurangannya. Dentuman mercun pula semakin galak kedengaran, itupun banyak dibawa oleh mereka yang pulang ke kampung. Tetapi yang lebih memberi punca adalah semakin kurangnya kanak-kanak dan belia di kampung dan arah hiburan yang semakin tertumpu kepada benda-benda lain.

Kekurangan kemahiran dan bahan utama seperti karbait yang semakin mahal juga menyumbang kepada kurangnya kedengaran dentuman meriam ini. Mungkin ada bagusnya... elok juga diganti dengan aktiviti menambahkan amal ibadat di malam hari seperti bertadarus daripada terus dengan aktiviti sebegini.

Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya

Namun saya tetap rasa bertuahnya kerana dapat merasa keseronokan bermain meriam ini. Suatu pengalaman yang menjadi memori indah dalam kenangan yang tidak mungkin dilupakan, pasti menjadi ingatan tatkala hari raya menjelang. Anda pula bagaimana?

*AMARAN : Jangan sesekali mencuba jika tidak tahu hendak bermain meriam. Ianya tetap merbahaya bagi mereka yang tidak mahir!

p/s: entri terlupa publish masa hari raya...
Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar