Zaman 70an hingga hujung 80an merupakan zaman di mana generasi x mula membesar. Jika anda tergolong dalam generasi ini pasti anda telah melalui suatu pengalaman yang cukup menarik kerana di waktu itu adalah tranformasi ke arah kemodenan. Banyak sekali memori indah yang tidak akan berulang lagi buat kanak-kanak di zaman milinium ini atau dikenali sebagai generasi Y.
Kita sorot kembali kenangan di zaman itu dengan melihat kembali pelbagai barangan dan makanan yang menjadi kegilaan dan kegemaran di waktu itu. Mungkin ada diantaranya masih ada sekarang ini tapi mungkin sukar untuk di dapati.
Kamera slight...Permainan yang cukup canggih zaman 80an, cenderahati popular yang di bawa pulang dari Mekah.
Dua jenis lampu yang cukup berharga sekarang ini. Lampu yang cukup besar jasanya dan penuh dengan memori.
Rokok tembak...rokok paling glamor
Biskut yang cukup enak dengan perisa pedas manis...biskut kapal terbang.
Air berkabonat yang cukup popolar di hari raya dengan pelbagai perisa.
Gambar kiri : Gula-gula getah yang menjadi kegilaan kanak-kanak
Gambar kanan : Belon yang menjadi kegemaran...budak sekarang mana tau.
Susu tepung yang terkenal suatu ketika dulu...mungkin juga anda membesar dengannya.
Minyak rambut kegilaan budak-budak remaja...pasti tak gerak! keras!
Pernahkah anda pegang duit ini? Apa gambar sebelah belakangnya?
Gambar kiri : Pemadam pen..sampai koyak kertas nak memadamnya...
Gambar kanan : Pensil unik ini amat di minati oleh pelajar sekolah. Anda pasti tersenyum sendiri.
Ini lah alat sumber perantaraan ilmu yang cukup berjasa.
Gula-gula getah yang popular
Gambar kiri : Mainan budak lelaki...Pistol mainan yang menjadi kenangan buat tembak cicak.
Gambar kanan : Mainan budak perempuan...dulu mana mampu nak beli anak patung barbie
Mainan pistol air yang sungguh menyeronokkan...selalu kena marah kalau main ni.
Gambar kiri : Bedak yang paling popular
Gambar kanan : Pernah anda guna minyak rambut ini? baunya... hanya yang pernah guna saja tahu.
Gambar kiri : Sabun yang paling unik baunya
Gambar kanan : Bedak yang wangi... menggebukan pipi
Gula-gula yang sangat enak...pembalut sebelah dalamnya boleh di makan sekali, cair dimulut!
Semoga anda tersenyum ceria sambil mengimbas kembali kenangan terindah di waktu zaman kanan-kanak generasi x. Pasti banyak lagi benda yang anda boleh anda kongsikan bersama.... cer cite
p/s: entry republish (bz tahap gaban) - imbas kembali, antara entri terawal Relaks Minda...Setakat ini ianya di lihat sebanyak 573 kali....
Admin...
Woow keren ini , masih adakah koleksi ini bro :)
BalasHapus