Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera.
Pasti semua orang tahu akan lagu ini... Bangau oh bangau... Lagu yang biasa-biasa sahaja tapi liriknya sungguh mendalam dan sinis sekali maksudnya. Saksikan video menarik ini...
Selain dari lagu, bangau juga terkait dalam peribahasa, "Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua". Maksudnya, Sejauh mana anda kembara pasti akan pulang ke halaman anda juga. Dalam masyarakat kita, bangau dan kerbau serta sawah padi memang tidak dapat di pisahkan, ianya saling berkait dan serasi bersama.
Bangau termasuk dalam spesis burung air berkaki panjang. Selain bangau, flaminggo juga merupakan dari spesis yang sama. Spesis ini hidup berkelompok dan sering mengembara.
Bangau dan Flaminggo
Burung bangau biasanya hidup bersendirian atau dalam kumpulan kecil di sawah atau di paya dan hutan bakau kerana makanan mudah dicari di sana di samping mudah membuat sarang untuk bertelur. Burung bangau mudah dijumpaï di Semenanjung Malaysia daripada di Sabah dan Sarawak.
Di Semenanjung Malaysia, burung bangau terdapat dengan banyaknya di pantai negeri Perak dan Selangor terutamanya Pulau Ketam kerana terdapat hutan dan paya bakau yang luas di sana. Justeru, burung ini sering kelihatan bertenggek di celah semak bakau sambil berehat atau membersihkan bulunya.
Flamingo pula ialah sejenis burung tropika daripada famili Phoenicopteridae yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu.
Flamingo boleh ditemui di Afrika, Asia, Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Eropah. Burung ini biasanya hidup di kawasan berair. Flamingo juga boleh tinggal di tasik gunung berapi yang panas dan tasik berais di pergunungan Andean.
Kenapa kaki bangau dan Flaminggo panjang? Sudah tentu kerana ianya mencari makan di kawasan yang berair cetek dan berselut, kakinya yang panjang dapat memudahkannya bergerak dan tidak tenggelam. Kenapa pula lehernya panjang? Kalau pendek, bagaimana ia hendak tunduk mencapai mangsanya. Begitulah juga fungsi paruhnya yang panjang seperti penyepit memudahkan ia mencari dan meyepit mangsanya.
Lihatlah...setiap bentuk dan rupa juga memainkan peranannya yang tersendiri. Begitu indah dan sempurna ciptaan Allah. Banyak lagi rahsia yang tersembunyi boleh kita rungkai dari setiap kejadian dan makhluk Allah yang lain untuk kita adaptasikan agar kita dapat kenal pasti kekuatan dan kekurangan diri yang sebenarnya memberi hikmah buat kita.
Semua ini perlu kita pelajari kerana itulah pentingnya ilmu untuk memberi kita pengetahuan dan belajar darinya untuk diambil sebagai teladan.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar